Rabu, 9 Mei 2018

Buffet Ramadhan 2018: Jom Iftar di Kajang Perdana Avenue

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Yuuhuuu…. Entry makan-makan lagi. Almaklumlah lagi beberapa hari je nak menjelang Ramadhan kan. Jadinya, banyaklah restoran-restoran, hotel-hotel, pihak katering berpusu-pusu mempromosikan Buffet Ramadhan mereka untuk dinikmati semua. Menariknya kali ini, LeYa diberi kesempatan untuk food tasting dari Buffet Azam Pandan yang sememangnya sudah cukup terkenal dalam majlis berbuka puasa. Tapi kali ini tidak pada lokasi lama, tetapi pada lokasi baru iaitu di Kajang Perdana Avenue, Kajang, Selangor.

Lokasi yang cukup strategik dan baik, pasukan F&B kreatif Azam Pandan menawarkan pilihan menu berbuka puasa yang sangat banyak di bulan Ramadhan ini. Lebih 200 jenis hidangan yang korang boleh dapatkan di sini. Jadi, apa tunggu lagi? Jom terjah bersama LeYa apa menu menarik untuk dinikmati.


Buffet Ramadhan di sini berkonsepkan stall yang mana korang boleh dapatkan setiap aneka makanan dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Buffet Ramadhan ini akan bermula dari 17 Mei sehingga 12 Julai 2018 dan akan menampilkan pelbagai hidangan Melayu tradisional dari pelbagai negeri-negeri di Malaysia, hidangan masakan Barat, Cina dan India. Dan, sangat tidak sangka pada kali ini, mereka menampilkan menu baru iaitu masakan Arab. Memang best dan memukau mata untuk memilih!



Sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke perkarangan Kajang Perdana Avenue, dari pintu hadapan sudah diatur menu utama iaitu sajian lauk-pauk yang menusuk kalbu. Hidangan Melayu seperti Tetel Asam Pedas, Telur Itik Masak Lemak Belimbing Buluh, Perut Rebung Masak Lemak, Gulai Kawah, Ikan Patin Masak Stim, Ikan Patin Masak Tempoyak, Pucuk Manis Lemak Keledek dan banyak lagi yang telah disediakan oleh pasukan masakan Chef Hafid, Chef Azim dan Chef Mila yang berpengalaman pasti akan memberikan citarasa korang seperti berada di kampung halaman.













Bukan itu sahaja. Malah ada banyak lagi stesen-stesen yang menghidangkan pelbagai jeni masakan. Tidak kira dari segi menu Barat, India, Cina mahupun Timur. Semuanya korang boleh dapatkan di sini. Sebagai 'pembuka selera', korang boleh memilih pelbagai pilihan ulam-ulaman segar seperti ulam raja, daun selom, pucuk pegaga, petai dan salad serta pencicah yang enak seperti sambal belacan, budu, cencalok, tempoyak dan tidak ketinggalan kerabu, acar, telur asin dan pelbagai jenis ikan kering yang pasti membuatkan korang bertambah-bertambah ketika menikmati hidangan.




Selain itu, hidangan popular lain yang korang boleh dapatkan di sini ialah Whole Roast Lamb, Arab Cuisine Nasi Mandy and Lamb, Grilled Crab, Satay, Ayam Golek Madu, Ikan Bakar with Air Assam, Hainanese Chicken Rice, Cucur Udang, Apom, Apam Balik dan lain-lain lagi. Oh Ye! Jangan dilupa Penang Char Kuey Teow walaupun anda bukan berada di Penang!












Part yang paling LeYa suka tengok adalah menu desserts. Bila tiba je kawasan ni, mata memang terpukau dengan warna-warni pencuci mulut yang meriah dan WoW! Sangat cantik. Antara pencuci mulut yang ada di sini adalah dari Barat dan tempatan seperti Cake Cheese American, Tiramisu, Red Velvet, Cream Caramel, Mango Pudding, Chocolate Brownies, Ice Kacang, Rojak Buah dan Serawa Durian with Pulut.





Kemudian, hilangkan rasa dahaga korang setelah seharian berpuasa dengan lebih dari 10 jenis minuman dan dapatkan juga Teh Tarik yang segar dari gerai yang disediakan.



LeYa pasti korang semua tertanya-tanya berapa harga Buffet Ramadhan di sini kan. Jadi, bolehlah korang rujuk harga di bawah:

Dewasa: RM55.00 nett per person
Kanak-Kanak: RM27.50 nett per person

Sekiranya pengunjung membuat tempahan awal, pengunjung berpeluang mendapatkan 2 orang masuk secara percuma untuk setiap pembelian 10 tetamu yang bayar melalui talian telefon 03 - 7840
0516 / 03 - 7843 0617 atau log on dari laman web, www.azampandan.net.


Menarik kan?? Semua hidangan di atas memang menyelerakan dan sedap-sedap. Jadi, korang janganlah risau sekiranya tiada lokasi menarik berbuka puasa beramai-ramai. Jom datang dan berbuka puasa di Kajang Perdana Avenue!

4 ulasan:

  1. Setiap hari lalu Kajang Avenue, tapi tak tahu pulak ada sediakan buffet Ramadhan. Ingatkan hanya dewan untuk majlis2 keraian dan perkahwinan je .Selesai sudah masaalah kat mana nk berbuka puasa dengan kawan2 hujung minggu ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah!! Memang ade Buffet Ramadhan di situ. Jom! Cepat bawa kawan-kawan menikmati juadah berbuka puasa di sana.

      Padam
  2. hari ni saya dah book nak berbuka disana:) first time nak cuba...ramadhan 2018 jom jom :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom... Sila-sila kan menikmati Iftar petang ni bersama keluarga mahupun rakan-rakan.. Hehe..

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com