Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Dalam setiap kesenangan pasti juga akan bertemu dengan kesusahan. Kepayahan mencari pendapatan hari ini bukanlah sesuatu yang sukar. Anda rajin, anda akan berjaya. Jom ikuti tips ringkas untuk memulakan Bisnes HomeTuition bagi menambah pendapatan sampingan dengan hanya mengajar tuisyen dari rumah ke rumah.
Tapi... Sebelum itu! LeYa nak ingatkan, tak semua orang sesuai dengan bisnes yang ingin diperkatakan ini. Ciri-ciri orang yang memenuhi kriteria di bawah ini saja layak untuk menjalankan bisnes ini! Jom ikuti syarat-syaratnya.
Suka Mengajar!
Ini adalah ciri yang paling penting dan wajib ada pada diri anda! Anda perlulah memiliki sikap ini! Jika anda bukanlah seorang yang suka mengajar, malah benci melakukannya... bisnes ini sangat tidak sesuai untuk anda. Anda boleh tinggalkan website ini dengan segera.
Penyabar!
Orang yang jenis "hot temper" dan jenis cepat melenting walaupun pada kesilapan-kesilapan kecil! Juga tidak sesuai untuk bisnes ini!
Pandai
Pandai yang saya maksudkan disini adalah pandai di dalam subjek yang ingin diajar. Anda tidak perlu pandai semua subjek, boleh bermula dengan 1 subjek sahaja. Anda kena kenalpasti apakah subjek yang paling anda cemerlang dan sentiasa dapat A sewaktu sekolah dulu? Mesti ada kan
Bertanggungjawab & Menepati Masa
Ini juga ciri penting untuk melakukan bisnes ini! Bisnes home tuition ini memerlukan komitmen dari segi masa dan sikap bertanggungjawab. Kalau dah janji nak mengajar pada sekian tarikh dan masa, kena tepati dan penuhi! Kalau tidak.. memang susah nak cari makan dan nak bertahan dalam bisnes ini.
Itulah 4 ciri utama yang perlu ada dalam diri anda untuk menjalankan bisnes home tuition ini.
Jika anda mempunyai 4 ciri utama diatas, anda sudah pun mempunyai kelayakan asas untuk melakukan bisnes home tuition ini dan sudah boleh menjana pendapatan sampingan yang pantas menerusinya! Sebenarnya, ada banyak lagi ciri-ciri yang perlu ada seperti kemas, berketrampilan menarik, pandai berkomunikasi dan sebagainya, tetapi, itu semua ciri-ciri sampingan sahaja dan ia boleh di develop secara perlahan-lahan di kemudian hari.
Memperkenalkan!
Dalam e-book ini, anda akan diajar bagaimana untuk memulakan Bisnes HomeTuition dengan betul tanpa perlu melalui fasa kecundang. Penulis e-book ini akan mengajar anda untuk menjadi seorang guru tusyen yang berjaya dan menjana pendapatan yang lumayan sama ada secara sampingan mahupun sepenuh masa. Semua tips, trik, ilmu dan pengalaman beliau akan diperoleh menerusi e-book ini. Anda hanya perlu baca dan follow sahaja! Best kan!
Apa Yang Terkandung Dalam eBook Ini?
Anda akan dapati ada 4 langkah utama untuk memulakan Bisnes HomeTuition dengan betul. Antaranya ialah:
- Strategi Marketing
- Strategi Deal
- Preparation Untuk Mengajar
- Tips & Trick Semasa Mengajar
Menarik kan! Jadi berapa untuk harga e-book ini?
Dengan memiliki e-book ini, anda dapat menjimatkan masa, tenaga serta wang ringgit. Ambil sahaja pengalaman penulis dan jadikan ia sebagai batu loncatan untuk permulaan yang baru tahun 2019 ini.
Harga yang ditawarkan sangat berbaloi dan murah! Hanya RM30 sahaja!
Ya! Hanya RM30 sahaja!
Jadi, adalah lebih baik untuk anda dapatkan sekarang sebelum harga ini penulis menaikkan harga e-book ini.
Klik sahaja pada mana-mana gambar yang ada dalam entry ini untuk dapatkan e-book sekarang!