Rabu, 19 September 2018

Homestay 2 Tingkat Di Bandar Dato Onn, Johor Bahru


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Jalan-jalan ke Johor Bahru memang tidak cukup untuk satu hari. Rasanya perlulah at least stay untuk 1 malam. Tak best lah kan datang jauh-jauh, tak teroka keindahan yang ada di Johor Bahru ni.

LeYa sendiri walaupun dah beberapa kali juga ke Johor Bahru ni tapi masih belum explore kesemuanya. Tapi sekarang dah tak risau lagi. Sebab dah boleh gathering dengan keluarga atau kawan-kawan kerana adanya sebuah homestay yang cukup selesa, cantik dan besar boleh memuatkan ramai ahli keluarga.

QAF Homestay Selesa dan Murah


Korang yang datang ke Johor Bahru secara beramai-ramai mungkin boleh menginap di rumah teres 2 tingkat yang dijadikan homestay yang terletak di Bandar Dato Onn, Johor Bahru. 

Kalau korang nak tahu lagi, QAF Homestay ni berada di End Lot dan sangat mudah untuk di akses. Dari pintu masuk Guard, korang boleh melalui rumah-rumah banglo yang besar dan mewah di situ. Rumah teres 2 tingkat yang eksklusif, selesa dan memiliki cctv di hadapan rumah untuk keselamatan penghuni.


Di QAF Homestay ini ada 4 buah bilik tidur. Kesemua bilik tidur dilengkapi katil, penghawa dingin dan bilik air.

Bilik tidur utama yang dilengkapi dengan katil Queen dan katil 2 tingkat

Bilik tidur di aras bawah



Kemudahan yang ada di QAF Homestay
  • 4 bilik tidur yang selesa
  • 4 bilik air dengan pemanas air di bilik utama
  • TV dengan siaran yang banyak
  • Wifi Internet yang laju
  • Halaman tepi yang luas dan sesuai untuk BBQ
  • Boleh masuk 2 buah kereta di parking yang disediakan
  • Dapur dilengkapi dengan dapur gas, peti ais, microwave, rice cooker, water heater, pinggan mangkuk dan lain-lain
  • Ruang tamu yang luas dan selesa dilengkapi penghawa dingin

Harga Sewa QAF Homestay

Harga untuk menyewa QAF Homestay ini ialah RM774 untuk 2 malam.

Adik LeYa bersama anaknya, Aryan Rizkqi


Kakak Iparku yang awesome. Thanks sebab banyak membantu

Abangku yang agak tegas tetapi penyayang. Terima kasih belanja dan bawa adik-adik holiday. Semoga rezeki berlipat ganda

Suami yang sentiasa memberi dorongan dan bersama LeYa

Maklumat lanjut boleh layari seperti yang tertera.

Facebook

No Telefon
018 - 7711 768

Tempahan boleh dibuat melalui Booking.com

22 ulasan:

  1. Wahh selesa yang amat homestay ni padan dengan harga rm 700 semalaman ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye Wani...Memang selesa dan sesuai untuk family dan bercuti dengan rakan-rakan yang ramai

      Padam
  2. Nampak selesa ..terima kasih berkongsi.

    BalasPadam
  3. ok cadar sama dengan ray punye mattress. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeke? Hehehe... Kan banyak penjualannya.. Haruslah sama kadang-kadang tu

      Padam
  4. Wow, serius selesa 4 bilik tidur dan 4 bilik air tuu 😍

    BalasPadam
  5. alhamdulillah, sedap mata memandang ngan keadaan homestay ni :)

    BalasPadam
  6. Memang besar dan luas homestay ni. Nanti kalau jalan jalan JB boleh saty kat sini. Puas hati sangat kalau homestay macam ni. Berbaloi2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul tu... Boleh berjimat lagi.. Tak payah nak booked byk bilik..

      Padam
  7. Wah, nampak sangat selesa homestaynya

    BalasPadam
  8. Selesa juga nampaknya homestay ni, lengkap dengan semua kemudahan yang ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup...betul... Sangat selesa dengan kemudahan yang disediakan juga lengkap

      Padam
  9. Nampak bersih, luas dan selesa homestay ni.. mmg berbaloi klu menginap terutama klu berkumpulan atau berkeluarga.. menarik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul tu Abg Khir. Memang sangt sesuai utk yg dtg bersama family atau kumpulan yg ramai..hee..

      Padam
  10. kakak ipar Leya dh macam muka Leya jer...

    Bestnya rumah tu..luas dan selesa jer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe...yeke? Tu yg serasi...

      Yup..memang luas dan selesa

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com