Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Malaysia Airports hari ini mengumumkan pemilihan KLIA oleh Parfums Christian Dior dengan usaha sama Colours & Fragrances sebagai lokasi untuk pembukaan kedai sementaranya yang pertama di lapangan terbang di Asia Tenggara.
Dibuka sejak 15 Julai 2018, Dior Backstage merupakan konsep baharu yang menawarkan pengalaman unik yang tidak dapat dilupakan oleh pengunjung KLIA. Direka sepenuhnya untuk mengetengahkan yang terbaik dari Dior, kedai Dior Backstage ini merupakan penampilan perdana khusus bagi Dior Makeup. Kedai sementara ini dihiasi dengan hiasan mewah dan grafik berwarna hitam berkilat, yang menyerlahkan gaya Dior.
Direka oleh Peter Philips, pengarah imej dan kreatif Dior Makeup, Dior Backstage merupakan koleksi mekap pertama yang diinspirasikan dari gaya solekan model seperti yang dilakukan di belakang pentas bagi wanita yang inginkan hasil mekap seperti seorang professional.
Koleksi mekap profesional ini telah berjaya mendapat maklum balas yang amat positif dalam kalangan juru solek artis dari New York sehinggalah ke Seoul. Ia kini boleh didapati di kedai sementara yang terletak di Bangunan Satelit KLIA.
Junior Cedeño, dari Spain yang merupakan juru solek artis professional Dior akan berada di kedai sementara Dior Backstage di KLIA untuk berkongsi tips profesional dan peribadi pada 29 Julai 2018. Junior telah bekerja dengan banyak majalah-majalah fesyen antarabangsa seperti Vogue, Elle, Harper’s Bazaar, Glamour dan Cosmopolitan.
Sebagai seorang ikon antarabangsa yang terkenal dan juru solek artis Dior yang sangat mahir, beliau pastinya mampu menghasilkan mekap yang sama seperti pertunjukan fesyen Dior atas permintaan.
waalaikumussalam kak leya..wahh bestnya parfums cristian dior tu..
BalasPadamWangi dan memang pilihan kak leya...hihi..
PadamDior tu. Kegilaan artis malaysia jenama ni. Kak ana mampu tengok je lah leya hehe
BalasPadamAlaa... merendah diri pulak Kak Ana ni.. Akak mampu juga untuk memilikinya..
PadamW'salam Leya..
BalasPadamDior antara jenama perfume kesukaan LZ.. Bau yang mengancam.
So far Dior Makeup LZ masih belum cuba lagi.. Kalau pi KLIA nanti boleh singgah sini cari perfume..
Ye betul... LeYa pun suka bau Dior perfume ni..
PadamDior tu memang fav akak all time..ada Poison by Dior..syg nak habiskan..nak beli selalu mahal..hehehe
BalasPadamFaourite LeYa juga... Dior dan Gucci by Flora...heehe
Padamterbaek :)
BalasPadamOwh...yeah...
Padam