Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Baru-baru ini, LeYa telah berkesempatan membeli-belah di POTBOY O2O Groceries. Mesti ramai lagi yang tak tahu kan apa itu POTBOY O2O Groceries ni? Actually, LeYa pun baru pertama kali dengar. POTBOY O2O Groceries ini adalah peruncit atas talian ke luar talian yang pertama di Malaysia. Jualan POTBOY O2O Groceries ini telah berlangsung selama 3 hari iaitu dari 6 Julai hingga 8 Julai 2018 di aras P2 pusat membeli-belah Jaya One, Petaling Jaya.
POTBOY O2O Groceries ini diadakan dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam dengan kerjasama platform pembayaran mudah alih, FavePay. Selain korang semua dapat membeli-belah dengan diskaun sehingga 70%, terdapat juga pelbagai aktiviti menarik dijalankan dengan hadiah berupa wang tunai sebanyak RM1,111 diberikan kepada pemenang yang berjaya melepasi segala cabaran tersebut.
Dalam 3 hari jualan POTBOY O2O Groceries berlangsung, LeYa berkesempatan untuk hadir pada hari Ahad. Memang teruja dan menarik juga dengan jualan murah-murah yang diberikan kepada semua pelanggan. Bukan setakat itu sahaja, korang boleh membeli belah tanpa perlu membawa wang yang banyak kerana kesemuanya dibayar melalui platform mudah alih, FavePay. Jadi, tak perlu lagi risau jika kehilangan atau keciciran duit. Semuanya tanpa tunai. Mudah kan!
First time menggunakan aplikasi FavePay ni. Pada mulanya kekok lah juga kan. Tetapi lama-kelamaan ia menjadi lebih mudah dan pembayaran dengan FavePay ini merupakan aplikasi e-dompet pertama yang membayar menggunakan kad debit / kad kredit. Memang ia sangat menarik dan pembayaran juga sangat pantas kerana korang hanya perlu scan bar code yang ada pada setiap kedai dan kemudiannya ikut sahaja step seterusnya melalui telefon pintar korang.
Di hari ketiga ini, LeYa dan Otomen menyahut cabaran makan "Maggi Pedas Giler". Seramai 35 orang peserta turut menyertai cabaran ini. Memanglah LeYa suka dan tahan makan pedas. Tetapi dalam cabaran ini, peserta dikehendaki makan selaju mungkin untuk bergelar juara dan membawa pulang wang tunai RM1,111. WoW!!! Best kan! Tapi LeYa dan Otomen tidak berjaya dalam cabaran ini. Walaupun tak berjaya, kami tetap happy.
Dalam cabaran pertama, semua peserta dikehendaki makan maggi pedas giler sepantas yang mungkin. Hanya 10 peserta sahaja yang akan layak untuk ke pusingan ke-2. Dalam pusingan ke-2, hanya 5 orang sahaja yang layak untuk sertai. Di pusingan ke-2 ini, peserta dikehendaki makan seberapa banyak mangkuk maggi yang boleh. Pergghhh.... memang nak muntah pulak LeYa tengok kan... Hehehe... Kemudian, bagi pusingan akhir, hanya 4 peserta sahaja yang layak untuk bergelar juara. Memang teruja betul tengok peserta-peserta akhir ni. Ada yang dah termuntah, ada yang tarik diri. Yelah! Cuba korang bayangkan dah berapa mangkuk maggi dorang makan dari awal cabaran tadi. Memang lah dah muak kan. Tapi demi bergelar juara, mereka tetap teruskan.
Akhirnya, cabaran makan "Maggi Pedas Giler" dimenangi oleh Encik Najmuddin Nasrol dari Sungai Buloh. Tahniah diucapkan kerana telah berjaya memenangi wang tunai RM1,111. LeYa memang kagum dengan semangat yang ditunjukkan beliau. Masih steady walaupun dah kekenyangan.
Ketika jualan berlangsung, sempat juga lah LeYa beli beras, kopi kapal api dan beberapa produk lain. Mana taknya, semua barangan dijual dengan harga murah-murah. So, memang terpengaruh juga lah kan untuk turut membeli-belah di POTBOY O2O Groceries ni. Yang pasti kesemua yang datang, tidak akan balik dengan tangan kosong. Di sini juga, LeYa turut dapat nikmati minuman terbaru seperti produk dari Hersheys, Coca Cola Stevia, 100Plus kurang gula dan banyak lagi. Memang puas dan seronok lah dapat shopping di sini. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.
Sampai di rumah terus LeYa mengemas barang-barang yang dibeli tadi. Ha, amek kaw! Sekali boleh tahan jugak LeYa shopping kan. Betul-betul banyak. Hehehe... Jenuh jugak mengangkat barang-barang ni masuk kereta. Mujur ada Mr. Otomen Taro.
Jadi, kepada yang teruja dan ingin shopping online dengan POTBOY O2O Groceries ni, boleh lah layari maklumat lanjut di bawah:
Website
Facebook
Instagram
0 beri komen di sini:
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com