Rabu, 28 November 2018

Menangi Penginapan Percuma RM35,000 Selama Satu Tahun Di Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bercakap mengenai Pavilion Hotel Kuala Lumpur adalah satu pilihan yang dikatakan bijak kerana lokasinya yang strategik dengan semua kemudahan dan tempat menarik yang ada di Bandaraya Kuala Lumpur. Hotel ini berada betul-betul di tengah-tengah bandaraya metropolitan Kuala Lumpur yang punyai pusat membeli-belah yang banyak, restoran makan yang sedap-sedap dan kehidupan malam yang indah. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menginap dan bermalam di sini. 


Bersempena dengan cuti sekolah kali ini, Pavilion Hotel Kuala Lumpur mencari seorang pemenang bertuah yang akan berpeluang merasai 12 penginapan secara percuma selama 3 hari 2 malam setiap bulan selama satu tahun di hotel’s iconic Club City Oasis Room yang baru diuruskan oleh Banyan Tree. WoW! Korang boleh menikmatinya secara percuma selama satu tahun tu.

Mulai sekarang sehingga 31 Disember 2018, pertandingan media sosial dibuka kepada peserta yang berumur 18 tahun ke atas. Peserta hanya perlu log masuk ke laman facebook https://www.facebook.com/PavilionHotelKualaLumpur/photos/a.315011629302083/339859816817264/?type=3&theater dan tinggalkan komen di ruangan peraduan dengan tidak melebihi 20 patah perkataan pada status ‘Who is their special ONE and Why?’. Penyertaan korang perlulah disertakan hashtags #PavilionHotelKualaLumpur dan #SpecialONE. Komen yang paling kreatif dan memberi maksud akan dipilih dan diumumkan pada Januari 2019.


Pemenang akan menerima penginapan bulanan bernilai RM1,760 serta berpeluang menikmati buffet sarapan pagi setiap hari untuk dua orang di The Courtyard, satu makan malam untuk dua orang di Ebisu (bernilai RM300), dua minuman di Whisky Cove (bernilai RM100) - (non-halal section) dan 60 minit full body massage untuk dua orang (bernilai RM742) di Banyan Tree Spa.
The opening of Pavilion Hotel Kuala Lumpur Managed by Banyan Tree will be another jewel in the crown of our landmark development in this vibrant city, and we are very grateful to Pavilion Group for giving us the opportunity to reinforce Banyan Tree’s strong track record as one of the world’s leading international operators in the hospitality and spa industry. Together, we hope to provide guests with impeccable service and unrivalled experiences”, said Anders Dimblad, General Manager of Pavilion Hotel Kuala Lumpur and Banyan Tree Kuala Lumpur. “To add to the excitement of our opening, we want to give that special someone a chance to win one stay a month for an entire year and truly be our guest, in every sense of the word”. 
Hotel baru ini akan menampilkan 325 buah bilik dan suite yang dilengkapi dengan daya tarikan yang unik dan sesuai kepada traveller yang memang memerlukan percutian di sebuah bandar besar. Tingkat 8 hotel yang menempatkan The Courtyard menawarkan makan sepanjang hari dengan hidangan dari Asia yang asli. Para tetamu juga boleh menikmati rasa yang lebih oriental di Ebisu di mana ia menawarkan masakan Jepun dengan penuh rasa sentuhan kelembutan. Selain itu, korang juga boleh berehat di Whiskey Cove yang menyediakan pelbagai pilihan minuman seluruh dunia.


Untuk aktiviti sosial dan perniagaan, Pavilion Hotel Kuala Lumpur turut menawarkan ruang-ruang yang mencukupi sehingga 1,298 meter persegi kepada tetamu yang ingin bermesyuarat secara berkumpulan. Turut disediakan ballroom yang menampung sehingga 500 orang dan 120 orang dalam suasana jamua di bilik yang berbentuk sabit. Di samping itu, hotel turut menawarkan lima bilik mesyuarat yang lengkap yang dapat menampung sehingga 40 orang setiap bilik.

Dengan hanya berjalan kaki ke mana sahaja tempat menarik di sekitar bandar KL, tetamu pasti seronok menginap di sini. Sebagai sebuah hotel yang terletak di tengah-tengah “Golden Triangle” iaitu antara pusat membeli-belah dan hiburan Kuala Lumpur, korang boleh terus ke Pavilion KL dan beberapa lokasi menarik seperti Menara KL, KLCC dan lain-lain. Korang juga boleh mendapatkan pengalaman malam yang penuh indah di Bandaraya Kuala Lumpur.

Untuk maklumat peradiuan dan maklumat mengenai Pavilion Hotel Kuala Lumpur, boleh layari laman website https://www.banyantree.com/en/malaysia/pavilion-hotel 

Selasa, 27 November 2018

Ginn Fairy Queen Beauty Pageant Korea & Star Brand Awards International Ceremony 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Penggemar kopi dan tea pasti menyukai cerita ini. Pada 26 - 28 Oktober 2018 lalu, I Love Coffee & Tea Expo telah memenuhi kebanyakan peminat kopi dan tea. Ia berlangsung selama 3 hari bermula seawal jam 9.00 pagi di Mid Valley Convention Centre. Ketika majlis berlangsung, LeYa turut berada di situ untuk hari yang ketiga. Turut hadir bersama pada hari itu ialah duta terkenal, Ms. Ginn Fairy Queen Beauty Pageant (Korea). Sepanjang ekspo tersebut, semua pengunjung dapat merasai kenikmatan kopi dan tea dari pelbagai kedai dan berpeluang mendapatkan cenderahati, hadiah dan bertemu dengan Ms. Ginn. Jom ikuti LeYa dalam pengembaraan ke beberapa kedai bersama Ms. Ginn.


Sebelum tu, Ginn memperkenalkan Ginn International dalam sidang media dan buat pertama kalinya International Beauty Pageant akan diadakan di Korea pada 25 May 2019 yang mana peminat akan dapat menyaksikan peserta-peserta Beauty Pageant dari Malaysia, China (termasuk SAR HK) dan Korea Selatan. Untuk makluman juga, Korea merupakan sebuah Negara yang lazimnya memberi peluang kepada bakat-bakat baru dari Asia Tenggara dan Asia Pasifik dalam industri hiburan dan kecantikan yang merupakan Korean Wave 2.0 dari “Gentle Nation”.






Latar Belakang Ginn International

Ginn International yang berpusat di HK pernah juga ke Korea Selatan dan Asia Tenggara untuk mengukuhkan lagi perhubungan antara negara-negara luar dalam menaikkan arus “K-Trends” dan bekerjasama dengan Federation of Arts & Culture Organizations of Korea (FACO) melalui pelantikan pengasasnya, Ms. Ginn atau Ginnie Lam sebagai International Ambassador of the Senior Model Association of Korea (under FACO).


Jadi, untuk menuju ke arah itu, Ginn International telah mengambil bahagian dengan menganjurkan pelbagai pameran kebudayaan di Korea Selatan dan luar negara pada tahun 2018 dengan tema Hanbok Fashion Ruanway Show. Dalam sidang media itu juga, Ginn International turut memberitahu tentang komitmennya dalam mempromosikan seni dan budaya sebagai satu misi untuk mengumumkan International Beauty Pageant Contest kepada dunia tentang kebudayaan Korea Selatan dengan penuh artistik.


Ginn International juga telah mengumumkan kepada semua media yang hadir termasuk blogger dan media arus perdana Kuala Lumpur bahawa Star Brand Awards International adalah inisiatif komersil sepenuhnya bagi jenama Korea Selatan dengan Digital Influencers di Asia Tenggara dan Asia Pasifik. Ini ditunjukkan dalam aktiviti yang diadakan seperti Expos and Trade Fairs


Star Brand Awards International Grand Ceremony ini akan diadakan bersempena dengan Ginn Fairy Queen International Beauty Pageant Final pada 25 May 2019 di Seoul, Korea Selatan. Ia turut mengiktiraf 10 jenama Korea yang terkemuka dan 10 orang Digital Influencers dari seluruh Asia Tenggara dan Asia Pasifik.



Ginn International Series of Press Conference & Participation Call akan terus berlanjutan ke Ghuangzhou, China pada 2 November 2018 dan Korea Selatan pada 13 Disember 2018.


Sekiranya korang berminat untuk menjadi Top Influencer Ginn International, bolehlah layari laman web http://www.GinnInternational.com/ untuk pendaftaran dan sebarang maklumat lanjut. Mana-mana syarikat yang ingin sertai untuk penajaan juga digalakkan ke halaman website tersebut.

Sabtu, 24 November 2018

Mini Pencarian Bloglist Jan - Dec 2019 by S.K.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Wahhh.... lama juga LeYa tak join GiveAway atau apa-apa segmen yang dianjurkan di blog. Memandangkan hari ni cuti dan kerajinan blogwalking ke blog-blog kawan-kawan, terjumpa lah satu segmen menarik ni. Jom!

 Mini Pencarian Bloglist Jan - Dec 2019 by S.K.

Kalau korang teringin juga nak tersenarai dalam bloglist 2019 di Blog S.K. ni, cepat-cepat lah join ye. Bukan senang taw! Jom ramai-ramai meriahkan "Mini Pencarian Bloglist Jan - Dec 2019 by S.K.". Syaratnya pun tak susah. Follow Blog dan Instagram beliau je. Jadi, jom lah join! 

Ni LeYa sertakan sekali interface Blog dan Instagram S.K. ni... Jangan lepaskan peluang ye!

 

Semoga blog korang tersenarai juga ye! Tata titi tutu...

Redakan Panas Badan Dengan Air Penyejuk Badan Cooltopia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kita tahu sekarang ni cuaca tak menentu. Kadang panas yang teramat dan kadang pula hujan turun membasahi bumi selebat-lebatnya. Jadi, bila cuaca tak menentu ni, kesihatan pun kenalah jaga dengan betul kan. Kalau tak betul-betul, boleh diserang demam pula nanti. LeYa ingin kongsikan tips untuk meredakan panas badan korang dengan minuman air penyejuk badan Cooltopia dari Cap Kaki Tiga yang dahulunya cukup popular dengan Air Cap Badak, kini boleh didapati dengan perisa buah-buahan. 


Redakan Panas Badan Dengan Air Cooltopia Cap Kaki Tiga

Bila dah kata cuaca panas, tekak automatik akan rasa haus dan kering. Mula lah rasa badan tak bertenaga dan lemah. Lebih-lebih lagi kanak-kanak yang sedang membesar dan memerlukan tenaga yang banyak. Dengan adanya minuman air penyejuk badan Cooltopia ni, LeYa rasakan lebih ceria dan bertenaga setelah meminumnya. Nak-nak pula sekarang ni dah ada 2 perisa buah-buahan yang enak iaitu Guava dan Lychee. Urrrmmmm....memang sedap! 


Minuman perasa buah ini merupakan sebahagian daripada rangkaian air penyejuk badan di bawah jenama Cap Kaki Tiga. Sebagai sebuah jenama turun temurun, Cap Kaki Tiga berpengalaman lebih 80 tahun di dalam pembuatan air penyejuk badan. Jadi, dengan pelancaran minuman air penyejuk badan perisa baharu, ia melebarkan lagi sayap jenama Cap Kaki Tiga ini kepada masyarakat. Dua minuman perisa "Luscious Lychee" dan "Juicy Guava" ini telah mendapat sokongan banyak pihak dan lebih disukai ramai kerana rasanya yang sedap dan berbau wangi buah-buahan. Kanak-kanak apa tah lagi. Pasti menyukainya!




Macam LeYa hari tu LeYa sempat merasa kedua-dua minuman penyejuk badan ni. Rasa dia haruslah sedap lagi-lagi pada ketika itu LeYa memang diserang demam dan tekak pun tengah kering. LeYa lebih meminati perisa Guava sebab rasanya tidak terlalu kuat. Lembut je rasa bila perisa Guava masuk ke laluan tekak ni. Memang nice! Badan pun rasa sejuk je lepas minum air ni.


Tak cukup rasanya kalau korang tak tahu fungsi sebenar air penyejuk badan Cooltopia ni. Jadi, jom LeYa jelaskan serba sedikit tentang air minuman terbaik ini. 

Menyegarkan - Cooltopia berfungsi untuk menurunkan suhu kepanasan badan dan menghilangkan dahaga. 

Berkhasiat - Cooltopia memberikan korang rasa nikmat yang terbaik dari dua sudut berbeza, meningkatkan kesihatan dan juga dalam masa yang sama memberikan rasa sensasi yang segar dari buah-buahan. Ia turut menggabungkan fungsi penyejukan, tidak mengandungi bahan pengawet dan didatangkan dalam dua perisa menarik iaitu "Luscious Lychee" dan "Juicy Guava". Terdapat dalam botol 320ml yang mudah dibawa, ia pasti memberi nikmat kesegaran sepanjang hari.

Setiap Masa - Cooltopia adalah minuman berfungsi yang mampu menyegar dan nikmat rasa buah-buahan. Sama ada korang sedang bersenam atau menikmati makanan, Cooltopia jamin kesegaran untuk memastikan minda dan badan korang kekal cergas. 



Ia direka khas dengan botolnya yang lebih ringan dan mudah dipegang, korang boleh bawa Cooltopia ini ke mana sahaja. Ia boleh didapati di semua farmasi berdekatan, kedai perubatan Cina, kedai serbaguna, pasaraya, pasaraya besar dan kedai stesyen minyak.


Pada yang rasa badan kurang bermaya dan nak demam tu, LeYa cadangkan korang untuk redakan panas badan dengan Air Minuman Penyejuk Badan Cooltopia - Cap Kaki Tiga ni. Selamat mencuba!

Untuk maklumat lanjut:

Jumaat, 23 November 2018

Dr. Zyro Wong Raikan Hari Lahir Ke-28 Dengan Tema Bewitched Night 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Apabila sebut sahaja tentang Hari Lahir, pasti ramai sudah terbayangkan sambutan dan ucapannya. Lebih-lebih lagi jika tarikh itu jatuh pada hari lahir kita sendiri, ahli keluarga dan teman rapat. Sehinggakan hari ini, ia menjadi satu kemestian untuk meraikan bersama rakan-rakan, terutama yang punya nama di mata masyarakat.

Agak-agak korang lah kan, kenal tak siapa Dr. Zyro Wong ni? Kalau ada yang tak kenal, meh LeYa perkenalkan dahulu. Dr. Zyro Wong merupakan seorang pelatih, selebriti dan Influencer Social telah meraikan majlis ulang tahun ke-28 beliau pada 2 November lalu dengan temanya "Bewitched Night". Dalam majlis itu, ramai tetamu digalakkan berpakaian sebagai Witches & Wizards bagi memeriahkan lagi majlis.


Zyro Bewitching Night 2018

Majlis sambutan hari lahir Dr. Zyro itu telah diadakan di Rock Bottom Desa Park City, Kuala Lumpur. Ia merupakan sebuah cafe bar yang membawakan menu makanan yang menarik. Lokasi yang strategik dan cantik berhadapan dengan air pancut, ia menemukan LeYa dan beberapa rakan media untuk turut merasai bahang kehangatan majlis tersebut.


Dalam kemeriahan majlis itu, Dr. Zyro bukan sahaja memberi hadiah hari lahir buat para tetamunya malah beliau turut berkongsi rezeki dengan badan persatuan amal iaitu PEKA (Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia) dan Kiwanis Club Bangsar dalam membantu kanak-kanak sindrom down, kanak-kanak kurang bernasib baik dan juga pemeliharaan serta pemuliharaan alam sekitar.

Sangat menarik kan bila dikenang kembali idea-idea indah beliau. Dalam Dr. Zyro meraikan hari lahir sendiri, masih tidak dilupakan pada masyarakat yang kurang bernasib baik. Ini juga merupakan salah satu intipati ajaib Sambutan Hari Lahir Bewitched Night 2018 bagi menjadikan ia satu pengalaman luar biasa dan mengagumkan.




Dalam majlis itu turut mempamerkan kostum dan persembahan hebat dari penyanyi tempatan Jericash, Elee, Angeline, Hanxiiaoaii, Angel Lee dan Audrey; suara impresionis Esmond Liew (ASTRO Be My Star 2018 Champion) serta menampilkan lukisan-lukisan ilusi dan ahli silap mata dari Michael. Memang cukup meriah LeYa rasakan.


Credit Photo: Mommy Jane

Tambah menarik lagi, majlis tersebut turut dihadiri tetamu selebriti seperti Amber Chia, Happy Pola, Prof. Dr. Coco Alex, Han Xiiao Aii dan Le'win Pee. Tetamu selebriti ini terus mencipta suasana keseronokan bersama tema Bewitched Night bagi meraikan hari lahir Dr. Zyro. Tidak ketinggalan juga yang tidak dapat hadir ke majlis itu telah menghantar ucapan video dan juga menyanyikan lagu ulang tahun kelahiran yang penuh dramatik melalui rakannya dari Malaysia sendiri dan juga dari luar negara, artis Hong Kong TVB. Semua orang yang menghantar ucapan hanya berhasrat dengan penuh harapan agar Dr. Zyro semakin hebat dari tahun ke tahun.


LeYa mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjemput LeYa untuk turut rasa kehangatan di Malam Sambutan Hari Lahir Dr. Zyro Wong yang bertemakan Bewitching Night. Keluar dengan senyuman paling manis apabila membawa pulang beg goodies penuh berisi produk kecantikan dan voucher yang menarik.


#VulpiniMY #DrZyroWong #BewitchingNight2018 #zyroBEWITCHED #ZyroCharityBirthday #RockBottomDesaPartCity #BirthdayCelebration #HappyBirthday

Rabu, 21 November 2018

Jom Tonton Encore Melaka, Tarikan Terbaru Di Melaka Cuti Sekolah Ini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Seperti yang kita tahu, Negeri Melaka tidak pernah sunyi daripada daya tarikan menarik untuk dikunjungi oleh pelancong dari dalam mahupun luar negara. LeYa telah berkesempatan menjejakkan kaki ke Impression City yang terletak di Kota Syahbandar, di mana ia menyediakan sebuah bangunan khas untuk persembahan teater bertaraf dunia yang diberi nama Encore Melaka. Jalan-jalan melawat tempat orang memang favourite LeYa lah tu kan. Ahahaha… Alaa… Saja amek angin dan rehatkan minda. 


Bila dah berada di tempat orang tu, mesti lah tahu kebudayaan masyarakat di sesuatu kawasan tu. Jadi, sesekali apa salahnya kalau korang semua menonton teater terbaik ni musim cuti sekolah ni. Kalau korang nak tahu lagi, teater ni menggunakan lebih 200 artis dan krew penerbitan dan menampilkan empat siri pementasan Impression yang bukannya biasa-biasa. So, korang memang wajib datang dan tonton teater terbaik ini. Ini kerana korang akan merasai satu pengalaman berbeza dengan teknologi tempat duduk berputar sambil menyaksikan pementasan teater yang dramatik.

Sesampai sahaja di kawasan Impression City, korang akan dapat lihat sebuah bangunan putih yang dihiasi dengan dinding luar yang diperbuat daripada lampu LED dan jubin porselin yang dibina oleh syarikat Yong Tai Berhad. Ia telah mula beroperasi pada 1 Ogos 2018. 



Menurut Naib Presiden Bahagian Pemasaran Projek Yong Tai Berhad, Katherine Chu, penonton akan dijanjikan satu kepuasan maksimum apabila menyaksikan persembahan teater lebih 70 minit tanpa henti ini dan memberi pengalaman seolah-olah mereka sedang menyaksikan tayangan filem di pawagam.


Kalau korang nak tahu lagi, Encore Melaka ni muncul melalui hasil kajian sejarah, budaya dan ketamadunan masyarakat Melaka yang turut dijayakan dan diarahkan oleh Ketua Penerbit terkenal dari China, Wang Chaoge. Manakala pelakon-pelakonnya terdiri daripada artis tempatan yang bekerja tetap dengan syarikat tersebut.

Ketika LeYa melewati masuk ruang teater itu, LeYa rasakan sangat luas. Dan ia mampu menempatkan 2,000 penonton dalam satu-satu masa. LeYa sangat teruja dan terhibur sepanjang pementasan itu berlangsung kerana aksi koreografi yang dilakonkan memang hebat. Ditambah dengan permainan cahaya yang dicipta menggunakan teknologi digital. Ia sangat menakjubkan dan rugi jika korang tidak mengambil peluang menonton teater ini.





Bukan sekadar mementaskan hiburan, ia juga menzahirkan kekayaan Melaka melalui susur galur sejarah dan budayanya yang bermula lebih 600 tahun dahulu. Teater bermula dengan sejarah kewujudan Melaka, penonton terus dibawa menyelusuri sejarah panjang kewujudan dan keharmonian masyarakat majmuk di bumi bertuah ini.

Persembahan yang penuh memukau ini akan membawa korang mengimbau kembali kisah yang semakin dilupai iaitu cerita seorang pelayar, legasi diplomatik Zheng He, penempatan orang asli serta pertembungan budaya seperti Baba Nyonya. Penonton juga akan dibawa menerusi pelbagai era sebelum kemerdekaan dalam persembahan yang dituturkan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Mandarin.

Terdapat 7 babak yang dipersembahkan dan telah menggunakan lebih dari 200 para pelakon tempatan.

Scene 1: Parameswara
Mengisahkan bagaimana Parameswara membuka Melaka dan bagaimana Melaka mendapat nama.

Scene 2: Laksamana Cheng Ho
Kedatangan Laksamana Cheng Ho ke Melaka. Ksiahnya bermula kewujudan budaya Baba dan Nyonya dalam masyarakat Melaka.

Scene 3: Nyonya & Wedding
Kisah perkahwinan antara Baba Ah Jie dan Nyonya Ah Lan. Dikatakan mereka masih lagi hidup dan boleh bertemu mereka jika berkunjung ke Jonker Street.

Scene 4: Six Mothers
Kisah 6 orang ibu yang menjadi seorang bayi yang hanyut. Ini menggambarkan betapa harmoninya kehidupan dari pelbagai kaum di Melaka.

Scene 5: Pregnant Mother
Mengisahkan keturunan yang lahir di Melaka dan warisan turun-temurun.

Scene 6: Wau
Melaka telah mendapat pengiktirafan Unesco World Heritage bukan sahaja dari bangunan-bangunan lamanya tetapi juga kebijaksanaan dari hasil kerja ukirannya. Warisan budaya turun temurun ini telah membawa Melaka menjadi sebuah Bandaraya bersejarah.

Scene 7: Finale
Pengkahiran cerita dengan penuh penghayatan dari kesemua pelakon dan ucapan terima kasih serta selamat jalan buat para penonton.





Bayaran Masuk dikenakan mengikut ketetapan harga di bawah.


Normal Season Price (RM)
Peak Season Price (RM)
Seat Category
Non-Malaysian
Malaysian
Non-Malaysian
Malaysian
VIP
568
528
588
548
Premium
248
228
268
248
Standard
148
128
168
148
Wheelchair
98
98
98
98


Teater ini dipersembahkan sebanyak dua kali setiap hari Isnin hingga Sabtu iaitu pada pukul 5.30 petang dan 8.30 malam manakala pada hari Ahad, ia dipertontonkan pada pukul 2.30 petang dan 5.30 petang.

Maklumat lanjut, boleh rujuk seperti di bawah:-

Alamat
No 1, Jalan KSB, Impression 8, Impression City @ Kota Syahbandar, 75200 Melaka.

Waktu Tayangan
Isnin – Sabtu (5.30pm & 8.30pm)
Ahad (2.30pm & 5.30pm)

Website