Selasa, 11 Disember 2018

Aplikasi MMSOS Bantu Melindungi dan Mengurangkan Bebanan Rakyat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Korang pernah tak mengalami rasa takut berhadapan dengan jenayah yang semakin berleluasa hari ini? Kes ragut, kes bunuh, kes rogol... Macam-macam jenayah dah mula menghantui diri kita especially wanita. Jadi, bagaimana korang mengatasi situasi sukar jika korang berhadapan dengan hal kecemasan macam ni? Kalau korang nak tahu, dengan teknologi canggih masa kini, korang bolehlah muat turun satu aplikasi yang dinamakan MMSOS ini sebagai langkah berjaga-jaga jika menghadapi situasi kecemasan. Mudah sahaja. Dengan menekan butang "Panik", keselamatan korang pasti terjamin dengan bantuan yang tiba. Jom teruskan lagi bacaan untuk lebih faham.


Aplikasi MMSOS Melindungi Keselamatan Anda

MMSOS "Panic Button" merupakan satu aplikasi bantuan kecemasan "Creating Awareness". Ia merupakan kempen menanam dan menyemai kesedaran rakyat tentang kepentingan aplikasi MMSOS ini dengan hanya menekan butang Panik dan para pengguna yang berdepan dengan kecemasan seperti kes ragut, rompakan, jenayah harta benda, kecurian kenderaan, kebakaran, pembuli jalan raya, cubaan rompakan, perbuatan yang mencurigakan, membantu dalam memaklumkan ahli keluarga bila berlaku kecemasan, tunda kenderaan, tuntutan insurans, 'jump start' kereta, membantu ganti tayar pancit atau rosak dan juga mengatur ambulans. 


Aplikasi ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia dengan kerjasama bantuan ambulans, polis, bomba, hospital atau klinik, laporan jenayah, motor assist dan kaunseling yang mudah diakses. MMSOS beroperasi 24 jam, tujuh hari seminggu dan 365 hari sepanjang tahun. 

Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja ketika mengalami kes kecemasan. Apabila berlaku kecemasan, mereka hanya perlu menekan butang kecemasan dan team SOS Response akan membantu pengguna mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang dihadapi serta mendapatkan bantuan yang terdekat dengan korang. Korang sebagai pengguna boleh monitor status korang melalui aplikasi ini. 


Kelebihan Melanggan Aplikasi MMSOS

• Kelebihan melanggan aplikasi ini, percuma ‘Personal Accident Insurance’ (value worth 50,000). 
• Percuma pemeriksaan kesihatan (worth RM365). 
• Diskaun 70% untuk ‘Car Tinted’. 
• Diskaun 40% untuk pakej percutian ke Marina Island (all in package for 2 person, 3D2N + Dining).
• ‘Special rate’ untuk memperbaharui insuran kereta. 
• ‘Special rate’ untuk penyelenggaraan kereta. 
• ‘Ambulance fees’. 
• Percuma ‘towing’.


Jadi, pengenalan aplikasi ini adalah sangat tepat sekali gus membantu kerajaan dan pihak polis dalam menangani kadar jenayah di seluruh negara. Hindari jenayah, rakyat selamat. Ia juga membantu dalam mengurangkan kos bebanan pengguna.


Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di Play Store dan Apps Store dengan hanya klik http://bit.ly/2mC6Y03. Kemudian, haruslah membuat pendaftaran dengan memasukkan butiran diri seperti yang dikehendaki. 


Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari:


03 - 8687 4222 / support@mmsos.my

MM Synergy Sdn Bhd
No 2, Jalan Arfah 2,
Seri Kuching Business Park Off,
Jalan Kuching 51200 Kuala Lumpur.

Pengurus Perhubungan Awam
Puan Rozana Abu Hassan (012 - 295 2169)


4 ulasan:

  1. MMSOS memang sangat membantu dan banyak kelebihannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tuh... Lebih-lebih kita wanita ni kan. Memang perlu ada aplikasi ni untuk apa-apa kemungkinan

      Padam
  2. Bila2 kecemasan tekan je panic button MMSOS. senang dan cepat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Kak Ana... Memang senang dengan adanya aplikasi MMSOS ni kan.

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com