Isnin, 25 Jun 2018

Restoran Mueang Kao Thai Cuisine Menawarkan Pelbagai Hidangan Thai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah dua minggu tekak kita asyik makan rendang, ketupat, lemang, kuah kacang je kan. Jadi, apa kata kali ini kita nikmati pula makan malam dengan masakan Thai food di sebuah restoran yang cukup menarik iaitu di Restoran Mueang Kao Thai yang terletak di Damansara Jaya.


Yang kita tahu makanan popular masakan Thai adalah Tomyam. Tapi sebenarnya banyak dan korang boleh rasainya di restoran ini. Hidangan yang ada di restoran ini dibawa khas dari bahagian tengah negara Thailand yang mana Mueang Kao merupakan salah sebuah kawasan perkampungan yang mempunyai hidangan yang sangat enak.





Restoran ini baru sahaja dibuka pada tahun ini iaitu dalam bulan Februari. Yang membuatkan LeYa suka adalah dekorasi dalaman restoran ini yang sangat santai dan simple memberikan ruang yang selesa buat pelanggan. Di sini juga terdapat dua pilihan tempat makan sama ada duduk di kerusi dan meja atau boleh bersila di ruang yang disediakan. Cukup-cukuplah LeYa berbicara panjang kan. Jom.... LeYa bawa korang nikmati hidangan makanan yang korang boleh cuba jika bertandang ke sini nanti. (Amaran spoiler: Jangan meleleh air liur tu ye...)

Mango Salad (RM18.00)

Nam Prik Pia To (RM45.00)

Sebelum korang terus mencuba pelbagai rasa makanan, apa kata korang cuba hidangan pembuka selera ini dengan memesan Mango Salad dan Nam Prik Pia To yang mana bahan-bahan yang disediakan segar-segar dan enak. Campuran mangga muda dan beberapa jenis sayuran serta kekacang yang ada pada Mango Salad memang membuka selera ketika menikmatinya. Kemudian, digandingkan pula dengan beberapa bahan dalam set Nam Prik iaitu ikan kembong goreng, telur dadar dan ulam-ulaman serta sambal belacan yang pasti membuatkan korang bertambah-tambah nasi untuk makan.

Pha La Pik (RM40.00)

Salted Egg Squid (RM35.00)

Jom korang cuba pula rasa masakan dari makanan laut iaitu Pha La Pik ini. Ia mengandungi ikan Talapia yang digoreng garing dan korang juga boleh turut merasai Salted Egg Squid yang sangat sedap dan menyelerakan tekak LeYa ketika menikmatinya.

Korang juga boleh turut rasa hidangan makanan yang LeYa sertakan di bawah ini kerana bagi LeYa, kesemuanya memang sangat-sangat sedap. 

Thai Style 3 Taste (RM35.00)

BBQ Chicken Chop (RM25.00)

Red Curry Chicken (RM35.00)

Thai Style Fried Brinjal (RM25.00)

Deep Friend Kangkung (RM28.00)

Jeng... Jeng... Jeng... Tiba masanya untuk kita merasai hidangan pencuci mulut yang sememangnya menambat hati LeYa walaupun sudah kekenyangan. Antara yang korang boleh dapati di sini adalah Mango Sticky Rice, Thai Red Rubies, Coconut Ice Cream dan juga Sangkaya Pumpkin

Selain itu, turut menjadi tarikan LeYa ketika itu ialah minumannya yang sedap-sedap seperti Air Kelapa Muda, Thai Tea dan juga Thai Green Tea.

Mango Sticky Rice

Sangkaya Pumpkin

Coconut Ice Cream

Pelbagai Jenis Minuman yang boleh di order

Air Kelapa Muda


Korang terliur tak? Kalau dah terliur tuh, jom lah cepat-cepat singgah ke Restoran Mueang Kao Thai yang terletak di Damansara Jaya. Restoran ini dibuka pada setiap hari dari pukul 11.00 pagi hingga 3.00 petang, manakala pada sesi malam pula dibuka dari pukul 6.00 petang hingga 10.00 malam. Semoga korang seronok dan tertarik ketika menjamu selera di sini ye.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi seperti yang tertera di bawah:

Khamis, 14 Jun 2018

A Fresh New Addition to Domino’s Hottest Korean Sensation

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Jatuh cinta sekali lagi dengan perisa Ssamjeang yang manis dan pedas especially yang direka khas oleh Domino's Pizza. Domino's kali ini memperkenalkan menu baru iaitu Ssamjeang Prawn Pizza yang ditambah bahan keempat ke setiap hidangannya. Kesemua jenis Ssamjeang Pizza yang popular ini diletakkan dalam keadaan masih panas di trailnya. 

Dengan menonjolkan udang yang segar dan springy berserta dengan tambahan garam dan rempah-ratus Itali dan juga ditambah lagi dengan seaweed yang berkhasiat dan kaya dengan umami flavour, fresh cherry tomatoes, green papers, sprinkled with roasted sesame seeds di atasnya meanmbahkan lagi rasa special untuk menikmatinya. Ia juga disediakan bersama dengan sos Ssamjeang yang khas dan pizza dibungkus rapi dengan teksturnya baik dan seimbang.

Mengenai menu baru itu, Shamsul Amree, Pengurus Besar Kanan Operasi, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura berkata "We received tremendous love and support from our customers and Korean fans when we first launched the Ssamjeang Tuna, Chicken and Beef. The response was overwhelming and to cater to the growing request of the Ssamjeang pizzas, we have taken it further and created Ssamjeang Prawn. We believe this new addition enhances the flavor profile of the Ssamjeang sauce especially with the delicious combination of multiple flavours and textures in a single pizza."

“We are heartened by the positive response from our customers and we hope this new flavor will be well received as well. Fasting month and the Raya period is a great opportunity to get together with family and friends while enjoying your favorite pizzas. We are offering fantastic deals for the festive period and we hope our customers will take up the opportunity to enjoy this latest item on our menu while it lasts!” 

Truly inspired dari rakyat Malaysia yang sukakan makanan Korea, Domino's Ssamjeang Pizza direka khas untuk memberikan gabungan 3 rasa dalam 1 iaitu manis, pedas dan sedap. Dengan versatile dan beraroma, Sos Ssamjeang juga boleh didapati dengan Ayam-haseyo Chicken Wings yang dimasak sempurna bersama salutan luar sos Ssamjeang yang sangat sedap.


Sepanjang musim perayaan ini, para pelanggan boleh menikmati Ssamjeang Prawn dengan dua tawaran combo iaitu Ssamjeang Buddy Combo dan Ssamjeang Super Combo. Harga bagi setiap Ssamjeang Buddy Combo ialah RM36.75 (GST zero-rated price) di mana ia termasuk satu pizza Ssamjeang bersaiz regular, satu Ayam-Haseyo, satu Garlic Twisty Bread dan 2 minuman soft drinks. Manakala, bagi set Ssamjeang Super Combo berharga RM56.50 yang terdiri daripada dua Pizza bersaiz Regular, satu Ayam-Haseyo,satu Cheesy Mozarella/Cheddar Stix dan satu botol minuman soft drink 1.5L.


Kesemua Ssamjeang Prawn baru ini boleh didapati di semua kedai-kedai Domino's Pizza dalam waktu yang terhad sahaja dari 04 Jun 2018 sehingga 01 Julai 2018.

Visit Domino’s stores, order online at http://www.dominos.com.my/, atau hubungi 1300-888-333 untuk membuat pesanan. Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Domino’s Pizza Malaysia’s Ssamjeang Prawn Pizza, layari laman web di http://www.dominos.com.my/.

Rabu, 13 Jun 2018

Kasih Ramadhan 2018 Bertaut Di ASWARA Bersama Golongan Kurang Upaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dalam usaha meningkatkan kesedaran sosial dalam kalangan masyarakat hari ini terhadap komuniti cacat penglihatan, pada 18 Mei 2018 lalu, pelajar dari tahun 2 Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah mengambil langkah dengan menganjurkan Kasih Ramadhan 2018 "Majlis Berbuka Puasa" bersama komuniti kurang upaya dan rakan-rakan media.


Kasih Ramadhan 2018 ini merupakan aktiviti yang bukan sahaja mementingkan serta menjalankan acara berbentuk kesenian dan kebudayaan, malah mereka turut memberi kerihatinan mereka terhadap pelaksanaan tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, para pelajar ASWARA mengambil peluang untuk rasa prihatin dan kasih sayang dalam kalangan kakitangan dan pelajar kepada golongan kurang bernasib baik yang mana terdiri daripada 33 orang pelajar jemputan daripada Gurney Training Centre (GTC).

GTC merupakan sebuah pusat latihan vokasional milik Malaysia Association for the Blind (MAB) iaitu sebuah pertubuhan sukarela utama di Malaysia yang memberikan perkhidmatan terhadap komuniti cacat penglihatan. 


Dalam majlis tersebut, pelajar jemputan telah membuat persembahan on-the-spot yang mereka hanya berlatih dalam 2 jam sahaja. Uniknya anak-anak kurang upaya ini, mereka bersih hati dan jiwa serta mendengar arahan setiap warga pendidiknya. Seramai 110 orang telah memeriahkan majlis itu termasuklah kakitangan dan VIP ASWARA, jemputan VIP dari MAB, pelajar ASWARA dan rakan-rakan media.




Apa yang menarik dalam majlis berbuka puasa kali ini, ia bukan semata-mata berbuka puasa sahaja tetapi ia lebih memberikan satu pengalaman baru kepada pelajar GTC dengan menjalankan aktiviti bengkel muzik wayang kulit Kelantan bagi memberi pendedahan terhadap alatan muzik tradisional. Kemudian, mereka juga melaksanakan persembahan menarik di atas pentas.



Selain itu, turut diadakan juga aktiviti 'ice breaking' dan 'games session' antara pelajar ASWARA dan pelajar GTC di sebelah petang. Ketika semua tetamu menjamu selera setelah selesai solat Maghrib berjemaah, pelajar GTC diberi penghormatan untuk menjalankan persembahannya di atas pentas. Aktiviti diteruskan lagi dengan solat Isyak dan solat Terawih serta tazkirah ringkas dan diakhiri dengan jamuan moreh.




Syukur atas kehadrat Ilahi, majlis berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Semoga pada masa-masa akan datang, kesedaran sosial seperti ini tidak diluputkan malah ditambah lagi demi saham kita di akhirat. InsyaAllah.

Maklumat lanjut mengenai program komuniti ini, boleh hubungi seperti yang tertera:

Iffah Nadhilah
Pengurus Publisiti Kasih Ramadhan 2018
Tel.: 011 - 3988 0353

Isnin, 11 Jun 2018

Filem Terbaik Harus Ditonton Sepanjang Aidilfitri Bersama Unifi TV

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Begitu cepat masa berlalu, pejam celik pejam celik dah nak penghujung Ramadhan. Menjelang Aidilfitri ini, Unifi TV akan menyiarkan Top Best Movies untuk ditonton sepanjang Syawal bersama seisi keluarga. 

Sudah menjadi kebiasaan, bilamana ramai yang akan membicarakan apa rancangan terbaik yang akan disiarkan sepanjang bulan Syawal ini. Sebagai antara "kaki movie" yang boleh dikatakan agak tegar ini, jom LeYa kongsikan filem terbaik yang wajib ditonton oleh pengguna Unifi TV.


Jangan ketinggalan untuk tonton filem kegemaran korang di rumah atau di mana sahaja dengan aplikasi Unifi Play TV dengan hanya RM10/filem. Korang juga dapat menikmati filem dengan seberapa banyak yang korang inginkan selama 48 jam!

TOP FILEM UNTUK ANAK-ANAK ANDA!


Bukan setakat filem kegemaran korang sahaja, malah untuk anak-anak korang juga Unifi TV ada sediakan. Memang syok habissss! Confirm anak-anak korang tak akan ke mana-mana atau buat aktiviti yang tak berfaedah bila filem kegemaran mereka ditayangkan di TV. 

TOP FILEM UNTUK ANDA!


Bagi pengguna Unifi TV, korang tak perlu lagi untuk mendaftar kerana korang boleh terus menontonnya di kaca TV atau di Smartphone korang. Yang hanya korang perlu laksanakan adalah langgan setiap pembelian filem yang korang ingin tonton itu menerusi 3 langkah mudah di bawah ini.



Jadi, LeYa mengucapkan Selamat Menonton! Semoga hubungan kekeluargaan setiap keluarga semakin kekal utuh dengan menjalankan aktiviti menonton bersama-sama ini. Jom Tonton Unifi TV sekarang!

Ahad, 10 Jun 2018

Raikan Anak-Anak Yatim Dengan Juadah Kampung Di Kontiki Restaurant, Federal Hotel, KL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tinggal beberapa hari lagi nak menjelang Aidilfitri kan. Pasti sudah ramai yang sibuk dengan persediaan raya masing-masing. Di kala kepenatan tuh, pasti dah mula rasa malas nak menyediakan juadah berbuka puasa. Jadi, jom LeYa bawakan korang untuk menjamu selera di Kontiki Restaurant yang terletak di Hotel Federal Kuala Lumpur.


Pada 25 Mei 2018 lalu, LeYa diberi kesempatan untuk menghadiri satu majlis berbuka puasa di Kontiki Restaurant yang dianjurkan oleh The Federal Hotel Kuala Lumpur dan Hotel Capitol Kuala Lumpur yang juga turut meraikan kegembiraan ini bersama anak-anak yatim dari Rumah Nur Kasih Bestari. Terdapat banyak lagi restoran yang ada di The Federal Hotel. Salah satunya, Kontiki Restaurant menjadi tumpuan LeYa dan beberapa lagi rakan blogger untuk menikmati hidangan berbuka puasa di situ bersempena majlis itu. Menariknya di Kontiki Restaurant, LeYa suka akan hiasan dalamannya yang tampak minimalis dan klasik tetapi eksklusif.



Jadi, jom LeYa bawa korang untuk menjamu selera dengan pelbagai hidangan yang ditawarkan di Kontiki Restaurant.


Terdapat lebih 100 hidangan tradisional kampung yang boleh didapati di sini. Dilengkapi juga dengan menu-menu lain sebagai penambah selera hidangan Buffet Ramadhan ini. Yang menariknya di sini, buffet Ramadhan di sini menawarkan rasa kegemaran Perdana Menteri kita yang pertama, Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Antaranya ialah Ikan Masin, Tauhu Sumbat, Pulut Kuning dengan Serunding, Acar Buah Acar Rampai, Tempe Goreng Pedas, Ikan Rebus Goreng, Kerabu Mangga, Kerabu Daging yang mana setiap dari 8 hidangan akan dipilih dan digilirkan setiap hari.




Selain itu, pada tahun ini juga Kontiki Restaurant menampilkan gerai aksi gaya kampung yang terletak bersebelahan kolam renang bagi menarik lagi pemandangan pengunjung untuk singgah merasai suasana berbuka puasa di sini. Antara gerai-gerai yang beraksi di luar adalah SupGearbox / Sup Campur, Nasi Bukhari, Lok-Lok; Lamb & Chicken dengan roti Lebanon atau roti pita; murtabak dengan kari ayam, Roti Canai, Rojak Sotong Kanjung, pelbagai dim sum, ais kacang, serta Teh Tarik dan ais krim Kontiki yang terkenal.

Di BBQ Cylinder Station pula, terdapatnya Hard Shell Prawn, Udang Harimau, Udang Air Tawar, Crabs, Mussel, Ikan Kembong, Ikan Pari, Chicken Drumstick, Beef Tenderloin, Whole Lamb, Taufu Bakar, Beef & Chicken Satay, Otak-Otak dan banyak lagi yang ditawarkan di sini.


Menerjah pula ke bahagian aneka sup yang banyak, di antaranya adalah Mushroom Soup, 4 Treasure with Crabmeat, Cream of Tomato, Seafood Chowder, Minestrone Soup, Hot & Soup, Bubur Lambuk dan banyak lagi. Hidangan bufet yang lazat dengan menawarkan kepelbagaian menu tempatan dan kontinental untuk memberikan deria rasa korang yang hebat ketika menikmatinya.


Terdapat juga Sushi & Sashimi, Roasted & Steamed Chicken, masakan panas termasuk Pucuk Manis Lemak Keledek, Ikan Goreng Serai, Masakan Ayam Goreng Berkicap, Daging Kicap dan Kacang Pis (Masakan Tunku), Sambal Udang Petai (Masakan Tunku) , Ayam Padprik Ratatoille, itik panggang dengan sos oren cepat, Daging Pedas (Masakan Tunku), Itik Golek (Masakan Tunku), Lamb Kofta, Ayam Kurma Berkentang, Pasta Arabiata, Ketam Masak Sos Tomato (Masakan Tunku), Ayam Masak Kuning Masakan, sambal paru goreng, kari kambing, sambal telur, makaroni gratin, jalur daging sapi dengan ayam, Ayam Masak Kicap (Masakan Tunku), Ikan Masak Lemak Belimbing, Sotong Masak Kuning dengan ubi kentang (Tunku's Cuisine) sos tomato (Masakan Tunku), Udang Goreng Manis (Masakan Tunku), Ikan Patin Tempoyak Pucuk Paku, Kari Ikan Tenggiri dan Terung serta banyak lagi.


Tidak dilupakan juga Desserts Table yang menjadi tatapan mata kerana kecantikan warna-warni yang dihias. Antara pencuci mulut yang boleh didapati di sini adalah 20 jenis kuih Melayu, dodol kampung, wajid kampung, pelbagai jenis pastri Perancis, jeli dalam gelas, Mousse, buah-buahan segar Malaysia dan banyak lagi.


Tidak ketinggalan juga, majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran anak-anak yatim dari Rumah Nur Kasih Bestari.

Menurut Ms Ooi Lee Ping, Pengarah Kumpulan Pemasaran, Jualan & Pembangunan Perniagaan Persekutuan Hotel Antarabangsa, "Bulan Ramadhan adalah masa yang terbaik untuk berkongsi dan memberi di samping menyebarkan kegembiraan buat yang kurang berkemampuan."

"Kami ingin menjadikan anak-anak kecil ini berasa istimewa. Dan kami percaya dalam menyebarkan rasa cinta dan gembira ini memberikan manfaat kepada mereka dengan melihat kegembiraan yang terpamer di wajah-wajah mereka."


Mengenai maklumat Rumah Nur Kasih Bestari:-
  • Alamat | No. 20, Jalan Prima Pelangi 1, Bukit Prima Pelangi, Segambut, 51200 Kuala Lumpur.
  • Ahli Rumah | Terdapat 50 orang kanak-kanak (6 hingga 16 tahun)
  • Terdiri daripada asnaf, anak-anak yatim dan kelainan upaya (OKU).
  • Ditubuhkan pada Disember 2009 oleh Puan Nurul (Graduan lepasan Yarmouk University, Jordan)
  • Rumah Nur Kasih Bestari kini ditadbir oleh Puan Zahrati
Jadi, jika korang ingin menghulurkan bantuan, bolehlah berkunjung ke Rumah Nur Kasih Bestari.



Dalam majlis tersebut, anak-anak ini turut menerima duit raya daripada pihak pengurusan Federal Hotel International.




Terima kasih tidak terhingga kepada The Federal Hotel International kerana memberi peluang LeYa bersama-sama dalam majlis penuh bermakna ini dan tidak dilupakan juga untuk mengucapkan Selamat Berbuka Puasa dan Selamat Bersahur.

The Federal Kuala Lumpur

35, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Tel: 03 - 2148 0468 / Fax: 03 - 2148 2877


Website: www.fhihotels.com