Selasa, 1 Januari 2019

Menginap Di The Scientist's Studio, Melbourne Dengan Airbnb.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tahun 2019 ni ke manakah destinasi menarik yang korang nak tuju? Disebabkan ada yang bertanya bagaimana nak menempah Guest House atau homestay menarik dan murah di Melbourne, jom ikuti sedikit perkongsian LeYa dengan Airbnb.com ni.

Kredit Photo: www.google.com

Jom kenal dulu Apa itu Airbnb.com?

Airbnb.com merupakan salah satu laman web yang terkenal untuk menempah rumah jenis Guest House. Airbnb.com mempunyai lebih 800,000 senarai Guest House di lebih 33,000 bandar di 192 buah negara seluruh dunia. Guest House merupakan rumah tumpangan yang disewakan oleh pemilik rumah kepada tetamu. Ada pelbagai jenis kategori penginapan yang disediakan. Antaranya ialah:
  1. Sewa keseluruhan rumah (Entire house, private toilet)
  2. Sewa bilik peribadi (Private room, shared toilet)
Bagi korang yang bercuti secara berkumpulan mahupun bersama keluarga, pastinya penginapan Guest House (entire house, private toilet) menjadi pilihan. 


The Scientist's Studio, Apartment Terbaik di Melbourne, Australia

Terokai minda ahli sains di setiap genap ruang dalam penginapan studio yang selesa dan mewah ini. Korang akan menemui satu pengalaman yang menenangkan ketika menginap di sini. Ia pasti memberikan korang kepuasan terbaik ketika bercuti!



Bagaimana nak menempah penginapan ini?

1. Daftar sebagai ahli Airbnb.com. Tiada bayaran pun diperlukan untuk pendaftaran. Kemudian, masukkan maklumat penginapan korang di ruangan yang disediakan. Korang juga boleh buat carian lokasi dan terus booked penginapan yang korang inginkan.


2. Selepas korang dah menemui rumah yang mengikut citarasa dan bajet, korang boleh hubungi host rumah untuk mengetahui availability rumah tersebut. Untuk cara menghubungi host, korang boleh klik butang "Contact".



3. Kemudian, setelah mengetahui rumah itu available, korang boleh meneruskan membuat tempahan dan pembayaran kad kredit. Untuk pengetahuan korang, pembayaran harus dibuat secara penuh(tiada deposit). Jika ingin membatalkan tempahan, boleh rujuk "cancellation policy" host tersebut.


Lokasi Penginapan The Scientist's Studio


The Scientist's Studio Memiliki Review Positif

Korang juga dinasihatkan untuk rajin-rajin baca review yang diberikan. The Scientist's Studio memang memiliki review yang sangat positif. Jadi, korang tak perlu lagi rasa risau untuk menginap di sini. Pengalaman tetamu menginap di sini memang cukup berpuashati.


Jadi apa tunggu lagi? Jom bercuti ke Melbourne dengan penginapan yang murah, selesa dan mewah di The Scientist's Studio.

Korang juga boleh dapatkan travel credit PERCUMA dengan Sign up Airbnb di bawah:


Untuk pendaftaran kali pertama dengan menggunakan link di atas, korang akan mendapat RM120 Airbnb travel credit secara PERCUMA. 

Kemudian, dah sign up, bolehlah mula browse tempat penginapan dan ikuti setiap langkah yang diberikan di atas. Travel credit yang diperoleh tu bolehlah digunakan untuk membayar penempahan penginapan korang tu nanti. Best kan!

Jom, daftar sekarang dengan Airbnb.com.

2 ulasan:

  1. whoaa siap dapat credit free lagi! nak try la nanti!

    Btw, jemput datang join segmen bloglist Myra yang pertama! :D

    Myra | The Grey Lines Between Segment | Blog List For the First Half of 2019

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ye sebab sudi singgah kr blog leya.. Okay... Nanti leya join juga

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com