Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ini korang dah tak perlu risau kat mana nak buat majlis sambutan hari lahir, hari ulangtahun perkahwinan dan apa-apa sahaja majlis kerana korang boleh saja melangsungkan majlis korang tu di sebuah lokasi yang cukup cantik, ala-ala hotel mewah dan berbaloi murah. Boleh dikatakan setiap hari atau tidak membuat tempahan, pasti restoran ini penuh. Lokasi yang dimaksudkan LeYa itu adalah D Aura Cafe yang terletak di Putra Walk, Seri Kembangan, Selangor.
Pada bulan yang lalu, LeYa berkesempatan menghadiri majlis sambutan ulangtahun pertama D Aura Cafe dan juga ulangtahun kelahiran En Salihin, pemilik restoran ini. Pelbagai juadah dan menu dihidangkan kepada para tetamu yang hadir pada hari itu. Turut diundang liveband juga membuat persembahan bagi menghiburkan tetamu.
Berkenaan dengan lokasi restoran ini yang sangat strategik dan memudahkan mereka yang tinggal di bandar metropolitan yang memerlukan semuanya telah disediakan menjadikan konsep restoran ini sangat relevan dan menjadi tumpuan hari ini.
Jadi, korang tak perlu lagi risau jika ingin buat suprise kepada orang tersayang! D Aura Cafe adalah solusi kepada masalah korang. Segala kelengkapan dan hidangan ada disediakan bagi mengatasi masalah keperluan masyarakat hari ini yang ingin meraikan hari istimewa sebagai satu kenangan terindah bersama insan tersayang.
Satu lagi keistimewaan jika korang datang dan raikan hari istimewa korang di D Aura Cafe adalah mereka turut berkolaborasi menyediakan perkhidmatan Live Feed Video di laman sosial Facebooknya di mana majlis korang akan ditayangkan secara LIVE di lokasi restoran. Memang terbaik kan!
Bagi korang yang ingin mengadakan apa-apa majlis seperti hari lahir, hari ulangtahun perkahwinan, makan-makan bersama keluarga mahupun rakan-rakan, boleh menggunakan khidmat D Aura Cafe. Jadi, apa tunggu lagi?? Cepat-cepat tempah kerana dikhuatiri penuh jika lambat! Dan.... Jangan lupa jemput LeYa makan sekali bersama ya! Hehehe...
Lokasi D Aura Cafe
C-6-G, Putra Walk, Jalan PP25, Taman Pinggiran Putra Sek2, Seri Kembangan, Selangor
Telefon
011 - 1092 3832
Email
Facebook
Instagram
Menariknyaa cafe ni, siap ada buat live di facebook
BalasPadamYeah... Nanti Kak Husni datang sini, LeYa bawak datang makan kat sini taw
Padamwahh senang la warga sekitar, tak payah pergi jauh utk buat sebarang majlis kat situ jer kan.
BalasPadamYe kak... Best dan harga pun murah.
PadamNampak cantik dan kemas kafe tu. Sesuai nk buat majlis hari jadi tu. Kek tu nampak sedap sgt. Meh belanja kak ana satu slice leya. Hehe
BalasPadamHehehe... Okay..untuk Kak Ana ok je.. Bila nak borak2.. On je..
Padamnmpk menarik & kemas! selesa juga utk yg nk buat majlis.
BalasPadamBetul tuh... Memang selesa dan harganya pun murah
Padamterbaek.. meriah. :)
BalasPadamejulz follow sini. harap sudi follow blog ejulz jugak :)
Thanks ejulz.. LeYa memang dah lama follow blog ejulz..hehe
PadamMenarik cafe ni.. abam yg menyanyi kat video bawah tu pun menarik. Bertambah meriah majlis :)
BalasPadamHahahaha... Abam Otomen Taro memang pantang tengok mikrofon... Kene nyanyi la
Padam