Rabu, 14 November 2018

Tempat Menarik Johor Bahru Yang Wajib Singgah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Johor Bahru merupakan lokasi paling selatan dalam peta Malaysia. Hari ini, makin banyak tempat -tempat menarik yang boleh kita lawati bila berkunjung ke Johor Bahru. Yang menariknya lagi, sudah banyak tempat yang diberi nafas baru dengan penambahan pusat pelancongan terbaru.

Berikut adalah beberapa tempat menarik di Johor Bahru yang sempat LeYa dan keluarga lawati.

1) Legoland Malaysia

Kredit Photo: www.siraplimau.com

Tak lengkap rasanya kalau percutian seisi keluarga tanpa berkunjung ke taman tema Legoland. Korang akan terpesona dengan rekaan replica mercu tanda kebanggaan Malaysia seperti Menara Kembar KLCC, Masjid Putrajaya dan juga mercu tanda lain seperti Angkor Wat dan Taj Mahal yang dibina sepenuhnya dengan blok Lego di Miniland.

Korang juga boleh membina lego sendiri, menaiki pelbagai ride yang ada dan juga menonton wayang 4D. Di sini, ia terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya Lego Technic, Lego Kingdoms, The Land of Adventure, Lego City dan Taman Tema Air. Selain itu, korang juga boleh menjamu selera di Mall of Medini dan menginap di Hotel Legoland yang berkonsepkan Pirate, Adventure, Kingdom dan Ninjago.




2) Danga Bay

Kredit Photo: www.cibuka.com 

Danga Bay dahulunya adalah sebahagian daripada Pulau Lido. Di sini, korang akan dapat lihat 4 tarikan utama seperti pusat membeli belah Danga City Mall, Danga World Mini Theme Park yang menempatkan permainan seperti ferris wheel, merry-go-round dan pirate ship ride. Yang bestnya, korang boleh menaiki tram atau berbasikal mengelilingi kawasan sekitar. Kalau terasa lapar, boleh lah makan di restoran atau kafe yang ada di situ.

3) Kilang Bateri


Dah sampai di JB tu, korang jangan lupa singgah dan makan di Kilang Bateri. Ia menampilkan bazaar ala hipster yang asalnya adalah sebuah kilang bateri dan kini sering menjadi sebutan sesiapa sahaja. Pelbagai jenis makanan yang popular boleh cuba di sini. Korang juga boleh lah kalau nak membeli belah di butik terkemuka di instagramnya seperti jenama dari Costuro, SuperSunday dan JohoBaru. Turut ada juga buat peminat buku ialah kedai buku istimewa iaitu Projek Buku. Kedai gunting rambut 1855 berkonsepkan moden juga ada buat lelaki yang inginkan gaya rambut terkini. 

4) Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato' Onn


Melangkah ke tempat orang tidak lengkap baut LeYa sekeluarga untuk turut melawati masjid, rumah Allah yang terindah di situ. Masjid Bandar Dato’ Onn yang merupakan masjid keenam terbesar di Johor ini sangat cantik dan luas. LeYa ada kongsikan cerita ini di http://www.illyaleya.com/2018/10/keindahan-masjid-terbesar-di-johor-bahru.html

5) Johor Premium Outlet (JPO)

 
Peminat atau kaki shopping pasti tak sabar menunggu ruangan yang satu ini. Apa lagi kalau tak lokasi membeli-belah barangan berjenama terkemuka dengan potongan harga yang menarik setiap hari iaitu di Johor Premium Outlet. Selain itu, ia juga merupakan kawasan yang berkonsepkan colonial dan landskap taman yang unik untuk mengambil gambar sebagai kenangan.


Sebenarnya banyak lagi destinasi yang menarik boleh dilawati bila berada di Johor Bahru. Pelbagai aktiviti dari yang lasak, santai sehingga bershopping, semuanya boleh dibuat di JB bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Bagi LeYa, Johor Bahru memang memberi satu pengalaman yang menakjubkan. 

16 ulasan:

  1. wah menarik2 tempat2 ni. Kalau ke Johor InsyaaAllah nak singgah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak lagi tempat menarik yg ada.. Tapi masa tu, ni je yg berkesempatan singgah.

      Padam
  2. Pernah sekali je g JB. So byk tempat x sempat terjah especially legoland tu. Next time wajib pergi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... InsyaAllah. Kak Ana pasti mampu untuk travel ke JB ni..

      Padam
  3. Rindu pulak nak jalan jalan di Johor.. dulu 3 tahun stay di Pasir Gudang.. Dah lama tak ke sana sejak habis zaman belajar.. kena bookmark entri leya ni senang nak refer nanti.. kilang bateri tu macam best je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... Tq Kak husniey... Mcm-mcm ada kat kilang bateri tu.. Syurga makanan..hee..

      Padam
  4. Banyak tempat menarik kat Johor ni yg mostly akak dah jengah kecuali Legoland..cuma kat luar jer hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... Memang banyak sangat tempat menarik kat Johor ni..

      Padam
  5. wah menarik tempat-tempat tu, nak sangat ke legoland bawa anak-anak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh je Nila... Nanti dtg Johor boleh bawak ke zlegoland tu

      Padam
  6. Johor Bharu memnag banyak tempat menarik yang bokeh kita singgah tapi tuhlah kan bila lah nak perginya. Tak tahulah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rancang dulu perjalanan nak bercuti ye.. Lebih mudah nanti nak ke sana sini.. Hehe..

      Padam
  7. BROKER TERPERCAYA
    TRADING ONLINE INDONESIA
    PILIHAN TRADER #1
    - Tanpa Komisi dan Bebas Biaya Admin.
    - Sistem Edukasi Professional
    - Trading di peralatan apa pun
    - Ada banyak alat analisis
    - Sistem penarikan yang mudah dan dipercaya
    - Transaksi Deposit dan Withdrawal TERCEPAT
    Yukk!!! Segera bergabung di Hashtag Option trading lebih mudah dan rasakan pengalaman trading yang light.
    Nikmati payout hingga 80% dan Bonus Depo pertama 10%** T&C Applied dengan minimal depo 50.000,- bebas biaya admin
    Proses deposit via transfer bank lokal yang cepat dan withdrawal dengan metode yang sama
    Anda juga dapat bonus Referral 1% dari profit investasi tanpa turnover......

    Kunjungi website kami di www.hashtagoption.com Rasakan pengalaman trading yang luar biasa!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika ingin beriklan, boleh pm details di alamat email anagurlz87@gmail.com

      Padam
  8. kita yang duduk jb ni pun ada banyak tempat tak menyinggah. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu macam tu la.. Orang jauh dah singgah.. Orang yang dekat tak singgah pun.. Hehe..

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com