Sabtu, 1 Disember 2018

Jom Ke Karnival Year End Zakat (YEZ) 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Apa korang buat cuti hujung minggu ini? Jom bawa anak-anak dan ahli keluarga ke Karnival Year End Zakat 2018 yang sedang berlangsung bermula hari ini, 01 Disember hingga esok 02 Disember 2018 (Sabtu & Ahad) pada pukul 9.00 pagi hingga 9.00 malam di perkarangan Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju. Hari ini juga, LeYa dan Otomen Taro berkesempatan singgah dan merasai kemeriahan majlis dengan pelbagai aktiviti menarik yang diadakan. 


Suasana karnival seperti tidak percaya sahaja. Begitu mendapat sambutan yang menggalakkan. Kalau dulu, kita fikir, jika ada aktiviti di masjid pasti membosankan. Tak best lah kan nak pergi. Bermacam-macam alasan. Tapi, Karnival YEZ 2018 kali ini pasti memberi korang dan keluarga mahupun rakan-rakan satu pengalaman yang sangat menarik dan tidak membosankan. Karnival yang berlangsung 2 hari ini menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik di antaranya pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan gusti lengan, persembahan Didi & Friend, persembahan Omar & Hana pertandingan Azan, pertandingan Masterchef YEZ bersama Chef Zubir dan banyak lagi.



Dalam meraikan kemeriahan itu juga, ia merupakan satu usaha mempromosikan dakwah zakat dengan lebih meluas di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan agar ia dapat meningkatkan prospek pembayar zakat dan secara tak langsung meningkatkan kutipan zakat. 

Selain itu, ia juga mendekatkan umum tentang kewajipan berzakat terutamanya zakat harta dan juga sebagai landasan kecemerlangan diri umat Islam kepada penghayatan agama melalui aktiviti yang dianjurkan ini.


Pelbagai aktiviti menarik untuk pelbagai lapisan umur dari kanak-kanak hingga dewasa. Terdapat 90 booth yang korang boleh dapati di Karnival YEZ termasuklah booth jualan dari asnaf dan lain-lain aktiviti yang pasti memberikan keseronokan buat kanak-kanak yang datang.




Bukan itu sahaja. Ada juga selebriti-selebriti tempatan yang turut menyerikan karnival ini. Pada malam ini, korang boleh menyaksikan konsert daripada barisan artis popular seperti Kumpulan Hijjaz, Raihan, Saujana dan Ali XPDC. Pasti bertambah gamat dengan kehadiran Syuk dan Atu Zero selaku hos. Korang tidak akan bosan sepanjang karnival ini berlangsung. 

Keesokan harinya pula, korang akan disajikan dengan majlis kemuncak iaitu Grand Forum Super Star yang membariskan panel terkemuka seperti Ustaz Dato' Dr. Izhar Ariff, Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi dan Ustaz Syed Nohisyam Tuan Padang dan hostnya tak lain tak bukan adalah Bell Ngasri yang pasti kelakar. Selain itu, korang juga boleh bertemu dengan Heliza Helmi, Ustaz Wan Akasyah dan Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah, PU Amin, PU Idris, PU Rahmat dan ramai lagi. Dan korang boleh berpeluang menang hadiah dari radio rasmi PPZ-MAIWP iaitu Kool fm yang memang cool dan santai itu.



Karnival ini adalah usaha murni dari Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). Pihak PPZ-MAIWP menyasarkan seramai 10,000 orang yang akan hadir ke Karnival YEZ 2018 ini terutama penduduk yang tinggal sekitar Wangsa Maju, Gombak, Setiawangsa, Keramat dan kawasan sekitar yang lain.




Di samping itu, PPZ-MAIWP juga melancarkan Bulan YEZ 2018 dan pengumuman pemenang bagi Jom Sertai Skim Thohir 2018 (Julai - Oktober) yang ditaja oleh Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. dan Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my (Ogos - Oktober 2018) yang ditaja oleh SeriGroup Global Sdn. Bhd.



Karnival ini telah dirasmikan oleh Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali dan turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff.  LeYa ucapkan tahniah kepada semua pemenang. Dan korang yang hadir ke karnival juga berpeluang memenangi cabutan bertuah bernilai RM10,000. Jadi, tunggu apa lagi? Jom datang ke Karnival Year End Zakat 2018 sekarang di Masjid Usamah bin Zaid, Seksyen 2, Wangsa Maju.

Maklumat lanjut mengenai aktiviti YEZ 2018, boleh layari seperti tertera di bawah:-

Facebook

Instagram

Hashtags
#PPZMAIWP #ZakatAkhirTahun #YearEndZakat.


Related Posts:

  • Seronoknya Dapat Lagi 6 CPUV Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Alkisah di mana LeYa dapat lagi CPUV dari pihak Nuffnang. Baru sahaja LeYa post entri yang LeYa telah memperolehi 10 CPUV. Kali ini, sekali lagi LeYa menerima 6 lagi CPUV. Alhamdulil… Read More
  • Mood Blogging KeLaut Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Hari Ahad malam Isnin ni LeYa begitu malas nak update entry. Terasa mood blogging malam ni ke laut. Padahal dari pagi tadi hingga ke petang aktiviti LeYa bersama keluarga terisi deng… Read More
  • Kenangan Bercuti di Bandung, Indonesia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... ***Psstt... percutian ni sebenarnya pada tahun 2012..  Sekarang ni musim cuti sekolah. Pasti ramai ibu bapa sedang merancang nak bawa anak-anak bercuti ke tempat-tempat menar… Read More
  • Drama Bersiri Suami Sebelah Rumah Semakin Mantap Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Hari ini 1 April 2015. Hari yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia di mana hari ini bermulanya era GST. Apa itu GST? GST adalah Good Service Tax. Nak tahu lebih lanjut boleh layari lam… Read More
  • Rezeki Datang Lagi... Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Alhamdulillah rezeki datang lagi. Bertahun LeYa setia dengan Mr. Nuffnang, masih diberi kesempatan dan ruang untuk LeYa berblogging di dalam LeYa Blog. Rezeki yang hadir ini tidaklah… Read More

2 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com