Rabu, 30 Mei 2018

McDonald's Malaysia Raikan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim & Asnaf Di Masjid Kampung Raja Uda, Klang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


McDonald's Malaysia dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah menganjurkan satu majlis berbuka puasa bersama lebih 500 kanak-kanak dari 12 rumah kebajikan di Selangor di Masjid Kampung Uda, Persiaran Raja Muda, Klang, Selangor.

LeYa turut berkesempatan meraikannya pada 19 Mei yang lalu bersama Encik Suamiku, Otomen Taro. Menyedari hakikat bulan Ramadhan yang mulia, membawa seluruh dari kita untuk memanjangkan amal jariah kepada semua insan yang kurang berkemampuan. Semua insan layak untuk nikmati kegembiraan tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya. Majlis berbuka puasa yang diadakan ini merupakan inisiatif tahunan McDonald's dan penganjurannya dengan kerjasama MAIS, Lembaga Zakat Selangor dan YIDE yang juga merupakan majlis berbuka puasa dengan jemputan paling ramai pernah diadakan oleh McDonald’s Malaysia. Setiap rumah kebajikan menerima sumbangan RM10,000 dari RMHC manakala kanak-kanak menerima RM20 setiap seorang menjadikan jumlah sumbangan bernilai RM130,000 yang telah disampaikan pada majlis itu.




YBhg Dato' Bakhtiar bin Hussin selaku Setiausaha MAIS dan juga Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Tempatan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar adalah antara tetamu kehormat yang turut hadir memeriahkan majlis itu.

Dalam ucapan Dato' Bakhtiar, MAIS berasa sangat gembira dan terharu kerana dapat bersama-sama McDonald's, Lembaga Zakat Selangor dan YIDE dalam usaha memartabatkan dan memfokuskan kepada membawa kegembiraan buat anak-anak yatim dan asnaf di bulan Ramadhan ini.

Antara 12 pertubuhan kebajikan yang turut diberikan sumbangan pada majlis itu ialah:

1. Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakun (PEKEAS) di Rawang, Selangor
2. Badan Kebajikan Siti Khadijah Anak Yatim Selangor di Petaling Jaya, Selangor
3. Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Munirah di Klang, Selangor
4. Rumah Amal Baitul Kasih/Baitul Fitrah di Rawang, Selangor
5. Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiyah di Klang, Selangor
6. Persatuan Kebajikan Anak Yatim Damai Kuang di Kuang, Selangor
7. Rumah Amal Raudhatul Jannah di Banting, Selangor
8. Rahoma Darul Fakir di Subang, Selangor
9. Rumah Kasih Harmoni di Sungai Buloh, Selangor
10. Rumah Anak-anak Yatim An-Nasuha di Batu Caves, Selangor
11. Rumah Anak Yatim dan Hidayah Al-Hijrah di Hulu Langat, Selangor
12. Pusat Jagaan Siraman Kasih di Rawang, Selangor


“Usaha yang dilakukan oleh McDonald’s Malaysia, seperti majlis ini, seiring dengan matlamat MAIS, Lembaga Zakat Selangor dan Yayasan Islam Darul Ehsan iaitu menjaga kebajikan dan memberi sumbangan kepada golongan yang berhak menerimanya.
“Diharapkan supaya anak-anak yang kita raikan pada malam ini terus diberi rezeki yang melimpah-ruah bukan saja di bulan Ramadhan tetapi juga di bulan-bulan lain,” katanya.
Menurut Azmir pula, McDonald's juga berasa bangga kerana dapat sertai dalam aktiviti melibatkan kebajikan seperti ini, lebih-lebih lagi di sepanjang Ramadhan yang penuh barakah ini.
“Kami amat berbesar hati menerima kehadiran lebih 500 anak-anak dari 12 rumah kebajikan pada malam ini dan berharap hari ini merupakan hari yang bermakna buat mereka. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) atas sokongan mereka dalam menjayakan majlis pada hari ini,” kata Azmir.

Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (GARSB) merupakan pengendali rangkaian restoran McDonald's Malaysia dan ia juga adalah syarikat milik tempatan yang dikendalikan sendiri oleh individu Islam sebagai pemegang saham terbesar. Jadi, sebagai sebuah syarikat milik individu Islam, Azmir turut melaksanakan kewajipan untuk membayar zakat bagi membantu dan memberi manfaat kepada golongan fakir miskin di Malaysia. Malah dianggarkan pada tahun lepas, GARSB telah membayar zakat sebanyak RM1 juta.



Selain meraikan anak-anak yatim dan menjamu mereka dengan pelbagai hidangan tempatan untuk berbuka puasa, McDonald’s turut mengumumkan mengenai Nasi McD iaitu menu baharu yang diperkenalkan sempena bulan Ramadan.

Anak-anak yatim juga dijamu dengan hidangan Nasi McD yang baharu. LeYa sendiri seronok melihat kegembiraan yang terpancar di wajah anak-anak yatim kerana dapat menikmati menu baharu McDonald's dan pelbagai hidangan tempatan yang disediakan itu.


Usai menunaikan kewajipan solat Maghrib dan ketika di waktu menjamu selera, turut diadakan juga pemberian wang zakat dan duit raya kepada pertubuhan kebajikan dan anak-anak yatim. Lebih 500 orang anak-anak yatim dan asnaf menerima duit raya dari sumbangan kita yang melakukan kewajipan membayar zakat.



Nasi McD telah dilancarkan pada 10 Mei yang lalu dan ditawarkan khususnya pada bulan Ramadhan ini untuk pelanggan-pelanggan McDonald's yang menginginkan hidangan nasi untuk berbuka puasa. Nasi McD ini merupakan hidangan nasi yang dimasak sempurna dan disajikan dengan sambal istimewa serta turut ditambah juga dengan telur rebus, ayam goreng McD atau kedua-duanya sekali sebagai hidangan tambahan.

Dengan setiap pembelian Nasi McD, pelanggan juga boleh menambah menu minuman Teh Ais Limau yang bersaiz medium dengan harga istimewa. Wahhh... Memang menarik kan tawaran dari McDonald's nih. LeYa sendiri sudah merasai kelazatan Nasi McD dengan sambalnya yang istimewa itu.




Pada tahun ini juga McDonald's Malaysia terus komited meneruskan pelbagai aktiviti tahunan lain sempena sambutan bulan Ramadhan. Antaranya adalah termasuklah tajaan moreh di surau-surau dan masjid-masjid di sekitar lokasi restorannya, tajaan moreh di 26 institusi pengajian tinggi dan agihan kurma dan air untuk berbuka puasa kepada orang awam di stesen-stesen LRT yang terpilih.

Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan setempat juga merupakan aktiviti yang sering dijalankan di restoran-restoran McDonald’s di Malaysia. Sejak tahun 2016 sehingga kini, kira-kira 10,000 aktiviti bersama komuniti telah dijalankan oleh restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara. Di samping itu, inisiatif kemasyarakatan jangka panjang – Anugerah Guru Inspirasi telah diperkenalkan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada guru-guru terpilih yang telah melaksanakan tugas mereka lebih dari seorang pengajar dan memberi impak positif kepada pelajar dan komuniti. Manakala, ‘Bulan Komuniti’pula adalah satu inisiatif  di bulan Oktober setiap tahun bersempena dengan Hari Kanak-Kanak Malaysia yang dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang difokuskan kepada kanak-kanak.





Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web di bawah:-

McDonald’s Malaysia

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

Lembaga Zakat Selangor (LZS)

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE)

2 ulasan:

  1. murah hati betul pihak McDonald ya. seronoknya hadir event2 mcm nie ye Leya. Mengingatkan kita supaya bersyukur dengan apa yg kita ada dan miliki. mesti syok kan dpt berbuka lauk McD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... Memang best dan menarik.. Ramai sangat anak-anak yatim waktu tuh.

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com