Jumaat, 24 Ogos 2018

Hidangan Bufet Antarabangsa Di Restoran Halia, Sime Darby Convention Centre

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pejam celik pejam celik tak sedar yang kita dah nak penghujung bulan Ogos. Ini bermaksud tinggal beberapa hari sahaja lagi negara kita Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan ke-61. Di kala cuti panjang ni, pasti ramai yang buntu dan tidak tahu ke mana nak dibawa keluarga berjalan atau makan-makan. 

Makan malam BBQ Bufet di Restoran Halia yang terletak di Sime Darby Convention Centre, Mount Kiara boleh memberikan korang dan keluarga mahupun rakan-rakan merasai pengalaman hebat ketika menikmati hidangan di sini. 


Menariknya tentang Restoran Halia ini ialah ia merupakan sebuah restoran moden dan trendy yang menawarkan masakan tempatan, Asia dan Barat. Makanan kegemaran seperti Tauhu Goreng Telur, Nyonya Popiah dan Oriental Barbequed Lamb Rack pasti membuatkan korang bertambah dan bertambah lagi. Jangan lupa juga untuk nikmati hidangan popular hari ini, Churrasco BBQ pada setiap hari dan santai minum Hi Tea pada petang hujung minggu.

Jadi, kepada korang yang masih belum berpeluang menikmati hidangan menarik di Restoran Halia ini, LeYa memang syorkan ambil masa hujung minggu ini untuk santai dan makan-makan bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Hidangan yang mereka sediakan semuanya sedap-sedap.


Bila bercakap tentang keselesaan dan kebersihan, tidak perlu lagi risau tentang Restoran Halia ini. Resrtoran ini memiliki ruang makan yang cukup selesa dan bersih serta kepada yang ada anak-anak kecil juga pasti tidak akan menangis dan merengek kepanasan kerana terdapatnya penghawa dingin di dalam restoran. 

Malah bukan itu sahaja. tandas juga bersih dan ruang solat atau parking juga disediakan dengan baik sekali. Para pekerja mereka juga ramah dan berdedikasi. Tak lokek dengan senyuman walaupun hakikatnya mereka semua kepenatan melayan pengunjung yang datang dan sabar menunggu tetamu makan hampir 3 jam di meja makan.


Hidangan Wajib Cuba

Bagi peminat masakan Melayu tempatan, korang wajib nikmati hidangan bufet di sini. Satu kelainan yang mereka sediakan memukau selera korang ketika nikmatinya. Antara hidangan yang ada ialah Kari Daging, Ketam Goreng, Kambing Black Pepper dan banyak lagi. Yang pasti kesemuanya memang sedap dan menepati citarasa ramai.





Masakan Barat juga boleh korang dapatkan di sini. Tidak dilupa juga ruangan dessert yang berwarna-warni yang memukau mata untuk pergi dan menikmatinya. Makan-makan dengan pilihan BBQ mewah dengan sup steamboat, pelbagai jenis Sashimi, Sushi dan Tempura, makanan laut yang pelbagai pasti membuatkan korang berasa tidak puas menikmatinya hanya sekali sahaja. 




Maklumat lanjut boleh layari seperti yang tertera di bawah:

Website

No Telefon
03 - 2089 3688

Alamat
1A, Jalan Bukit Kiara 1, Bukit Kiara, 60000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi
Isnin 12–2:30PM, 6:30–10PM
Selasa 12–2:30PM, 6:30–10PM
Rabu 12–2:30PM, 6:30–10PM
Khamis 12–2:30PM, 6:30–10PM
Jumaat 12–2:30PM, 6:30–10PM
Sabtu 12–4PM, 6:30–10PM
Ahad 12–4PM, 6:30–10PM

Tawaran serendah 42% booking bersama Fave. Jom klik Di Sini untuk ketahui maklumat lanjut.
 


28 ulasan:

  1. Wahh..menariknya hidangan kat Halia ni. Terliur betul tengok kari kambing dan ketam tu. Hahaha..kalau gi sana ni mesti makan tak ingat dunia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom3x... Kite makan taj hingat dunia di sini..hehe..

      Padam
  2. wah menariknya semua hidangan ni, nk pergi tapi jauh. by the way, saya dah letak blog ni dalam bloglist di sidebar blog saya. suka sangat dengan blog ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Aisyah Elsa... LeYa pun memang dah follow blog aisyah

      Padam
  3. Ternampak ada hidangan sushi dan sashimi. Sedapnya leya. Terus kecur air liur teringat sushi. Hehe

    BalasPadam
  4. i baca baca, puas cari kenapa dia nama kan restoran dia restaurant halia :D
    hidangan nampak menarik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab semua masakan menggunakan halia..hehehe

      Padam
  5. Hmmm... sedapnya tgk gbr jer dah rasa lapar,rugilah xdpt Pg sana..

    BalasPadam
  6. Lamanye take makan sedap camni. Teringin betul tengok makanan enak. Variety pulak Tu. Tak mahal pulak Tu.😋

    BalasPadam
  7. ketam goreng dgn dessert tu menawan betul. Liez dah byk kali mkn dkt Halia dan makanan dia not bad dan deco pun cantik dan simple

    BalasPadam
  8. Buffet spread looks so generous with its variety. Very delicious looking as well. And the price is friendly. That's the most important, isn't it?

    BalasPadam
  9. buffet best ni.. pegi kena perut lapar bebetul baru berbaloi makan =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu... Kalau dtg time perut kenyang, rugi la kan..hehe

      Padam
  10. wah... semua nampak sedap!! tak sempat lagi ke sana for buffet. for sure one day will go try out the food there!!!

    BalasPadam
  11. Sedap2 tengok hidangan kat sini. Nampak mcm selesa sgt klu makan2 kt sini.. terbuka selera!

    BalasPadam
  12. The food all looks so yummy and appetizing! It's been a while since I enjoy some Malay cuisine.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah.... Thanks Sharon for visiting my blog..

      Padam
  13. Menu2 nampak sangat menyelerakan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yezza... Nanti datang KL... lepak dan makan sini ye..hehehe..

      Padam
  14. Balasan
    1. Hehehe...memang lah sedap. Sebab tuh ramai lah rakyat Malaysia sekarang ni terlebih makan... hehe..

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com