Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Foto Instagram @amiraothman |
Penyanyi, Amira Othman tidak pernah menganggap penglibatan dua adik lelakinya iaitu Irfan Haris dan Haikal Iskandar dalam bidang seni sebagai pesaing untuk dirinya.
Sebaliknya, Amira, 25 berpendapat bahawa kehadiran mereka dalam industry seni ini sebenarnya memberi banyak kelebihan kepada dia kerana mereka berbakat besar dalam bidang gubahan lagu.
“Keluarga saya semuanya sukakan muzik, namun hanya kami bertiga setakat ini yang benar-benar serius sebagai penyanyi”.
“Saya tidak lihat mereka sebagai saingan sebaliknya ia kelebihan kerana kami boleh buat pelbagai perkara sama”.
Amira juga berkata impian untuk menyanyikan lagu ciptaan adik lelakinya bakal terlaksana tidak lama lagi apabila Irfan sedang dalam proses gubahan single solo dan duet mereka.
Haikal yang juga sepatutnya terlibat dalam projek itu namun jejaka berusia 21 tahun itu sedang melanjutkan pelajaran di luar negara.
Irfan bertindak sebagai composer dan mereka memilih untuk tampil dengan lagu balada yang kebetulan adalah kegemaran mereka berdua.
Dalam perkembangan lain, Amira menyatakan yang bulan Ramadhan ini dia lebih memberikan tumpuan kepada perniagaan baju koleksi muslimah dan menyertai festival jualan hari raya.
Sumber: MStar Online
definisi good genetic adalh emreka. hensem2 dan cantik. berbakat pulak tu. jeles nyaaaaa !
BalasPadamKan... Dah hensem... Berbakat pulak.. Memang pakej idaman wanita.. Hehe..
PadamIrfan tu kak ana pernah dengar lagu dia. Yang khairul tu je belum pernah dengar lagi.
BalasPadamYup... Tapi Kak Ana mcm typo tuh.. Adik die lagi sorang bukan Khairul.. Tapi Haikal Iskandar..
Padam