Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Pasti ramai dalam kalangan kita sudah mula membuat persiapan Aidilfitri 2018 kan. Dan, tidak kurang juga yang masih buntu dan tidak tahu ke mana harus dituju untuk membeli-belah persiapan raya. Jangan risau! Gedung pakaian yang cukup terkenal, Jakel mengadakan promosi Jakel Barulah Raya di setiap cawangan-cawangan terpilih.
Baru-baru ini, LeYa berpeluang menghadiri promosi Jakel Barulah Raya di destinasi kedua untuk tahun ini iaitu di Wisma Jakel Shah Alam. Jakel Trading Sdn Bhd menampilkan sekali lagi selebriti duta raya JAKEL kepada pengunjung di Shah Alam dengan mempromosikan koleksi pakaian raya. Majlis yang berkonsepkan sembang santai ini menampilkan Duta Raya pada tahun ini iaitu Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al Yahya & Lara Alana (Schawalara) serta Hanis Zalikha, Hairul Azreen & Yusuf Iskandar dan tidak dilupakan juga Harith Iskandar dan pastinya Upin dan Ipin.
Berkonsepkan sebagai "One Stop Centre", JAKEL ingin memudahkan kesemua pelanggannya dalam mendapatkan pakaian raya berjenama pelbagai selebriti di bawah satu bumbung. Ini merupakan salah satu konsep berbelanja di Jakel yang ingin para pelanggan merasai sense of belonging ketika berbelanja bersama Jakel.
Jakel Barulah Raya!!!
Selain bertemu pelanggan Jakel, majlis ini dimeriahkan lagi dengan sesi lelongan jualan "Happy Hour" untuk koleksi pakaian raya di mana setiap Duta Raya Jakel mempromosi dan menjual koleksi pakaian mereka dengan harga runtuh. Jakel Shah Alam turut menghangatkan lagi kempen jualan hari raya dengan memberikan 100 baju melayu percuma kepada pelanggan terawal. Di samping itu, pelanggan juga berpeluang menerima kain ela bercorak secara percuma dengan pembelian baju Melayu.
Jakel juga menampilkan sesuatu yang unik dan memberikan kelainan pada setiap tahun agar para pelanggan dapat merasai kemeriahan menyambut hari lebaran. Jadi, seperti yang kita tahu, kain samping memang sinonim dengan baju Melayu kerana ia tampil melengkapkan gaya si arjuna. Oleh itu, Jakel mengambil perhatian dengan menampilkan Kain Samping Benang pada tahun ini untuk menyerlahkan lagi ketampanan si pemakai di musim perayaan ini.
Sebagai trendsetter jualan fabrik, Jakel tidak terkecuali untuk menghasilkan sesuatu yang lebih kreatif bagi memenuhi citarasa pelanggan. Kain Samping Benang lebih berkonsepkan santai dan mudah untuk digayakan di samping mengekalkan ciri eksklusif yang hanya boleh didapati di Jakel sahaja. Pemilihan kain samping ini bertujuan untuk para pelanggan dapat menggayakan kain samping itu tidak hanya pada pagi raya malah boleh digayakan untuk semua majlis pada bila-bila masa.
Koleksi Selebriti Raya Jakel
Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz direka khas dan khusus memberikan kekemasan pada leher, poket dan keselesaan. Keistimewaan koleksi Aaron Aziz yang sememangnya berbeza dari segi fabrik dan warna tampil khas dengan rekaan terbaru di tahun 2018 ini dengan pelbagai jenis fabrik dan warna. Antara warna-warna yang boleh didapati adalah warna hijau burung merak ataupun dikenali dengan warna teal green. Manakala Baju Melayu Nabil Ahmad berkonsepkan moden kontemporari yang juga menekankan kekemasan pada leher dan poket termasuk potongan slim-fit yang digemari ramai. Warna yang bakal mendapat perhatian tahun ini ialah warna Iatau dikenali warna merah hati.
Selain itu, bagi tahun ketiga berturut-turut Baju Melayu Awal Ashaari mengekalkan penjualan dalam pasaran untuk memeriahkan kempen jualan raya pada tahun ini. Berpotongan moden kontemporari dan mempunyai label AA pada bahagian poket hadapan baju memberikan sisi segak pada penampilan. Untuk tahun ini, koleksi Awal Ashaari lebih memfokuskan kepada warna dan kualiti kain bagi membantu jejaka-jejaka beraya dengan penuh keyakinan dan selesa. Warna untuk koleksi Awal Ashaari dijangka mendapat sambutan adalah berwarna navy blue.
Jakel turut tidak mengetepikan baju Melayu "plus size" untuk mereka bersaiz comel di bawah label Baju Melayu Harith Iskandar. Koleksi ini membantu mereka yang berbadan comel untuk memiliki koleksi baju Melayu dan turut boleh bergaya di hari lebaran, Warna yang menjadi hangat pada tahun ini ialah yellow buttercup.
Jakel juga turut mengekalkan koleksi kurta di bawah jenama Hairul Azreen. Jakel memang sentiasa memenuhi citarasa pelanggan di samping mengikut trend semasa. Koleksi kurta ini menggunakan fabrik cotton berkualiti dan sangat selesas dipakai serta mempunyai kekemasan pada potongan leher dan di belakang bahu.Kurta ini turut dilengkapi dengan detailing poket dan butang pada sisi lengan.
Tahun ini juga, Jakel turut mengekalkan koleksi baju kurung di bawah label Ayda Jebat. Berkonsepkan kurung moden, ia bersesuaian dengan citarasa terkini wanita terutamanya pada gadis dan wanita berkerjaya yang menginginkan penampilan ceria dan segar di musim lebaran.
Koleksi Scha Al-Yahya juga adalah di antara koleksi pilihan mampu milik untuk semua lapisan masyarakat. Baju kurung Scha Al-Yahya diperkemaskan dengan beberapa jenis detailing seperti jahitan manik, perincian beaded dan lace dari segi potongannya. Manakala, koleksi Hanis Zalikha pula menampilkan kepuasan yang maksima kepada peminat Hanis untuk beraya bersama koleksi ini kerana Jakel mengekalkan konsep elegan, versatile dan classy menjadikan ia gabungan memiliki keistimewaan tersendiri.
Pakaian kanak-kanak juga tidak dilupakan. Koleksi Upin Ipin masih dikekalkan dan diolah kepada rekaan baru bersesuaian dengan masa kini. Setiap pembelian baju Melayu Upin Ipin turut diberi percuma kain samping dan butang baju Melayu.
Jakel juga memberikan keistimewaan kepada si kecil untuk bergaya di Aidilfitri dengan menampilkan koleksi comel dari Lara Alana dan Yusuf Iskandar.
Untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai kempen Jakel Barulah Raya, boleh ikuti info terkini Jakel di media sosial seperti:-
Instagram
Facebook