Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
D Aura Cafe salah satu restoran yang tidak asing lagi di Seri Kembangan, Selangor. Sering kali menjadi tumpuan keluarga mahupun pasangan untuk menjamu selera dengan konsep Candle Light Dinner, Majlis Sambutan Hari Lahir dan macam-macam lagi. Ia dibuka pada 27 Ogos 2017.
D Aura Cafe Menjadi Tumpuan Kerana Harganya Murah dan Konsep Ala Hotel
Apa menu menarik yang LeYa nak tampilkan kali ini? Seperti artikel sebelum ini, LeYa ada kongsikan pelbagai jenis hidangan yang boleh didapati di D Aura Cafe ini. (Rujuk http://www.illyaleya.com/2017/08/d-aura-cafe-konsep-mewah-harga-murah.html dan http://www.illyaleya.com/2017/09/romantik-candle-light-dinner-di-cafe-ala-5-bintang-termurah.html).
Untuk kali ini, LeYa nak bawakan korang dengan menu baru dari air tangan chef hebat D Aura Cafe iaitu Steamboat & Grill dan juga Shell Out yang mana hidangan ini menjadi viral di mana-mana lokasi restoran. Buat peminat steamboat, ini adalah restoran wajib singgah korang kerana terdapat beberapa jenis makanan yang dipilih seperti ayam, daging, seafood, pelbagai jenis bebola dan sayur-sayuran. Pelanggan juga boleh memilih untuk memasak secara medium rare atau full cook.
Di D Aura Cafe ini, steamboat yang dihidangkan adalah bersama dengan kuah tomyam. Pergghhh... memang superb sedap.
Setelah puas menikmati hidangan Steamboat & Grill pada malam itu, LeYa dihidangkan pula dengan Set Shell Out yang menampilkan satu kelainan pada rasanya yang mana LeYa belum pernah atau jumpa di tempat lain. Ini menjadikan LeYa lebih teruja untuk menikmatinya.
Set Shell Out ini disediakan bersaman makanan laut seperti Ketam, Kupang, Kerang, Udang, Pepahat dan juga sayuran seperti Brokoli dan jagung manis. Set Shell Out yang dihidangkan pada LeYa malam itu merupakan set dulang untuk 4 orang makan dengan 4 pinggan nasi disediakan. LeYa recommend korang makan Shell Out ni masa masih panas-panas tau. Barulah korang dapat nikmati kelazatan makanan laut yang ada tuh.
Bagi LeYa, Steamboat & Grill mahupun Shell Out di D Aura Cafe ni memang sangat sesuai untuk seisi keluarga kerana keadaan restorannya yang selesa dan berhawa dingin.
Oh Ya! Korang jangan lupa juga untuk rasa sos pencicah special Steamboat & Grill dari D Aura Cafe. Memang sangat sedap ok!
Blogger Otomen Taro yang sememangnya suami LeYa yang sporting dan penyayang.. Love you..
Pasangan romantik, Blogger Atie turut menikmati hidangan Shell Out yang sedap ni
LeYa nak ingatkan juga kepada korang yang nak datang makan untuk promosi Steamboat & Grill dan Shell Out, haruslah membuat tempahan dahulu kerana dikhuatiri restoran selalu penuh.
D Aura Cafe ni dibuka pada setiap hari kecuali hari Isnin dari jam 1.00 tengah hari hingga 11.00 malam.
Jom kita tengok pula harga yang ditetapkan. Bagi LeYa, memang sangat berbaloi-baloi. Dah kata termurah di Selangor kan.. Dah la murah, sedap pula tu. Pergghhhh... memang superb lah dapat makan di sini.
- Shell Out = RM18.00
- Steamboat Biasa = RM18.00
- Steamboat & Grill = RM28.00
Jadi, pada peminat Steamboat & Grill dan Shell Out yang ingin mencari hidangan Steamboat & Grill dan Shell Out termurah di Selangor dan Putrajaya, bolehlah singgah ke lokasi seperti di bawah:
WhatsApp
+60 111 092 3832
Facebook
okay...harga memang murah
BalasPadamnampak pun sedap
ada rezeki nak cuba lah makan nanti
Dialu-alukan Hans untuk pergi makan. Apa lagi, ceat buat tempahan sekarang...hehe..
Padamdekorasi restoren pun nampak menarik..sejuk mata memandang.
BalasPadamkannn.. Jangan lupa untuk singgah taw
PadamWah, harga reasonable! Shell out tu nampak tempting sangat!
BalasPadamYe...memang murah... Apa lagi... Jom singgah makan.
PadamSajer jer kan..tayang makanan time ni...terus bergelora perut akak tengok
BalasPadamHehehe...Saje xnak bagi akk kurus sangat.. Nanti leya is jeles.. Hehehe..
Padamhahahahaha~ gambar ai nampak tembun gileeeeeeee.. yu saja cari pasal ke hape nih sissssss ?
BalasPadamcomel la awak...hehehe
Padammurah tu Leya...nanti kalau ada kesempatan nak gi la jugakk
BalasPadamBoleh kak... Nanti LeYa bawak akk datang makan kat sini.. Dekat je dgn rumah leya
Padamwahhh. sedap semua menu :)
BalasPadamMemang sedap... Meh la datang seri kembangan
Padam