Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Kanak-kanak ibarat kain putih yang perlu dicorakkan oleh ibu bapa agar menjadi pelapis generasi masa depan yang cemerlang, terbilang dan gemilang. Pendidikan awal kanak-kanak sangat penting dalam menentukan hala tuju kehidupan mereka pada masa akan datang. Namun, masih ramai yang tidak tahu cara bagaimana mencorakkan kanak-kanak mengikut acuan yang betul. Konsep pendidikan awal kanak-kanak terbahagi kepada dua peringkat. Peringkat pertama bermula dari 0 hingga 3 tahun, manakala peringkat kedua bermula dari 3 hingga 6 tahun.
Dalam mendidik kanak-kanak, terdapat tiga kategori yang perlu dirangkumi dalam kurikulum pendikan awal kanak-kanak iaitu teori kematangan (behavioris), teori tingkah laku persekitaran dan teori konstruktivis. Ia menjadi asas kukuh dalam pembangunan potensi kanak-kanak hari ini. Pembangunan modal insan perlu holistik yang mana ia perlu merangkumi usaha menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran termasuk sains dan teknologi, keupayaan keusahawanan di samping menyemai sikap progresif positif dan beretika melalui pelajaran, latihan dan pembelajaran seumur hidup. Jadi, ia sangat penting di mana keperluan kanak-kanak dalam pendidikan awal di peringkat pra-sekolah lagi.
Ar-Rayyan Integrated Islamic PreSchool
Bermula pada tahun 2010 dan memiliki tiga cawangan di kawasan Melaka iaitu Taman Merdeka, Bertam Perdana dan Bukit Piatu. Ar-Rayyan Integrated Islamic PreSchool diasaskan oleh En Mohammad Ahmad (Teacher Mat) bersama isterinya, Pn Azizah Omar (Teacher Eza). Ini sememangnya dinantikan oleh penduduk Melaka yang mana ramai para ibu bapa tidak tahu atau sukar mencari tempat asuhan kanak-kanak yang terbaik untuk pendidikan awal anak-anak mereka.
Di Ar-Rayyan Integrated Islamic PreSchool, para guru berpengalaman dan tahu mengendalikan kanak-kanak dalam mengajar dan melaksanakan aktiviti bersama mereka. Menariknya lagi, Ar-Rayyan Integrated PreSchool menyediakan perkhidmatan Taska, Tadika, Transit, Tusyen dan Transport bagi memudahkan para ibu bapa yang kesibukan di siang hari dengan kerjaya masing-masing. Jadi, ibu bapa tidak perlu lagi risau akan keselamatan dan pendidikan awal anak-anak mereka sewaktu di hari bekerja.
Cawangan ketiga Ar-Rayyan Integrated Islamic PreSchool yang terletak di Bukit Piatu baru sahaja dibuka pada tahun 2018 dan merupakan lokasi baru dan terkini. Memiliki dua pembantu berumur 20-an dan wanita tempatan, ia lebih komprehensif untuk menghantar anak-anak menerima pembelajaran di tadika yang cantik ini. Terdapat tiga tingkat yang mana di bahagian bawah merupakan taska yang menempat anak-anak berusia 0 hingga 3 tahun dan di tingkat dua adalah kanak-kanak berumur lingkungan 4 hingga 6 tahun. Di tingkat tiga pula, mereka menempatkan ruang transit pelajar dan turut diadakan tusyen kepada para pelajar bermula dari 2 tahun hingga 17 tahun. Ia juga memiliki lift untuk kemudahan kanak-kanak atau ibu bapa dan guru yang kurang upaya untuk naik ke ruang atas.
Didik Anak Untuk Pergi PraSekolah
Adakah ketika waktu kecil dahulu korang suka pergi prasekolah? Ini sebenarnya adalah masa yang paling menyeronokkan bersama kawan-kawan. Pasti korang teringat masa silam korang ketika rehat bersama, bermain bersama, mewarna, berkumpul beramai-ramai dan banyak lagi kenangan yang best ketika di prasekolah.
Tidak dinafikan juga ada di kalangan kanak-kanak yang tidak suka pergi prasekolah. Mereka merasakan duduk di rumah lebih bahagia kerana mungkin boleh mengadap gadget 24 jam seharian.
Jadi, selaku ibu bapa, korang harus tahu bagaimana untuk menarik minat anak-anak untuk pergi ke prasekolah. Berikut merupakan aktiviti menarik yang Ar-Rayyan Integrated Islamic Preschool laksanakan bagi menarik minat kanak-kanak untuk belajar dan bermain bersama kawan-kawan di prasekolah.
Di usia 4 hingga 6 tahun, anak-anak diberikan pendidikan yang seolah-olah meneroka dunia pekerjaan dan kehidupan dewasa mereka nanti. Belajar dan bermain serta membawa mereka melaksanakan aktiviti di luar tadika seperti berjalan, berenang, bermain di taman permainan, usahawan cilik, melakukan aktiviti umrah/haji dan banyak lagi. Setiap hari mereka mempunyai jadual yang berbeza agar mereka tidak bosan.
Di samping belajar, ini sebenarnya memberi peluang anak-anak kecil untuk bermain. Para guru juga ada menyediakan permainan yang dapat membuka pemikiran kanak-kanak seperti blok dan teka-teki untuk memupuk sikap ingin belajar kepada kanak-kanak.
Pertama kali menjejakkan kaki ke Ar-Rayyan Integrated Islamic Preschool cawangan Bukit Piatu, LeYa seolah-olah merasakan bertemu dengan keluarga sendiri. Aura kekeluargaan yang ada di pusat pendidikan awal kanak-kanak ini cukup terkesan di hati apabila para guru dan kanak-kanak diibaratkan umpama adik-adik dan sepupu ketika mereka belajar dan bermain bersama-sama. Seronok saat melihat mereka ketawa kegirangan dan melaksanakan aktiviti bersama.
Jadi, untuk menarik minat ibu bapa menghantar anak-anak ke sini, mereka akan menerangkan konsep pembelajaran Ar-Rayyan Integrated Islamic Preschool terlebih dahulu.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi atau layari seperti yang tertera di bawah:
Facebook
https://www.facebook.com/tadikataskaarrayyanmelakatengah/
Lokasi
1) Taman Merdeka, Melaka
No 2, Jalan M20, Taman Merdeka, Batu Berendam, 75350 Melaka
2) Bertam Perdana, Melaka
3) Bukit Piatu, Melaka
Yuran / Kos Pembelajaran
RM350 dan ke atas (bergantung pada lokasi cawangan dan keadaan semasa)
Perkhidmatan
Taska
Tadika
Transit
Tusyen
Transport
No Telefon
013-206 8612
Di Ar-Rayyan Integrated Islamic PreSchool, para guru berpengalaman dan tahu mengendalikan kanak-kanak dalam mengajar dan melaksanakan aktiviti bersama mereka. Menariknya lagi, Ar-Rayyan Integrated PreSchool menyediakan perkhidmatan Taska, Tadika, Transit, Tusyen dan Transport bagi memudahkan para ibu bapa yang kesibukan di siang hari dengan kerjaya masing-masing. Jadi, ibu bapa tidak perlu lagi risau akan keselamatan dan pendidikan awal anak-anak mereka sewaktu di hari bekerja.
Cawangan ketiga Ar-Rayyan Integrated Islamic PreSchool yang terletak di Bukit Piatu baru sahaja dibuka pada tahun 2018 dan merupakan lokasi baru dan terkini. Memiliki dua pembantu berumur 20-an dan wanita tempatan, ia lebih komprehensif untuk menghantar anak-anak menerima pembelajaran di tadika yang cantik ini. Terdapat tiga tingkat yang mana di bahagian bawah merupakan taska yang menempat anak-anak berusia 0 hingga 3 tahun dan di tingkat dua adalah kanak-kanak berumur lingkungan 4 hingga 6 tahun. Di tingkat tiga pula, mereka menempatkan ruang transit pelajar dan turut diadakan tusyen kepada para pelajar bermula dari 2 tahun hingga 17 tahun. Ia juga memiliki lift untuk kemudahan kanak-kanak atau ibu bapa dan guru yang kurang upaya untuk naik ke ruang atas.
Adakah ketika waktu kecil dahulu korang suka pergi prasekolah? Ini sebenarnya adalah masa yang paling menyeronokkan bersama kawan-kawan. Pasti korang teringat masa silam korang ketika rehat bersama, bermain bersama, mewarna, berkumpul beramai-ramai dan banyak lagi kenangan yang best ketika di prasekolah.
Tidak dinafikan juga ada di kalangan kanak-kanak yang tidak suka pergi prasekolah. Mereka merasakan duduk di rumah lebih bahagia kerana mungkin boleh mengadap gadget 24 jam seharian.
Jadi, selaku ibu bapa, korang harus tahu bagaimana untuk menarik minat anak-anak untuk pergi ke prasekolah. Berikut merupakan aktiviti menarik yang Ar-Rayyan Integrated Islamic Preschool laksanakan bagi menarik minat kanak-kanak untuk belajar dan bermain bersama kawan-kawan di prasekolah.
Pembelajaran Kreatif
Di usia 0 hingga 3 tahun, kanak-kanak sememangnya lebih berkeinginan untuk bermain dan terus bermain. Di taska Ar-Rayyan Integrated Preschool, para guru menggalakkan mereka meneroka dunia sekeliling mereka dan turut bermain bersama kawan-kawan tidak kira usia agar mereka tahu berkawan itu menyeronokkan.
Di samping bermain, anak-anak kecil ini sebenarnya belajar berinteraksi, mengenal dan lebih berkeyakinan.
Di usia 4 hingga 6 tahun, anak-anak diberikan pendidikan yang seolah-olah meneroka dunia pekerjaan dan kehidupan dewasa mereka nanti. Belajar dan bermain serta membawa mereka melaksanakan aktiviti di luar tadika seperti berjalan, berenang, bermain di taman permainan, usahawan cilik, melakukan aktiviti umrah/haji dan banyak lagi. Setiap hari mereka mempunyai jadual yang berbeza agar mereka tidak bosan.
Di samping belajar, ini sebenarnya memberi peluang anak-anak kecil untuk bermain. Para guru juga ada menyediakan permainan yang dapat membuka pemikiran kanak-kanak seperti blok dan teka-teki untuk memupuk sikap ingin belajar kepada kanak-kanak.
Antara barisan pendidik yang terlatih di Ar-Rayyan Integrated Islamic Preschool |
Jadi, untuk menarik minat ibu bapa menghantar anak-anak ke sini, mereka akan menerangkan konsep pembelajaran Ar-Rayyan Integrated Islamic Preschool terlebih dahulu.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi atau layari seperti yang tertera di bawah:
https://www.facebook.com/tadikataskaarrayyanmelakatengah/
Lokasi
1) Taman Merdeka, Melaka
No 2, Jalan M20, Taman Merdeka, Batu Berendam, 75350 Melaka
2) Bertam Perdana, Melaka
3) Bukit Piatu, Melaka
Yuran / Kos Pembelajaran
RM350 dan ke atas (bergantung pada lokasi cawangan dan keadaan semasa)
Perkhidmatan
Taska
Tadika
Transit
Tusyen
Transport
No Telefon
013-206 8612
seronok tengok gambar di laman ini..
BalasPadamTerima kasih kerana sudi singgah di laman blog LeYa
PadamMenarik Ar Rayyan Islamic Preschool ni.. persekitaran bersih dan sesuai sgt utk pembelajaran kanak2. Aktiviti pun pelbagai juga, mmg bagus utk pendedehan kanak2. Thanks sharing Leya.
BalasPadamTerima kasih abg khir... Ye memang menarik untuk pendidikan awal kanak-kanak..
PadamMenarik konsep pendidikan di sini. Semoga dapat memupuk anak2 soleh dan solehah...
BalasPadamAamiinnn...Semoga segalanya dipermudahkan
Padamwahhh.. seronok diorang :)
BalasPadamSuasana pembelajaran yang selesa dan luas untuk anak-anak bermain dan belajar.
Padam