Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Bulan November dan cuti sekolah sudah hampir tiba. Pasti korang masih tercari-cari tempat makan menarik dan sedap untuk membawa keluarga mahupun rakan-rakan bersantai dan gathering bersama. Apa kata kalau korang bawa mereka makan tengah hari di IndoBowl Cafe yang terletak di Subang Jaya ini. Mereka ada menghidangkan masakan dari Indonesia berasaskan Indomie yang pasti istimewa. Apa yang menarik lagi? Jom baca cerita selanjutnya.
Kita tahu yang makanan mi segera ni sangat terkenal dalam kalangan bujang dan juga pelajar. Ye lah kan, makanan jimat dan menjadi alas perut yang mengenyangkan juga. Paling mudah penyediaannya masukkan air panas dan perencah dalam beberapa minit dah boleh menikmati mi segera ni. Namun hari ini, dengan berasaskan Indomie, korang boleh menikmati dengan pelbagai cara dan menu masakan. Hidangan istimewa dari Indonesia berasaskan Indomie ini disediakan oleh chef berpengalaman yang mana beliau menyediakan pelbagai hidangan yang sedap dan menyelerakan setiap hari.
Indomie Mumbo Jumbo
Indomie Soto Seafood
Indomie Ayam Balado
Indomie Salted Egg Chicken
Ayam Madura
Seperti biasa, tak lengkap rasanya kalau makan tanpa minuman lazat kan? Untuk hidangan di waktu tengah hari yang panas terik ini, apa kata korang cuba minuman mereka iaitu Soda Gembira, Es Cendol ataupun Teh Botol yang pasti menyejukkan tekak korang yang sedang dahaga tuh.
Harga di IndoBowl Cafe, Subang Jaya
Harga untuk menikmati makan di sini sangat berbaloi dengan menawarkan masakan istimewa dari Indonesia yang jauh nun dari seberang.
Untuk maklumat lanjut mengenai IndoBowl Cafe, sila hubungi 019 - 542 6869 atau layari Laman Facebook Rasmi - https://www.facebook.com/IndoBowlOfficial/ dan Instagram - https://www.instagram.com/indobowl__ss15/
Alamat
66, Jalan SS 15/4C, SS15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Untuk pengetahuan korang juga, IndoBowl Cafe ni ada 2 cawangan. Nak tahu lokasi seterusnya? Klik SINI untuk ketahuinya.
Menunya sangat menarik...
BalasPadamYe betul... Nanti datang KL boleh bawak Zumal ke sini..hehe
Padamwah terliur pulak kaknil tengok, nak datang sana macam jauh je...huhuhu..btw menunya menarik dan tergoda sesiapa yang melihatnya.
BalasPadamAlaa...nanti kalau datang sini... Boleh lah singgah...Kan3x KakNil
Padam