Selasa, 25 Disember 2018

Rahsia Bagaimana Memulakan Bisnes HomeTuition

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dalam setiap kesenangan pasti juga akan bertemu dengan kesusahan. Kepayahan mencari pendapatan hari ini bukanlah sesuatu yang sukar. Anda rajin, anda akan berjaya. Jom ikuti tips ringkas untuk memulakan Bisnes HomeTuition bagi menambah pendapatan sampingan dengan hanya mengajar tuisyen dari rumah ke rumah.


Tapi... Sebelum itu! LeYa nak ingatkan, tak semua orang sesuai dengan bisnes yang ingin diperkatakan ini. Ciri-ciri orang yang memenuhi kriteria di bawah ini saja layak untuk menjalankan bisnes ini! Jom ikuti syarat-syaratnya.

Suka Mengajar!
Ini adalah ciri yang paling penting dan wajib ada pada diri anda! Anda perlulah memiliki sikap ini! Jika anda bukanlah seorang yang suka mengajar, malah benci melakukannya... bisnes ini sangat tidak sesuai untuk anda. Anda boleh tinggalkan website ini dengan segera.

Penyabar!
Orang yang jenis "hot temper" dan jenis cepat melenting walaupun pada kesilapan-kesilapan kecil! Juga tidak sesuai untuk bisnes ini!

Pandai
Pandai yang saya maksudkan disini adalah pandai di dalam subjek yang ingin diajar. Anda tidak perlu pandai semua subjek, boleh bermula dengan 1 subjek sahaja. Anda kena kenalpasti apakah subjek yang paling anda cemerlang dan sentiasa dapat A sewaktu sekolah dulu? Mesti ada kan

Bertanggungjawab & Menepati Masa
Ini juga ciri penting untuk melakukan bisnes ini! Bisnes home tuition ini memerlukan komitmen dari segi masa dan sikap bertanggungjawab. Kalau dah janji nak mengajar pada sekian tarikh dan masa, kena tepati dan penuhi! Kalau tidak.. memang susah nak cari makan dan nak bertahan dalam bisnes ini.

Itulah 4 ciri utama yang perlu ada dalam diri anda untuk menjalankan bisnes home tuition ini.

Jika anda mempunyai 4 ciri utama diatas, anda sudah pun mempunyai kelayakan asas untuk melakukan bisnes home tuition ini dan sudah boleh menjana pendapatan sampingan yang pantas menerusinya! Sebenarnya, ada banyak lagi ciri-ciri yang perlu ada seperti kemas, berketrampilan menarik, pandai berkomunikasi dan sebagainya, tetapi, itu semua ciri-ciri sampingan sahaja dan ia boleh di develop secara perlahan-lahan di kemudian hari. 

Memperkenalkan!

Dalam e-book ini, anda akan diajar bagaimana untuk memulakan Bisnes HomeTuition dengan betul tanpa perlu melalui fasa kecundang. Penulis e-book ini akan mengajar anda untuk menjadi seorang guru tusyen yang berjaya dan menjana pendapatan yang lumayan sama ada secara sampingan mahupun sepenuh masa. Semua tips, trik, ilmu dan pengalaman beliau akan diperoleh menerusi e-book ini. Anda hanya perlu baca dan follow sahaja! Best kan!


Apa Yang Terkandung Dalam eBook Ini?

Anda akan dapati ada 4 langkah utama untuk memulakan Bisnes HomeTuition dengan betul. Antaranya ialah:
  1. Strategi Marketing
  2. Strategi Deal
  3. Preparation Untuk Mengajar
  4. Tips & Trick Semasa Mengajar
Menarik kan! Jadi berapa untuk harga e-book ini?

Dengan memiliki e-book ini, anda dapat menjimatkan masa, tenaga serta wang ringgit. Ambil sahaja pengalaman penulis dan jadikan ia sebagai batu loncatan untuk permulaan yang baru tahun 2019 ini.

Harga yang ditawarkan sangat berbaloi dan murah! Hanya RM30 sahaja!

Ya! Hanya RM30 sahaja!

Jadi, adalah lebih baik untuk anda dapatkan sekarang sebelum harga ini penulis menaikkan harga e-book ini. 

Klik sahaja pada mana-mana gambar yang ada dalam entry ini untuk dapatkan e-book sekarang!


Ahad, 23 Disember 2018

Jelajah Melaka Bersama Fast Bikes Club

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Melaka sebuah bandaraya bersejarah yang sememangnya menjadi daya tarikan pelancong tidak kira dari dalam mahupun luar negara. Mempunyai tempat-tempat menarik yang sering dikunjungi, kali ini LeYa menjelajah ke Bandaraya Melaka selama 3 hari 2 malam bersama sekumpulan motor berkuasa besar yang dianjurkan oleh Fast Bikes Club (FBC) dengan kerjasama Gerakan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Warisan & Kebudayaan Negeri Melaka serta Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Pelaburan Negeri Melaka.


Konvoi motosikal berkuasa besar ini melibatkan peserta dari 3 buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Thailand yang akan menjelajah seluruh negeri Melaka di samping melaksanakan aktiviti CSR seperti membersihkan Masjid Lama Rumbia, menghulurkan sumbangan kepada golongan asnaf, ibu tunggal dan anak yatim. 

Majlis Perasmian yang diadakan di Mudzaffar Hotel Melaka

Sebelum itu, seperti yang semua sedia maklum tahun 2019 merupakan tahun melawat Melaka dan baru-baru ini tarian Dondang Sayang telah mendapat pengiktirafan daripada UNESCO. Dengan program Tour Melaka 2018 ini secara tidak langsung telah mempromosikan kebudayaan, makanan dan tempat menarik di Melaka.


Asam Pedas Melaka

Selain itu, turut mendapat sokongan dari beberapa penaja seperti KTM Malaysia, FGG-Financial Genius Group, Nayla Beauty, AADK, Toyo Lube, Adabi, Az Fadz, Annona Coffee Harley Davidson, Petaling Jaya, Melaka fm dan Mudzaffar Hotel Melaka. 


Program Tour Melaka 2018 bermula dari The Gasket Alley - Harley Davidson, Petaling Jaya dan mengambil masa lebih kurang 2 jam kerana terpaksa berhenti seketika dek hujan lebat dan telah selamat sampai di Mudzaffar Hotel Melaka, Ayer Keroh lebih kurang jam 6.00 petang. 

Tepat jam 8.00 malam, LeYa berserta rakan-rakan dan konvoi motosikal meneruskan perjalanan ke destinasi pertama iaitu Makan Malam di Restoran Queyside dengan dijamu makanan orang Melaka iaitu Asam Pedas sambil dihiburkan dengan tarian kebudayaan negeri Melaka.


Kredit Photo: Taha Khusaimi

Perut sudah kenyang, Malam masih awal untuk terus pulang ke penginapan. Kami disajikan lagi dengan pemandangan indah merentasi Sungai Melaka menaiki Melaka River Cruise. Dapat kami saksikan keindahan sebenar negeri Melaka ketika menelusuri Sungai Melaka dan penerangan jelas dari Tour Guide yang disediakan.


Kredit Photo: Taha Khusaimi

Hari sudah jauh malam. Kami pulang ke hotel penginapan untuk bersiap awal pagi esoknya. 


Keesokan harinya, seawal jam 9.00 pagi, kami bertolak ke Masjid Lama Rumbia, Alor Gajah untuk menjalani aktiviti CSR membersihkan kawasan masjid. Aktiviti gotong-royong yang diadakan ini bagi memupuk semangat kerjasama antara pasukan motorsikal dengan penduduk kampung dan dalam masa yang sama menjalin hubungan erat antara satu sama lain. 

Difahamkan masjid ini sudah berusia lebih 160 tahun dan masih kekal utuh hingga ke hari ini. 



Badan sudah kepenatan dan minta diisi. Kami meneruskan perjalanan untuk menikmati sekali lagi makanan orang Melaka iaitu Asam Pedas di Restoran Zahrin, MITC, Ayer Keroh. Bukan setakat Asam Pedas sahaja, tetapi kami dijamu dengan pelbagai pilihan makanan lain yang sememangnya sedap dan berbaloi untuk korang cuba jika bertandang ke sini.

Kredit Photo: Taha Khusaimi

Hari semakin panas terik. Tekak mula terasa kehausan. Apa lagi? Dah sampai Melaka ni, macam tak syok pula kalau tak ke lokasi yang cukup terkenal dan viral di media sosial iaitu Klebang Original Coconut Shake. Setibanya di situ, memang kelihatan ramai pengunjung sehingga beratur panjang semata-mata untuk merasai kelazatan Coconut Shake. Memang sedap tak terkata ketika menikmati minuman Coconut Shake itu.

Kredit Photo: Taha Khusaimi

Hilang rasa dahaga setelah puas minum Original Coconut Shake sebentar tadi. Kami meneruskan lagi perjalanan ke mercu tanda negeri Melaka iaitu Menara Taming Sari. Menara Taming Sari ini berketinggian 80m dan berpusing 360 darjah dengan pengunjung dapat menyaksikan pemandangan Bandar Melaka seperti Bukit St. Paul, Dataran Pahlawan, Sungai Melaka, Selat Melaka dan kawasan sekitar yang lain. LeYa bangga dan kagum dengan keindahan yang ada di negeri Melaka dan pelancongan Malaysia ini. Korang patut rasa bangga dengan keindahan yang ada dan wajib rasai pengalaman menaiki Menara Taming Sari.

Kredit Photo: Taha Khusaimi

Kredit Photo: Taha Khusaimi

Pejam celik pejam celik, sudah masuk di hari ketiga. Terasa pantas masa berlalu. Kali ini kami sekali lagi melaksanakan aktiviti CSR serta menziarah kasih dan mesra bersama penduduk Kampung Rembia dengan menjalani aktiviti Sukan Rakyat. Seperti sudah lama kenal, penduduk kampung menjalin hubungan erat dan beramah mesra dengan penuh keseronokan dan sporting melibatkan diri dalam penyertaan permainan yang dianjurkan. Gelak ketawa dapat disaksikan antara satu sama lain. Terhibur juga hati LeYa ketika itu.


Antara aktiviti sukan rakyat yang diadakan adalah Tarik Upih, Bowling Padang, Lari Ikat Kaki, Cari Duit Syiling dalam tepung, Kerusi Beracun dan Bola Sepak Kain Pelikat.

Kredit Photo: Taha Khusaimi

Turut diberi perhatian juga adalah sumbangan kepada golongan Asnaf, Ibu Tunggal dan Anak Yatim. Selain itu, aktiviti penyampaian hadiah buat pemenang sukan rakyat dan cabutan bertuah juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana majlis.



Program Tour Melaka 2018 ini berjaya menggamit sanubari semua peserta yang hadir dan turut terkesan juga buat LeYa yang amat merindui detik-detik bersama mereka selama 3 hari itu. Program ini telah membuka mata dan minda tentang keindahan sebenar sejarah yang ada di negeri Melaka dan memang patut diceritakan kepada semua untuk datang berkunjung ke Melaka sebagai destinasi percutian menarik tahun 2019.

Pengerusi, DJ Ninie memberi ucapan sepatah dua kata

Tahniah dan terima kasih LeYa ucapkan buat penganjur utama, Fast Bikes Club yang dipengerusikan oleh DJ Ninie atau nama sebenar Fadzlaini Ibrahim atas kesudian menjemput LeYa dan lain-lain dalam aktiviti jelajah Melaka bersama peserta konvoi motosikal berkuasa besar ini. Tidak dilupakan juga penaja lain yang turut sama memberi kerjasama menjayakan program Tour Melaka 2018. LeYa mengharapkan ikatan persaudaraan yang baru dijalinkan ini kekal selamanya.

Pasukan Singapura

Pasukan Thailand

Pasukan Malaysia

LeYa akhiri kembara ini dengan dua rangkap pantun:-

Pandang-pandang jeling-jeling,
Naik motorsikal pusing-pusing,
Panas terik berdenting-denting,
Terima kasih kerana bawa pusing-pusing.

Daun selasih warnanya merah,
Membawa kami ke Melaka negeri Hang Tuah,
Tahniah buat penganjur bertuah,
Semoga sentiasa dirahmati Allah.

Jumaat, 21 Disember 2018

Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP Memberi Kanak-Kanak Pendedahan Sedari Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Harta yang kita miliki ini semuanya hanyalah pinjaman dari Allah SWT. Dia yang memberi. Dia yang memilih kita untuk diberikan rezeki ini. Kita semua ini adalah pemegang amanah. Justeru, di akhir tahun 2018 ini, pasti ramai sudah berkira-kira pendapatan tahunan yang diperolehi. Namun, di sebalik kekayaan yang diperolehi itu, sudahkah kalian berinfak atau mengeluarkan zakat 2.5% daripada harta yang dimiliki itu?

Kredit Photo: Blog Tengkubutang

Sebelum itu, jom LeYa terangkan sedikit Apa Itu Zakat?

Zakat seperti yang kita tahu merupakan rukun Islam yang kelima. Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan ASNAF.

Jadi, LeYa ingin mengajak korang semua yang berkemampuan untuk menunaikan zakat bagi menyucikan harta dan mendapat keberkatan dalam memperolehi lagi rezeki akan datang. Rasanya korang dah tahu yang zakat terbahagi kepada beberapa jenis iaitu Zakat Harta, Zakat Pendapatan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas, Zakat KWSP dan Zakat Saham. Mana-mana di antara korang yang mungkin teralpa atau lupa untuk membayar zakat, boleh membuat bayaran dengan kaedah Qada Zakat. Mudah kan! Jadi, tiada alasan untuk tidak tunaikan tanggungjawab membayar zakat.

Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP yang mengendalikan zakat bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan ada membuat beberapa kaedah pembayaran zakat melalui 4 cara iaitu:

  1. Kaunter PPZ-MAIWP
  2. Portal PPZ-MAIWP
  3. Perbankan Internet
  4. Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP

Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP

Selain itu, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP juga telah memperkenalkan Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP bagi mendidik kanak-kanak untuk lebih dekat dengan ibadah zakat. Ia mendidik anak-anak pembayar zakat yang berumur 18 tahun ke bawah agar biasa dengan zakat. 

Bagaimana Cara Untuk Dapatkan Tabung Didik Zakat Ini?
  1. Buka akaun zakat dengan serendah RM10
  2. Ibu Bapa boleh membantu anak-anak untuk membuka akaun zakat tersebut di mana-mana kaunter zakat PPZ-MAIWP
  3. Tabung Didik Zakat akan diberikan secara PERCUMA.
PU Azman juga merupakan selebriti yang akan membantu PPZ-MAIWP dalam program Tabung Didik Zakat buat kanak-kanak. 

Sekali lagi, PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam di Wilayah Persekutuan untuk merebut keberkatan menunaikan zakat bagi mengembalikan hak ASNAF sebanyak 2.5% yang ada dalam harta kita. 

Kempen Tabung Didik Zakat by PU Azman

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk atau layari:

Website

Talian Bebas Tol Zakat
1-300-88-5757

'PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT'
‘SEMAI ZAKAT TUAI BERKAT’

#tabungdidikzakat #sicilikcelikzakat #menabunghinggaberzakat #mulakanzakatdiusiamuda #ppzmaiwp #YearendZakat

Rabu, 19 Disember 2018

Mudzaffar Hotel Melaka - Tempat Penginapan Menarik dan Terbaik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dalam entri kali ni LeYa kembara ke Melaka bersama Team Fast Bikes Club. Jadi, di kesempatan itu, LeYa dapat lah juga menginap 2 malam di Mudzaffar Hotel Melaka yang terletak di Ayer Keroh. Difahamkan sebenarnya hotel ni dah lama pun berada di situ. Nampak sangat LeYa dah lama tak balik Melaka dan jalan di kawasan tu kan? Hehehe… 

Di hadapan pintu masuk di lobi hotel

Kredit Photo: Taha Khusaimi

Sesampai sahaja di perkarangan hotel, terus parkir kereta di Basement bawah hotel. Ada kawasan parkir disediakan di situ. Tak ada bayaran pula tu. Best kan! Memang cukup-cukup untuk tetamu hotel. Kemudian, LeYa terus ke receptionist counter untuk proses check-in yang mengambil masa tak sampai 5 minit dan terus masuk ke bilik. Bahagian lobi hotel cukup luas dan sangat selesa sekali untuk menunggu jika ramai berurusan di kaunter.


Buka sahaja bilik, LeYa teruja dengan keadaan bilik yang luas dan selesa. Paling menarik bilik mandinya. Cukup besar. Boleh main kejar-kejar sekali kat dalam tuh. Hahaha… Ada dua kerusi dan meja kopi disediakan untuk santai di situ. TV yang cukup besar berserta ruang kerja juga ada. Ada dua almari pakaian dan di sebelahnya terdapat ruang kecil yang menempatkan small fridge dan refreshment.

Ruang tidur yang menempatkan katil King Size memang cukup selesa untuk LeYa dan Otomen.



Fasiliti lain yang korang boleh dapati di sini juga seperti kettleiron dan papannya, security box dan toiletries yang mencukupi. Kolam renang juga terdapat di tingkat satu. Besar dan luas untuk korang dan anak-anak berenang.



Bilik air pun sangat luas dan bersih. Buka sahaja pintu bilik air, korang akan kelihatan diri korang di hadapan cermin di ruang sinki yang besar. Tempat shower dibahagikan kepada dua. Satu bersama bath tub dan satu lagi di belakang dinding yang di depannya ada sinki tadi. Lebih kurang nak cakap, bilik air ni ada 4 ruang. Ruang tandas di tepi kiri, depan ada sinki, ruang kanan terdapatnya bath tub dan di belakang shower kedua. Memang cukup selesa! 




Keesokan paginya, LeYa turun untuk bersarapan pagi. Sangat teruja apabila terdapatnya kepelbagaian aneka makanan yang dihidangkan di situ. Korang pilih je nak breakfast apa. Semua ada. Rasanya pun not bad sebab biasalah, makanan dihidangkan dari air tangan chef yang berpengalaman. 

Sarapan pagi pertama

Kawasan yang disediakan juga sangat strategik untuk ke tempat menarik yang ada di Melaka. Sebagai contoh, Zoo Melaka, Kampung Morten dan Bandar Hilir.

Okay... Jom kita tengok pakej harga untuk menginap di sini. To me, memang berpatutan dengan apa yang korang dapat ketika menginap di sini.


 

 

Menarik bukan? Jadi tunggu apa lagi? Berbaki cuti tahun ini, apa kata bawa keluarga atau rakan-rakan untuk menginap di hotel mewah ini sekarang.


Apa yang LeYa boleh katakan Mudzaffar Hotel Melaka memang memberi servis yang cukup baik sepanjang LeYa, Otomen dan rakan-rakan menginap selama 3 hari 2 malam dan pasti akan datang lagi bersama keluarga dan rakan-rakan. Kesemua kelengkapan yang ada cukup moden dan selesa untuk tetamu yang datang menginap.

Tak dilupakan juga pada 15 Disember 2018 itu, satu pelancaran Asam Pedas telah diadakan sempena kunjungan kami ke situ. So lepas ni, korang bolehlah nikmatinya di hotel ni. Curlasssss kaw! Satu-satunya hotel yang menyediakan masakan tradisional negeri Melaka. Memang sedap dan pasti korang menyukainya. Ada Asam Pedas Ikan Siakap, Asam Pedas Ikan Pari, Asam Pedas Telur Ikan dan Asam Pedas Daging Tetel. Errrmmmmm…. Dappppnyerrrr.... Terngiang-ngiang lagi keenakan masakannya sampai sekarang. 

Asam Pedas Yang Menyelerakan


Maklumat lanjut, boleh layari

Website

Facebook
Mudzaffar Hotel Melaka

Alamat
Lot 5509, Jalan Wisma Persekutuan, Melaka International Trade Centre, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

Telefon
06 – 234 7733

Sabtu, 15 Disember 2018

Merentasi Cabaran Di Skytrex Adventure Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Kembali semula untuk LeYa kongsikan pengalaman pertama dalam Travelogue melakukan aktiviti lasak di Skytrex Adventure Melaka

Buat pengetahuan korang bukanlah yang pertama LeYa melakukan aktiviti lasak. Sebelum ni pernah juga di PLKN, aktiviti pengakap ketika di sekolah dan aktiviti flying fox ketika di universiti. Banyak je sebenarnya. Cuma, untuk kali ini LeYa akan merentasi laluan dari pokok ke pokok yang sangat tinggi. Mulanya ada rasa cuak dan berdebar juga. Dapat ke agaknya habiskan cabaran ni. Alhamdulillah… dalam kepenatan tuh, LeYa berjaya menamatkan cabaran sehingga akhir. 


Cabaran di sini ada 3 kategori iaitu Beginner, Medium dan Extreme. Memandangkan ramai dan kesuntukan masa, LeYa pada ketika itu hanya berkesempatan membuat cabaran sehingga yang medium sahaja. InsyaAllah, ada rezeki, LeYa nak cuba lah yang extreme sebab teruja laluan yang ada basikal tu. Hehehe… 

Okay… Jom ikuti pengembaraan LeYa merentasi cabaran di situ.


Skytrex Ayer Keroh, Melaka

Kalau korang nak tahu lokasi skytrex ni, ia betul-betul berada di dalam hutan Kampung Buku, Ayer Keroh. Alaa… korang waze je. Confirm jumpa punya. 

Selesai mendaftar dan menandatangani borang persetujuan untuk melakukan aktiviti lasak, korang akan diberikan peralatan keselamatan sebelum memulakan aktiviti.

Siap-siap pakai. Apa lagi? Kasi gambar lah dulu sebagai kenangan kan. Hehehe…



Aktiviti pun bermula. LeYa membuat percubaan dahulu di bahagian beginner supaya nanti tak lah rasa cuak sangat meneruskan aktiviti yang tinggi. Laluan semakin jauh dan tinggi. Dada semakin berdegup kencang dan otak ligat memikirkan, “Boleh ker aku abeskan ni…”. Diteruskan jua walau berdebar dan penat.

 

Part yang paling disukai ialah flying fox. Dek kerana terlalu banyaknya aksi tuh, LeYa jadi alah bisa tegal biasa. Ceehhhh… berlagak pulak. Tadi punyalah penakut cuak kan. Hahaha… Serius weyyyhhh… Lama-lama dah tak rasa apa dah. Rasa makin seronok pula. Sebab tu la berjaya selesaikan sampai ke akhir walaupun agak lambat berbanding kawan-kawan yang lain.





So, kalau korang datang dan singgah Melaka, apa kata korang cuba lakukan aktiviti lasak ni. Barulah syok kan! Asyik-asyik shopping je. Sekali-sekala uji ketahanan fizikal pasti seronok. Oh Ya! Skytrex Adventure ni juga ada lagi dua cawangan iaitu di Shah Alam dan Langkawi. Jadi, korang boleh lah buat pilihan mana destinasi yang korang nak tuju.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari

SKYTREX ADVENTURE MELAKA
Jalan Taman Botanikal, 75450 Durian Tunggal, Melaka

Website

Telefon
018 – 909 5679 


Travelogue Melaka ini dibawakan khas sempena LeYa menjalani Team Building kolaborasi tempat kerja LeYa. Terima kasih untuk penaja utama – Ministry of Finance, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Skytrex Adventure Sdn Bhd.