Isnin, 30 April 2018

Keenakan Nasi Daun Pisang di BananaBro Berjaya Times Square

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Okay guys! LeYa nak bawa pula korang nikmati Nasi Daun Pisang yang rare dan sedap. Korang mesti dah terbayangkan aneka juadah Nasi Daun Pisang yang disaji bersama nasi lemak panas berserta lauk pauk yang enak-enak. Jadi, tanpa membuang masa jom ikut LeYa menikmati hidangan Nasi Daun Pisang tersedap di Kuala Lumpur ini.


Sarapan Pagi Bersama Nasi Lemak Daun Pisang di BananaBro Berjaya Times Square

Masa tengah jalan-jalan bersama Mr. Otomen Taro dan rakan-rakan di Berjaya Times Square hari tuh, kami terpandang sebuah restoran yang menghidangkan Nasi Daun Pisang di BananaBro Berjaya Times Square. So, apa lagi? Dengan tenaga yang semakin berkurangan dek kelaparan ini, kami menuju ke restoran tersebut dan mencari-cari tempat yang sesuai untuk kami nikmati hidangan sedap di situ.

Kalau korang nak tahu Nasi Lemak kat sini memang superb terbaik weyyhhh... Bukan sahaja dihidangkan di atas daun pisang, malah ada acar sebagai penambah rasa sedap ketika korang nikmati hidangan sarapan pagi di sini. Memang satu kelainan lah kan untuk korang cuba. Rasa sambal dia tuh pun ada sedikit kelainan dari yang lain. Memang ummpphhh gitu... Satu kombinasi yang baik antara sambal dan acar yang disertakan.

Nasi Daun Pisang

Bila dah sarapan pagi Nasi Lemak tuh, pastinya pula korang dihidangkan dengan Teh Tarik yang memang menggiurkan. Mereka kat sini menamakan minuman ni sebagai Teh Tarik Lawa. Memang sekali tengok meleleh air liur nak mencubanya. Hehehe...

Teh Tarik Lawa ni rasanya sedang-sedang elok la... Tak manis sangat dan sesuai lah untuk pencinta Teh Tarik di pagi-pagi hari.

Teh Tarik Lawa

Nasi Daun Pisang

Bila dah makan Nasi Lemak, tak cukup rasanya tanpa tambahan makanan lain kan. Orang kata apa tuh, "Side Dish". Ha! Macam tu lah bunyinya kan. Ni LeYa perkenalkan lah tambahan makanan yang sedap tuh kan. Antara yang menjadi favourite ramai adalah Chicken 65, Mutton of the Day, Chicken of the Day, Fried Squid dan Nasi Lemak Ayam with Acar. Kalau dicicah dengan pencicah Yoghurt yang disediakan juga sedap rasanya. Memang tak akan bagi orang sebelah punya. Habis makan sorang-sorang je. Hehehe... Kanak-kanak pun pasti suka kalau nampak Ayam Goreng kan. Memang superb dan recommend sangat!

Pelbagai Aneka Pilihan Di BananaBro Berjaya Times Square

Selain itu, korang juga akan dihidangkan dengan 4 pilihan kari yang memang terbaik dari ladang. Antaranya adalah Chicken Curry, Fish Curry, Mung Bean Curry dan Dhal. Pertama kali LeYa rasa untuk pilihan Mung Bean Curry tu. Rasanya pun not bad jugak lah. Sedap! Boleh dicuba untuk kali kedua nanti. Tapi macam biasa lah, pilihan terbaik LeYa memang lah Chicken Curry. Sebab dah azali memang peminat Kari Ayam. Hehehe...

Dah penuh dengan pelbagai jenis kari dan lemak-lemak dalam badan, kita cuba pula minuman Yoghurt sebagai pencuci mulut dan juga sebagai menghilangkan rasa mual di tekak. Ada 4 pilihan Yoghurt, antaranya Mangga, Strawberry, Sour Sop dan Asli. Untuk kali ini, LeYa memilih perisa Mangga. Rasanya sangat sedap dan LeYa recommend korang untuk cuba perisa Mangga ni.

Yoghurt Mangga




Secara jujurnya, LeYa memang berpuas hati dan kesemua hidangan yang disediakan sangat sedap dan berbaloi dengan harga. Kalau korang ke Berjaya Times Square, jangan lupa singgah dan jadikan BananaBro sebagai satu lokasi santai bersama keluarga mahupun rakan-rakan. 




Jadi, jom lah ajak kawan-kawan datang makan di sini. Singgah sarapan pagi di waktu hujung minggu dan rasai keenakan Nasi Daun Pisang.

Lokasi

BananaBro
Berjaya Times Square, LG-59B, Jalan Imbi, Imbi, 
55100 Kuala Lumpur

Outlet Opening Hours : 8.30am-10pm
(served 8.30am-11am & 3pm-6pm)
Contact Number : +60327324605

Banana Leaf served : 11am - 9.30pm

Facebook:
https://www.instagram.com/bananabromy/



26 ulasan:

  1. Best betul tengok daun pisang yg di tekap dgn logo restoran nie. Sangt unik ! Nasi daun pisan dan rakyat malaysia berpisah tiada. Nanti nk pergi lah sini bawak family

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul3x.. Rasa kombinasi sambal dgn acar die taw.. Memang sedap..

      Padam
  2. Fuhh rindu nk makan nasi daun pisang..lg best kalau yg serve to pakai dhotti keke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehe... okay nanti LeYa suruh waiter tuh pakai dhotti khas untuk Kak Fuzy ye..

      Padam
  3. keenakkan menu makanan di restoren bananabro memang tidak disangkal lagi. bonda sangat-sangat teruja hingga lupa bonda sedang menikmati masakan mamak daun pisang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masakan di Bananabro tiada tandingannya. Ia memang memberikan satu kelainan kepada LeYa untuk menghabiskan makanannya walau perut sudah kekenyangan. Hehe..

      Padam
  4. Dah lama teringin nak makan nasi atas daun pisang ji tapi tak sure mana kedai yang sedap.lepasni nak ajak husband makan sini la teringin betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yahooo... Terbaik tu syira. Dah boleh ajak Incik Suami makan di sini taw nanti. Makanan dia memang sedap dan berbaloi. Jom ke Bananabro Berjaya Times Square

      Padam
  5. Wow babana leave ni memang menyelerakan banyak lauk pauk dan kuah dalam satu hidangan hehehehe semua makanan India bestnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu MahaMahu. Maha mesti mencubanya suatu hari nanti ye.. Dapatkan peluang menikmati hidangan Nasi Daun Pisang di Bananabro taw.. hehehe..

      Padam
  6. Wahhh lama tak nampak nasi lemak alas daun pisang. Confirm-cinfirm sedap ni leya. Aish pepagi tengok ni jadi lapar teruk perut ni haa. Lauk bukan main banyak pula tu. Boleh cuba nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaha... Cepat.. Bawa suami dan syahmi gi makan hujung minggu ni di sana.

      Padam
  7. wah menarik yer. dalam times square pun boleh makan nasi beralas daun pisang. Sedap la semua menu di Banana Bro ni. Teringin nak bawa satu famiy try nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul tuh.. Memang unik dan hidangan makanan pun dia sedap.

      Padam
  8. makan dekat daun pisang memang best. dulu makn nasi lemak je dekat daun pisang ni, ni siap lauk semua bagai..sedap pulak lauk dia tengok..boleh cuba nanti ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul tu Nadia... Memang terbaik sangat. Nanti kalau ke TS, jangan lupa untuk singgah dan makan di Bananabro ni taw

      Padam
  9. Nampak sedapnya~ I pun suka makan nasi lemak dgn daun pisang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap dan berbaloi dengan harga yang disediakan

      Padam
  10. Wah nampak sedap. Belum pwrnah singgah lagi...nanti ada kesana in sha Allah nak cuba juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah.. Ade rezeki Nila nanti. Semoga dipermudahkan untuk menikmati hidangan Nasi Daun Pisang ni..

      Padam
  11. Love banana leaf rice! Heard a lot about this Bananabro restaurant. Hope to visit soon as I am regularly at Berjaya Times Square.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Of course! Just going and taste it!! I love this foods too.. Hehehe..

      Padam
  12. Eating using banana leaves reminds me a lot of good childhood memories. Ita amazing and new generation should ezperience it too.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yezza... remind memory and happy joyful with friends and family

      Padam
  13. Wow!! I've tried eating using banana tree before and that is such a great experience for me.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Really??? That's best and bestest eating using banana leaves, dear.

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com