Rabu, 21 November 2018

Jom Tonton Encore Melaka, Tarikan Terbaru Di Melaka Cuti Sekolah Ini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Seperti yang kita tahu, Negeri Melaka tidak pernah sunyi daripada daya tarikan menarik untuk dikunjungi oleh pelancong dari dalam mahupun luar negara. LeYa telah berkesempatan menjejakkan kaki ke Impression City yang terletak di Kota Syahbandar, di mana ia menyediakan sebuah bangunan khas untuk persembahan teater bertaraf dunia yang diberi nama Encore Melaka. Jalan-jalan melawat tempat orang memang favourite LeYa lah tu kan. Ahahaha… Alaa… Saja amek angin dan rehatkan minda. 


Bila dah berada di tempat orang tu, mesti lah tahu kebudayaan masyarakat di sesuatu kawasan tu. Jadi, sesekali apa salahnya kalau korang semua menonton teater terbaik ni musim cuti sekolah ni. Kalau korang nak tahu lagi, teater ni menggunakan lebih 200 artis dan krew penerbitan dan menampilkan empat siri pementasan Impression yang bukannya biasa-biasa. So, korang memang wajib datang dan tonton teater terbaik ini. Ini kerana korang akan merasai satu pengalaman berbeza dengan teknologi tempat duduk berputar sambil menyaksikan pementasan teater yang dramatik.

Sesampai sahaja di kawasan Impression City, korang akan dapat lihat sebuah bangunan putih yang dihiasi dengan dinding luar yang diperbuat daripada lampu LED dan jubin porselin yang dibina oleh syarikat Yong Tai Berhad. Ia telah mula beroperasi pada 1 Ogos 2018. 



Menurut Naib Presiden Bahagian Pemasaran Projek Yong Tai Berhad, Katherine Chu, penonton akan dijanjikan satu kepuasan maksimum apabila menyaksikan persembahan teater lebih 70 minit tanpa henti ini dan memberi pengalaman seolah-olah mereka sedang menyaksikan tayangan filem di pawagam.


Kalau korang nak tahu lagi, Encore Melaka ni muncul melalui hasil kajian sejarah, budaya dan ketamadunan masyarakat Melaka yang turut dijayakan dan diarahkan oleh Ketua Penerbit terkenal dari China, Wang Chaoge. Manakala pelakon-pelakonnya terdiri daripada artis tempatan yang bekerja tetap dengan syarikat tersebut.

Ketika LeYa melewati masuk ruang teater itu, LeYa rasakan sangat luas. Dan ia mampu menempatkan 2,000 penonton dalam satu-satu masa. LeYa sangat teruja dan terhibur sepanjang pementasan itu berlangsung kerana aksi koreografi yang dilakonkan memang hebat. Ditambah dengan permainan cahaya yang dicipta menggunakan teknologi digital. Ia sangat menakjubkan dan rugi jika korang tidak mengambil peluang menonton teater ini.





Bukan sekadar mementaskan hiburan, ia juga menzahirkan kekayaan Melaka melalui susur galur sejarah dan budayanya yang bermula lebih 600 tahun dahulu. Teater bermula dengan sejarah kewujudan Melaka, penonton terus dibawa menyelusuri sejarah panjang kewujudan dan keharmonian masyarakat majmuk di bumi bertuah ini.

Persembahan yang penuh memukau ini akan membawa korang mengimbau kembali kisah yang semakin dilupai iaitu cerita seorang pelayar, legasi diplomatik Zheng He, penempatan orang asli serta pertembungan budaya seperti Baba Nyonya. Penonton juga akan dibawa menerusi pelbagai era sebelum kemerdekaan dalam persembahan yang dituturkan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Mandarin.

Terdapat 7 babak yang dipersembahkan dan telah menggunakan lebih dari 200 para pelakon tempatan.

Scene 1: Parameswara
Mengisahkan bagaimana Parameswara membuka Melaka dan bagaimana Melaka mendapat nama.

Scene 2: Laksamana Cheng Ho
Kedatangan Laksamana Cheng Ho ke Melaka. Ksiahnya bermula kewujudan budaya Baba dan Nyonya dalam masyarakat Melaka.

Scene 3: Nyonya & Wedding
Kisah perkahwinan antara Baba Ah Jie dan Nyonya Ah Lan. Dikatakan mereka masih lagi hidup dan boleh bertemu mereka jika berkunjung ke Jonker Street.

Scene 4: Six Mothers
Kisah 6 orang ibu yang menjadi seorang bayi yang hanyut. Ini menggambarkan betapa harmoninya kehidupan dari pelbagai kaum di Melaka.

Scene 5: Pregnant Mother
Mengisahkan keturunan yang lahir di Melaka dan warisan turun-temurun.

Scene 6: Wau
Melaka telah mendapat pengiktirafan Unesco World Heritage bukan sahaja dari bangunan-bangunan lamanya tetapi juga kebijaksanaan dari hasil kerja ukirannya. Warisan budaya turun temurun ini telah membawa Melaka menjadi sebuah Bandaraya bersejarah.

Scene 7: Finale
Pengkahiran cerita dengan penuh penghayatan dari kesemua pelakon dan ucapan terima kasih serta selamat jalan buat para penonton.





Bayaran Masuk dikenakan mengikut ketetapan harga di bawah.


Normal Season Price (RM)
Peak Season Price (RM)
Seat Category
Non-Malaysian
Malaysian
Non-Malaysian
Malaysian
VIP
568
528
588
548
Premium
248
228
268
248
Standard
148
128
168
148
Wheelchair
98
98
98
98


Teater ini dipersembahkan sebanyak dua kali setiap hari Isnin hingga Sabtu iaitu pada pukul 5.30 petang dan 8.30 malam manakala pada hari Ahad, ia dipertontonkan pada pukul 2.30 petang dan 5.30 petang.

Maklumat lanjut, boleh rujuk seperti di bawah:-

Alamat
No 1, Jalan KSB, Impression 8, Impression City @ Kota Syahbandar, 75200 Melaka.

Waktu Tayangan
Isnin – Sabtu (5.30pm & 8.30pm)
Ahad (2.30pm & 5.30pm)

Website 


2 ulasan:

  1. boleh tahan mahal juga harga tiket dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi sgt berbaloi.. Menarik sgt... Tak rugi spend money to them..hehe..

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com