Khamis, 18 Oktober 2018

Restoran Mangkuk Ayam Hidangkan Makanan Sedap dan Murah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari tuh LeYa dan rakan-rakan ada lah jalan-jalan cari makan di waktu tengah hari. Memandangkan lokasi yang paling berhampiran adalah DPulze, Cyberjaya, jadinya kami mengambil keputusan untuk makan di situ. Bila masing-masing malas nak bawak kereta, jadinya kami menaiki kenderaan awam, Grab Car untuk ke sana. 

Bukan tak pernah singgah dan lepak-lepak di DPulze ni, tapi setibanya kami di situ, kami tertarik dengan sebuah tempat makan baru yang ada di situ.


Restoran Mangkuk Ayam yang baru dibuka lebih kurang sebulan lalu di tingkat P1, Dpulze itu telah membawa kami untuk masuk ke restoran tersebut. Sebuah nama yang unik untuk mudah diingati pengunjung. Masuk sahaja ruang restorannya yang tak lah berapa besar tetapi dengan berkonsepkan ala kopitiam, ia sangat selesa. Ditambah lagi dengan hiasan pinggan dan mangkuk bercorak ayam, memang menampakkan keunikan pada restoran ini.



Terdapat banyak menu makanan tempatan rakyat Malaysia dihidangkan di sini. Bagi LeYa, memang sesuai sangatlah dengan populasi masyarakat Cyberjaya yang ramai orang luar Malaysia tinggal di sini. At least, mereka ni dapatlah mengenal makanan tradisional Malaysia. Tak gitu kan!

Dari segi halal. Sememangnya makanan yang dihidangkan di sini semuanya dijamin halal dan bersih. Sumber daging/ayam yang mereka perolehi juga halal. Ia memang menepati kehendak orang Islam.


Ada banyak je menu yang korang boleh nikmati di sini. Dari nasi dan lauk-pauk, makanan beraneka mee dan juga ringan-ringan. Yang bestnya kalau korang ambil set kombo diberi sekali dengan minuman percuma Sirap Bandung dan Tea O Ais Limau. 



Antara menu yang LeYa dan rakan-rakan dah cuba makan di situ adalah Asam Laksa, Mee Kari, Mee Rojak Biasa dan Mee Rojak Ayam. Sememangnya LeYa memang peminat rojak dan rasa mee rojak di sini sangat sedap dan puas hati dengan portionnya yang banyak. Memang mengenyangkan.



Satu lagi menu yang LeYa recommend untuk korang cuba ialah Asam Laksa. Rasanya yang cukup masam, masin memang menepati citarasa LeYa. Tapi taktau lah citarasa korang kan. 


Keseluruhannya, LeYa sangat lah berpuashati dengan keenakan makanan yang dihidangkan. Memang menepati citarasa rakyat Malaysia dan juga orang luar Malaysia tentang rasa makanan tempatan di Malaysia. 

Sudahlah sedap, harga pun berbaloi murah.  Kami makan 4 orang pun tak lebih RM55. So... Korang jangan lepaskan peluang untuk turut singgah dan makan di Restoran Mangkuk Ayam ini.

Maklumat lanjut mengenai Restoran Mangkuk Ayam, boleh klik pautan di bawah:

Restoran Mangkuk Ayam
Lot P10, Tingkat P1, DPulze Shopping Centre, Cyberjaya

Hubungi
03 - 8322 5656

Facebook

Waktu Operasi
10.00AM - 10.00PM (Setiap hari)

16 ulasan:

  1. Kalau Mat Ddat ke Cyberjaya, selalu juga ke D Pulze ... cari makan. Lepas ni boleh try kat sini pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom3x... Singgah dan makan di Restoran Mangkuk Ayam ni taw

      Padam
  2. Terus lapar perut akak..bila leya nak banje akak makan kat sini plak..nampak sedap semua tu ha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meh datang sini... InsyaAllah akan leya belanja..hehe..

      Padam
  3. Sedapnya menu-menu tu leya. Lapar terus kak ana tgk. Hiasan cafe pun menarik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup... Memang sedap.. Harga pun murah.. Jom makan

      Padam
  4. wah mcm2 nama tu mangkuk ayam..silap baca jadi mangkuk ayun..hehe

    Macam nak rasa la mee kari tu...terliur tengok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaha... Ramai pun cakap macam tu kalau tersalah type or baca.. Aah..nanti akak dtg sini bolehvla merasa ye

      Padam
  5. Menu nya semua macam menarik selera,😍. T.kasih berkongsi ..

    BalasPadam
  6. Berselera tengok.. ok, nxtime ke dpulze teringin juga nak singgah sini. Thanks sharing Leya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome Abg Khir... Nanti roger taw kalau datang..hehehe..

      Padam
  7. Macam sedap je tengok mee kari tu... nama plak unik je, sebelum baca sampai habis tadi da terfikir macam mana rupa mangkuk ayam tu, ingat ada menu masakan nama dia mangkuk ayam, rupanya mangkuk tu gambar ayam hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... Sebut betul-betul taw... Mangkuk Ayam... bukan ayun taw..

      Padam
  8. aida tertarik dgn deco mangkuk ayam tu.
    comel.
    memang boleh menarik pelanggan masuk ke restoran!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup..betul tuh... Cepat²lah singgah makan di sini ye..hehe..

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com