Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Bulan lalu, LeYa berkesempatan bercuti ke Cameron Highlands bersama Encik Otomen Taro dan dua lagi rakan blogger. Percutian ke Cameron Highlands bukanlah percutian pertama LeYa ke sana. Acap kali juga LeYa sudah ke situ. Usai dari kami melaksanakan tugas di Ipoh, Perak, kami menuju naik ke Cameron Highlands. Sesekali buang tebiat dengan rakan-rakan yang sememangnya satu kepala ni memang sangatlah happening. Mana tidaknya, tanpa dirancang, kami sudah pun tiba di puncak Cameron Highlands.
Terbayang sudah kedinginan suasana yang cukup mendamaikan, panorama ladang teh dan keenakan menikmati buah strawberry. Sesuatu yang tidak dijangka sama sekali bilamana kami singgah ke sebuah Restoran Nasi Lemak Abang Strawberry. Jadi, apa yang menarik di situ? Jom terjah!
Pengalaman Menikmati di Restoran Nasi Lemak Abang Strawberry
Hampir-hampir sebenarnya LeYa tidak perasan akan kedudukan restoran ini. Namun, atas tunjuk arah rakan blogger, sampai juga LeYa ke sini untuk merasai kelazatan Nasi Lemak Abang Strawberry. Menikmati Nasi Lemak Abang Strawberry dalam suasana sejuk Cameron Highlands di waktu sarapan pagi mahupun tengah hari memberikan satu perasaan yang awesome gilerrr dan cukup mempesonakan dengan panoramanya yang indah.
Abang Strawberry memiliki ladang dan restoran di Taman Sedia di sebuah kampung Melayu di pusat bandar Tanah Rata. Terletak di jalan utama antara Brinchang dan Tanah Rata, ladang ini sangat terkenal dengan restorannya - 200 Seeds Cafe.
Hidangan yang paling terkenal di kafe ini adalah 'Nasi Lemak Ayam Berempah', kegemaran rakyat Malaysia di mana ia disediakan dengan menu tambahan iaitu Sambal Strawberry. Di restoran ini juga, terdapat pelbagai pilihan menu lain yang korang boleh dapati. Ada juga nasi putih dan juga makanan seperti kek, western dan lain-lain. Pastri, scone dan pencuci mulut juga ada disediakan. Yang menjadi tarikan unik LeYa dan rakan-rakan ke sini adalah Sambal Strawberry. Pernah tak korang dengar atau makan Sambal Strawberry? Tentu sekali korang terdetik di hati, “Eh! Sedap ker?”, “Macam mana rasanya?”, “Weirdnya… Pelik sangat pulak sebab strawberry kan buah dan manis”. Jangan tak percaya! Sebab perkara-perkara pelik ni lah wujud dan menjadi daya tarikan kepada pelancong untuk singgah dan merasainya.
Kami juga berpeluang menemu ramah anak lelaki pemilik Abang Strawberry itu sendiri. Difahamkan suatu ketika dahulu ibunya menjalankan perniagaan katering. Dalam banyak-banyak menu lauk yang dihidangkan, ibunya dengan sengaja telah menyediakan satu set menu baru iaitu Sambal Strawberry. Sungguh pelik ketika itu dan ramai yang tidak mengetahuinya, jadi berpusu-pusu ingin merasainya. Ternyata ramai memuji kelazatan sambal strawberry tersebut.
Sehinggalah seorang pegawai mencadangkan kepada beliau untuk mengkomersilkan dalam bentuk botol. Dari situ, pemilik terdetik idea dan terus merancang serta memasarkan produk sambal strawberry secara eksklusif.
Menikmati Nasi Lemak Abang Strawberry
Dah sampai di situ, tak kan lah tak nak cuba nasi lemaknya kan. Jadi, kami mencari tempat duduk yang sesuai untuk menjamu selera dek perut yang sudah kelaparan. Sementara menunggu pesanan kami sampai, kami berbual-bual dahulu. Dan tiba masanya, hidangan kami sampai satu persatu. WoW!!! Sangat menarik dan teruja nak mencubanya.
Dengan suasana cafenya yang cukup selesa, jadinya kami menghabiskan makanan yang dihidangkan licin tanpa kata-kata dan bunyi. Eh! Nampak sangat kelaparan masing-masing ye. Almaklumlah, hidangan yang disediakan juga menarik dan sedap. Memang rugi pada siapa yang belum cuba lagi.
Nasi Lemak Sambal Strawberry
Nasi Lemak Ayam Berempah
Mee Hoon Soto
Lontong
Minuman strawberry beraneka jenis
Lawatan Ke Sekitar Abang Strawberry Farm
Usai makan, kami dibawa pula melawat kawasan sekitar Abang Strawberry Farm. Memang cukup luas. Tengok buah strawberry kat pokok tu memang geram sungguh nak petik semua. Tapi, cukuplah hanya beli di ruang cafenya sahaja. Kang banyak-banyak tak termakan pula. Hehehe...
Bukan setakat itu, korang juga boleh dapatkan produk-produk lain berasaskan strawberry di ruang kedai khas yang disediakan. Memang sangat banyak. Ada coklat, jus, dan juga sambal strawberry pun korang boleh dapatkan di sini. Memang berbaloi dan puashati lah kalau korang singgah dan lama-lama di sini. Macam-macam ada!
Jika ada di antara korang yang ke Cameron Highlands dan teringin nak makan nasi lemak sambal strawberry ni, bolehlah cuba makan di Abang Strawberry Farm & Cafe. Nak tahu rasanya? Korang kena lah datang dan cuba sendiri!
Alamat
Kampung Taman Sedia
Waktu Operasi
Isnin 8AM - 8PM
Selasa 8AM - 8PM
Rabu 8AM - 5PM
Khamis 8AM - 8PM
Jumaat 8AM - 8PM
Sabtu 8AM - 8PM
Ahad 8AM - 8PM
No Telefon
019 - 478 1700
Laman Web
Facebook
Instagram
adudu.. awat unik sangat ni.. hahaha.. nasi dia tu mengancam betul.. air punn.. ni kalau pergi holiday sana, memang kena singgah jugak ^^
BalasPadamHehehe... Memang unik dan rasanya juga pun sedap. Betul3x. Nurul kena singgah kalau pegi bercuti ke Cameron Highlands nanti taw. Lepas tu bagitau LeYa ye..
Padamamboi..smua berasaskan stoberi..hihi
BalasPadamHihi .. Kan.. Memang teruja sekejap tengok masa tuh
PadamWah...semuanya strawberry ye..kalo dhia tgk..mesti dhia suka
BalasPadamBetul3x... Kanak-kanak perempuan pasti seronok dan merengek lah mereka pada ibubapa mereka nak jugak..hehe
PadamSedap tu.... Tgk gambar pun dah menyelerakan
BalasPadamAha! Apa lagi... Kalau ke Cameron Highlands nanti, jangan lupa singgah sini taw. Pasti teruja dan teringat-ingat nanti.. Hehehe..
PadamPernah makan sambal strawberry, sedap gak..lama la x naik CH...tu gambar kat atas tu melampau betul tu...saje bikin panas la tu kan?
BalasPadamHahahaha... Gambar di atas bikin panas buat Kak SA. Sebab saje taw nak kurus sorang2.. LeYa pun nak kurus jugak...
PadamPernah dengar pasal nasi lemak abang strawberry, oooh gini rupanya..tq for sharing!
BalasPadamNampak gayanya macam tu la Sis Amie. Rasanya pun sedap. Kalau singgah ke sana lagi, dah ade tempat tujuan lah nak pergi.. Hehe..
PadamKenapa entah Siqah tak pernah cuba makan nasi lemak sambal strawberry ni. Maybe petanda kena ke Cameron lagi. Hihi
BalasPadamHehe.. Iyelah tu agaknya.. Siqah kene holiday ke CH lagi la nampaknye
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamWah sedap nya .. minggu depan nak bercuti ke sana, insyallah nak singgah di Sini makan tengahri. Tq share ni.
Padam