Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Pasti hari ini semua laman sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, malah blog juga sedang sibuk memperkatakan tentang hari pertama persekolahan anak-anak. Ada yang sudah masuk darjah 1, tingkatan 1 dan baru bersekolah tadika.
LeYa pun tidak ketinggalan juga walaupun belum punya anak. LeYa nak tulis di sini untuk seorang anak buah LeYa yang dari dia masih bayi memang rapat sehinggalah hari ini sudah masuk pra-sekolah. Panggilan KakNur melekat sehingga kini kerana KakNur adalah anak buah sulung. Tahun ini merupakan tahun pertama KakNur bersekolah.
Seawal pagi KakNur bangun dan bersiap untuk ke sekolah. Semangat betul nak jumpa kawan-kawan baru. Hehehe... Pagi hari pertama ke sekolah dihantar oleh ayahnya sendiri. Punya excited di dalam kelas, macam dia sorang je di situ.. Hahaha... Jom tengok gelagat KakNur di hari pertama persekolahan.
Gelihati dan sayu pun ada tengok kan. Yelah... Sekejap betul masa berlalu. Dah pun KakNur ni bersekolah. Kalau balik kampung, belum sempat LeYa dan Otomen keluar, dah meluru tuju ke kami. Alahai... Rindu pulak saat KakNur keletah bermain dulu.
Apa-apa pun semoga KakNur berjaya dunia dan akhirat serta menjadi anak solehah dan tunjuk sikap yang baik buat adik Ikhwan ye..
Okay... Next year... Kita tunggu cerita lagi seorang, Abg Iman yang manja.😊
Pejam celik...rasa sekejap je..ehh dah skolahh dia..hahaa..goodluck tuk anak buah! Hehe
BalasPadamThanks Nona.. Aah kejap je kan masa tu berlalu pergi...
Padamsemoga berjaya dalam pelajaran dan jadi anak yang solehah.. comel jeee dia posing yee.. hehee
BalasPadamAah..memang pandai betul kalau bergambar ni...hehe..
PadamInsyaAllah. Ada rezekinya nanti bila tiba waktu. Sementara waktu HONEYMOON dulu! dengan mak. yeah!
BalasPadamYeh! Jom mak.kite nak honeymoon ke mane...hahaha
PadamI feel you sis. My little sister pun tahun ni masuk darjah 1. Bila tengok dia ke sekolah, my heart, so full. Cepat je masa berlalu. Kita pun dah tua, dah 25 tahun dah. Rasa tua sangat!
BalasPadamHehe..you 25.. Leya lagi la tua kalau mcm tu.. Tahun ni 32..
PadamBudak budak biasalah excited bila dapat pergi sekolah .
BalasPadamHaha... Kan3x..
PadamHari ni dah masuk minggu kedua persekolahan.. kejap je masa berlalu. Pasti kak Nur pun dah pandai menyesuaikan diri dan seronok belajar bersama kawan2. Semoga berjaya semuanya.. aamiin :)
BalasPadamAminn.. Terima kasih Abg Khir Khalid
Padam