Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Makan malam LeYa dan Otomen Taro yang lepas telah membawa kami ke Ombak Kitchen, Bukit Jelutong. Restoran yang cukup terkenal dengan memiliki suasana yang cukup selesa dan mendamaikan. Pertama kali jejak ke sini, satu perasaan tenang dapat LeYa rasakan. Jadi, jom nikmati hidangan makanan laut terhebat di Ombak Kitchen ini.
Ombak Kitchen yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam mempunyai makanan laut yang segar yang tiada tolok bandingnya dan harganya juga berpatutan. Ia juga terkenal sebagai hub makanan laut import segar dan berkualiti premium di Lembah Klang. Dengan tagline "Tak perlu susah-susah nak dress up, pakai dress dan tuxedo bagai untuk nikmati makanan bertaraf hotel lima bintang! Pakai seluar pendek dengan slippers pun ON sahaja". Tagline yang simple tetapi berkehendakan semua pengunjung turut merasai keenakan hidangan di situ.
Selain itu, di sini juga korang tidak perlu risau dengan tempat letak kereta yang cukup dan baik serta berdekatan dengan masjid. Jadi, boleh terus bersolat di masjid sementara menunggu hidangan siap. Restoran Ombak Kitchen sememangnya HALAL dan lulus kerana kebersihannya yang sangat terjaga.
Lebih menarik lagi apabila menyelami dekorasi restoran ini. Memang sangat cantik dan selesa untuk bergerak ke sana sini. Ruang laluan yang disediakan luas untuk pengunjung lalu lalang.
Dengan berkonsepkan "Pakai Tangan Jer", restoran ini mengekalkan keaslian masyarakat Melayu dan Muslim yang sinonim makan menggunakan tangan. Lebih baik dan mengikut sunnah. Tiada sudu garpu, tiada aturan yang harus dituruti biarpun makanan yang disajikan adalah hidangan makanan laut segar. Lagipula, bila dah makan shell out ni, confirm lah akan comot kan. Jadi, sebab itu ia lebih sesuai dengan Pakai Tangan Jer...
Pad malam itu, LeYa, Otomen dan kawan-kawan diberi untuk menikmati hidangan Shell Out dengan dua jenis sos iaitu Ombak Hot Cajun yang agak pedas sedikit dan juga Zesty Lemon Butter with Cheese yang sangat berlemak dan creamy. Memang sedap.
Pad malam itu, LeYa, Otomen dan kawan-kawan diberi untuk menikmati hidangan Shell Out dengan dua jenis sos iaitu Ombak Hot Cajun yang agak pedas sedikit dan juga Zesty Lemon Butter with Cheese yang sangat berlemak dan creamy. Memang sedap.
Terdapat juga sos pilihan lain yang boleh korang pilih mengikut citarasa korang iaitu:-
- Ombak Hot Cajun: untuk penggemar rempah yang berani
- Dark Chilli Chocolate: sos ciptaan Ombak Kitchen dengan resepi rahsia; pedas-pedas manis, sangat kena dengan jiwa rakyat Malaysia
- Zesty Lemon Butter with Cheese: Penuh rasa yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur.
- Creamy Tom Yum Sauce: Tak perlu lagi untuk ke Thailand. Dengan rasa santan yang memikat selera serta cili dan rempah dimasak sehingga menusuk ke hidung.
- Buttermilk Sauce: Kita punya all-time favourite gituh!
Korang juga boleh rasa hidangan a la carte Alaskan King Crabs, Canadian Red Lobsters, Rock Lobsters, Ireland Oysters, Hamaguri Clams dan berbagai lagi jenis hidangan makanan.
Zesty Lemon Butter with Cheese |
Ombak Hot Cajun |
Korang perlu juga rasa kehebatan dan kelazatan hidangan pencuci mulut, Rainbow Dessert yang penuh warna-warni. Dengan pelbagai jenis manisan, pasti memukau korang dan turut dihidangkan buah-buahan segar dari ladang. Semuanya dibawa secara eksklusif ke meja makan korang! Tak cukup dengan itu, pencuci mulut turut ditabur bersama marshmallow dan durian crepe dan disudahi dengan titisan coklat yang pasti membuatkan korang tidur tak lena jika tak merasainya.
Okay.. Okay... Restoran Ombak Kitchen ni dibuka setiap hari kecuali hari Isnin. Pada hari Selasa hingga Jumaat, ia dibuka dari jam 5.00 petang sehingga 11.00 malam, manakala Sabtu dan Ahad dibuka dari jam 12.00 tengah hari sehingga 11.00 malam.
Untuk maklumat lanjut:
Alamat | 5.G.01, D'Vida Business Centre, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor
Telefon | 03 - 7734 4699 atau 010 - 220 5946
Email | ombakkitchen@gmail.com
Instagram | Ombak Kitchen
Facebook | Ombak Kitchen
Kalau korang dah rasa dan sedap bagitau taw nanti! Kalau tak sedap, korang boleh panggil manager! Hahahaha... Insya Allah...hidangan di sini semuanya sedap-sedap belaka.
pernh tgk beberapa blogger p mkn kt sini..tk pernh cuba lg...meriah tgk shell out tu
BalasPadamMemang sedap... boleh try nanti makan di sini taw
Padamwahhhh. nampak sedap :)
BalasPadamMemang sedap... Boleh try nanti makan di sini taw
PadamHidangan nampak sedap2 malah meriah! Mmg berbaloi makan di sini ni. Thanks sharing Leya :)
BalasPadamMemang sedap.. Jom try makan di sini jom
Padam