Sabtu, 8 September 2018

DK Impian, Damansara West - Rumah Idaman dan Pelaburan Terbaik Untuk Dimiliki

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Memiliki kediaman hari ini bukanlah satu perkara mudah. Isu bagaimana ingin memiliki rumah pertama memang selalu diceritakan oleh anak muda. Namun, kali ini LeYa ingin berkongsi satu lokasi yang strategik untuk korang memiliki kediaman sendiri dan juga memberi pulangan lumayan dengan menjadikan pelaburan aset jangka masa depan secara konsisten melalui sewaan.


Pada 4 September lalu, LeYa telah berkunjung ke DK Impian Sales Gallery bagi melihat sendiri rumah kediaman di bawah projek pembangunan mereka. DK Impian merupakan pemaju hartanah Malaysia yang cukup terkenal dan sangat komited dan berkebolehan dalam mengendalikan maklumat hartanah melalui pencapaian yang pernah diperolehinya. 

Apa yang korang inginkan untuk memiliki sesebuah kediaman?
Sudah pasti kedudukannya yang dekat dengan kemudahan asas seperti kedai-kedai runcit, stesen LRT, dekat dengan tempat kerja dan paling penting kediaman yang selesa dan selamat.

Yang pastinya lagi, setiap orang inginkan rumah idaman masing-masing yang tidak semestinya rumah tersebut adalah rumah pertama yang harus dibeli. Menerusi perincian penerokaan LeYa bersama DK Impian, ia boleh dijadikan sebagai pelaburan pertama dalam memiliki rumah idaman yang akan datang. Dengan memiliki lokasi yang strategik yang dekat dengan segala kemudahan seperti stesen LRT dan terminal lapangan terbang Subang menjadikan ia sebuah lokasi yang memenuhi citarasa anak muda untuk memilikinya.



Kediaman yang dibina di bawah Akta Hakmilik Strata dan ia bukan sekadar menawarkan rekaan dalaman yang cukup moden, bahkan jika dilihat susun atur bangunannya, ia sangat menarik dan sempurna. Sebagai contoh, di bahagian atas bumbung atau lebih dikenali sebagai rooftop, terdapat kawasan beriadah buat penghuni rumah yang menginginkan rehat setelah penat seharian bekerja dan mengadap kesesakan lalu lintas serta BBQ bersama rakan-rakan mahupun keluarga. Selain itu, terdapat juga ruang kolam renang, gymnasium dan kedai runcit untuk memudahkan lagi pemilik kediaman.

Ciri-ciri lain yang membuatkan ia adalah unik dan menarik ialah rumah di DK Impian ini mempunyai 2 kunci utama di bawah satu unit rumah, di mana pemilik boleh menyewakan bilik yang lagi satu tanpa mengganggu privasi pemilik itu sendiri. Bagi memiliki kediaman ini, pemaju juga menawarkan pemasangan "fully furnished" kepada pemilik kediaman seperti kabinet, katil, sofa, aircond dan lain-lain untuk memudahkan pemilik tidak tercari-cari perabot untuk dibawa masuk. Jadi, pemilik tidak perlu risau lagi, Masuk rumah dengan tangan kosong jer.. Tak perlu berpenat lelah mengangkat perabot itu ini.


Rumah jenis Type B memang kelihatan agak kecil tetapi ia sangat sesuai kepada bujang yang inginkan keselesan dan dalam masa yang sama menginginkan pelaburan di masa depan. 


Sofa yang kami duduk ini sebenarnya juga merupakan kompartment katil yang boleh dilipat. Jadi, ia menjimatkan ruang kediaman seperti yang kita pernah lihat susunan kediaman di Jepun yang mana rumah-rumah mereka kecil tetapi kemas dan cantik. Penataan perabot dan ruang harus tahu untuk tampak luas dan cantik.

Ruang dapur yang ringkas dan kemas



Ruang dapur untuk kunci kedua yang lagi satu, Juga menampakkan moden dan tahu mengisi ruang keselesaan di kediaman.

Rumah berkeluasan agak sederhana besar dan memiliki 2 bilik tidur + 2 bilik air. Sesuai untuk keluarga yang tidak ramai atau boleh juga dijadikan homestay. 



Ruang yang agak luas untuk ahli keluarga berehat dan bersantai.




Kediaman ini agak luas dan juga sesuai untuk yang sudah berkeluarga. 




Ruang tidur dan bilik mandi yang cukup selesa, moden kontemporari dan luas buat ahli keluarga yang mendiaminya di sini.


Harga yang ditawarkan bermula daripada RM320,000 untuk semua kelengkapan yang dinyatakan. Ia cukup berbaloi dengan rekaan rumah, fasiliti dan kemudahan yang telah diberikan. Memang satu pelaburan bijak memiliki kediaman di DK Impian Damansara West ini.

Untuk maklumat lanjut, boleh terus ke pejabat urusan DK Impian yang terletak di:

Pantai Berkat Sdn Bhd
No 25, Jalan Uranus AG U5/AG,
Bandar Pinggiran Subang,
Seksyen U5,
40150 Shah Alam, Selangor

atau boleh juga hubungi di talian dan lawati laman web yang tertera:

No Telefon
017 - 200 2322 @ 017 - 200 6662

Website



8 ulasan:

  1. Eh terberkenan pula mata ni tengok design rumah. Kemas dan nampak cantik pula. Untung Leya dgn suami dapat pergi tengok secara dekat design rumah tu

    BalasPadam
  2. Cantik interior design rumah tu leya. Berkenan pula kak ana. Saiz dia besar sikit dr saiz umah kak ana. Boleh lah amik idea konsep dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul tu Kak Ana... Cantik dan look modern kontemporari kan

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com