Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Sudah menjadi kelaziman kita sebagai pelancong, kalau nak bercuti mana-mana tempat menarik di Malaysia pasti nak merasai makanan tempatan yang popular dan enak-enak. Ipoh yang kini menjadi salah satu destinasi pilihan mempunyai banyak destinasi makan menarik untuk diterjah baik sarapan pagi, tengah hari dan juga makan malam. Daripada nasi ayam, hor fun dan taugeh yang terkenal, bandaraya Ipoh kini menjadi tuan rumah kepada pelbagai kulinari tradisional, hidangan ikonik dan tempat makan yang tersembunyi.
Nikmati pengalaman merasai hidangan di Ipoh dengan 10 tempat-tempat pilihan Halal terbaik menggunakan pembayaran tanpa tunai yang mudah dan selamat menggunakan aplikasi e-dompet 'homegrown' Boost dengan pulangan tunai daripada "Shake Rewards" selepas membuat pembayaran untuk setiap hidangan.
10 Tempat Makan Best Di Ipoh Untuk Diterjah
1. Miker Padang Ipoh
Sebuah kafe hipster yang terletak di Padang Ipoh, Miker terkenal dengan hidangan Tom Yum dalam Kelapa dan piza-piza unik seperti Crazy Cheese, Crazy Meat dan Ultimate Kampung yang mempunyai cili padi dan ikan bilis. Pilihan masakan Barat seperti cop kambing (lamb chop) dan ayam keju dipanggang juga disukai ramai.
Alamat: Jalan Padang, 30020 Ipoh, Perak
Waktu perniagaan: Selasa hingga Sabtu, 5.00 PTG hingga 12.00 TGH MLM. Ditutup pada hari Isnin
2. Char Kuey Teow Abang Sayang
Char kuetiau yang dihidang di Abang Sayang bukan sekadar char kuetiau biasa. Kuetiau di sini dimasak dengah kuah istimewa “Abang Sayang serta udang besar. Sekali rasa, anda tidak lagi akan makan char kuetiau biasa. Mereka turut menawarkan hidangan lain termasuk Nayi Ayam, Bihun Sup dan Sate.
Alamat: No. 25, Jalan Meru Bestari A14, Medan Meru Bestari
Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari kecuali Selasa, 4.00 PTG – 1.00 PG
3. Restoran Warteg Ipoh
Terletak di dalam salah satu bangunan tertua di Ipoh, warung moden ini menawarkan kaki makan pelbagai pilihan hidangan yang diinspirasikan oleh rasa masakan Jawa. Hidangan yang wajib dicuba adalah Ketam Raja dan Lobster dimasak gaya Jawa ala shellout. Selain makan laut segar, cubalah nasi uduk dan kacang pol versi Warteg.
Alamat: 73, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh
Waktu Perniagaan: Selasa hingga Sabtu, 4.00 PTG – 1.00 PG, ditutup pada hari Isnin
4. Restoran Nasi Vanggey
Nasi Vanggey menjadi ikon makanan di Ipoh sejak tahun 1955. Dihidangkan dengan nasi putih dan ayam goreng bersama-sama pilihan hidangan sampingan lain yang menggiurkan serta ditambah kuah signature – ini adalah kombinasi terbaik. Walaupun terdapat cawangan di KL, kami masih cadangkan anda mencubanya di Ipoh, tempat asalnya.
Alamat: 5-A Lebuh 1, Pusat Perniagaan Greentown
Waktu Perniagaan: Dibuka 24 jam, 7 hari seminggu
Kredit Photo: http://tourismperakmalaysia.com/our-destination/nasi-vanggey-restaurant/
5. Canning Dim Sum
Pilihan popular untuk sarapan pagi dan tengah hari, restoran dim sum Halal ini menyediakan dim sum yang amat lazat dan mempunyai 50 pilihan untuk dinikmati. Salah satu hidangan paling popular ialah Lau Sa Pau dengan 5 rasa enak – telur asin, bijan hitam, teratai, coklat dan keladi.
Alamat: No. 1, Lebuh Cecil Rae, Taman Canning, 31400 Ipoh
Waktu perniagaan: 6.30 PG – 2.00 PTG. Ditutup pada hari Rabu
Kredit Photo: https://www.ipohecho.com.my/v4/article/2018/08/16/canning-dim-sum
6. Labu Sayong Café
Kafe menawan ini menyajikan masakan asli dan tradisional Melayu Perak termasuk hidangan seperti Ikan Purba Kala Sayong dan Rusuk Kambing Tongkat Ali. Jika anda mencari tempat untuk memuaskan citarasa masakan Melayu tradisional, Labu Sayong Café adalah tempat untuk dikunjungi.
Alamat: F2, Kompleks Silveritage Galleria, Medan Gopeng, 31350 Ipoh
Waktu Perniagaan: Hari bekerja: 10.00 PG – 10.00 MLM
Hujung Minggu dan hari sebelum Cuti Umum: 10.00 PG – 11.00 MLM
Kredit Photo: https://www.nst.com.my/
7. Assam House
Memenangi hati penduduk tempatan lebih dari 26 tahun, Assam House adalah salah satu restoran Nyonya paling popular di Ipoh. Sajian istimewa mereka yang wajib dicuba ialah Kari Kepala Ikan dan Nyonya Lucky Platter.
Alamat: 2 & 2A, Medan Gopeng 2, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah, 31350 Ipoh, Perak, Malaysia
Waktu perniagaan: 11.30 PG – 3.00 PTG / 6.00 PTG – 10.00 MLM
Kredit Photo: https://www.facebook.com/assamhouse/
8. Rojak dan Cendol Padang Ipoh
Untuk mereka yang menggemari rojak dan cendol, ada yang mengatakan tempat ini adalah pilihan terbaik di bandaraya Ipoh. Kaki makan pasti akan memesan Cendol Durian dan Pulut yang popular, dinikmati bersama Rojak Pasembor, Mi Rebus dan Mi Goreng.
Alamat: No. 17, Jalan Tun Sambanthan 30020 Ipoh, Perak
Waktu perniagaan: 10.00 PG – 8.00 MLM
Kredit Photo: https://www.facebook.com/rojakncendolpadangipoh/
9. Zul Yahya Steamboat
Penggemar stimbot wajib ke restoran ini bagi menikmati stimbot dan BBQ gaya bufet. Restoran Zul Yahya Steamboat merupakan syurga pemggemar makanan stimbot kerana mereka menawarkan pelbagai pilihan makanan sama ada dibuat BBQ atau dimasak dalam sup istimewa mereka.
Alamat: No.1, 1b, Jalan Meru Bestari A8, Bandar Meru Raya
Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari dari pukul 10.00 PG – 12.00 TGH MLM
Kredit Photo: https://www.facebook.com/zulyahyasteamboatbbq/
10. Restoran Fuziah
Restoran Fuziah Nasi Ayam atau lebih dikenali sebagai Nasi Ayam Pasar Bulat digemari penduduk setempat sejak tahun 1980-an. Hidangan popular ini berasaskan nasi beras wangi dimasak dengan minyak lemak ayam serta ayam panggang digoreng garing bersama campuran sos soya sedikit manis amat dinikmati oleh semua.
Alamat: 78, Jalan Mustapha Al-Bakri, 30300 Ipoh
Waktu Perniagaan: 11.30 PG – 10.30 MLM
Kredit Photo: https://www.orangperak.com/
Muat turun aplikasi Boost di Google Play Store atau App Store hari ini dan nikmati pengalaman pembayaran tanpa tunai dengan ganjaran segera berbentuk pulangan tunai.
TQ for sharing.... Senang kalau ke Ipoh, boleh rujuk sini nanti
BalasPadamSama-sama... sharing is caring bro... hehehe...
Padamwow! best ni. kalau saya pergi ipoh, saya rujuk entry ni k
BalasPadamBoleh3x bossku... hehe..
Padamlast year pi Ipoh tercari2 juga kedai makan best
BalasPadamLorrr... Yeke? Kire entry ni lambat bagi la kat akak.. Hehehe..
PadamTeringin nak cuba dimsum tu.. Sedapnyaa
BalasPadamJom Kak Husniey belanja..hehe..
PadamGood post 😊
BalasPadamWould you like to follow each other? If the answer is yes, please follow me on my blog & I'll follow you back.
https://camdandusler.blogspot.com
Okay..thanks..
PadamI'll follow your blog now 😊
PadamThanks
PadamSlalu nampak kt ig org makan char kuey teow abg syg tu heheeh kt ipoh rupanya. Nant g ipoh lehlah cuba jalan2 cari makan kt kedai ni suma. Hehe senang nnt refer sini ajelah. Tq share :)
BalasPadamYe betul tu... Sharing is caring. Sama-sama and terima kasih juga sebab sudi singgah blog ni
PadamWah banyak rupanya tempat makan kat ipoh nie..
BalasPadamAah... Banyak sangat tempat makan menarik di sana.
Padammakanan malaysia dimana2 pun tetap best. semuanya unik dan special lain dari yang lain. *sbb tu susah nak kuwussss xD
BalasPadamHahaha... Kan.. Itu sebab rakyat Malaysia sekarang ramai terlebih makan..hehe..
Padamthank your for sharing. Rindu nak jejalan g ipoh. Info ni menarik kalau nak g jejalan ,:)
BalasPadamWelcome dear... Boleh saja jadikan rujukan bila ke Ipoh nanti..hehe..
PadamNasi Vanggey tu memang lejen kot. Tapi belum sempat sampai lagi.
BalasPadamBoleh refer sini je la kalau ke Ipoh nanti.
Thanks for sharing. :)
Welcome dear.. Thanks for visiting my blog too..hee..
Padamjgn lupa dim sum greenlane dengan popiah ipoh. memang terbaik
BalasPadam