Ahad, 29 April 2018

Eksklusif Jus Manno & Jus Manno Junior Dari Aiman Tino

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada awal April 2018 lalu, Aiman Tino membuat kejutan kepada semua dengan penubuhan syarikatnya, Manno Resources Sdn Bhd yang mana telah ditubuhkan pada 19 Disember 2017. Tanggungjawab baharu yang dipikul Aiman kini sangat besar dengan adanya syarikat sendiri dan juga pekerja yang hampir 50 orang. Walaupun di usia muda, Aiman tidak merasakan ia satu bebanan dan halangan kerana beliau ada Ibu dan Ayahnya serta keluarga yang sering menjadi tulang belakang dirinya selama ini.


Eksklusif Jus Manno & Jus Manno Junior Dari Aiman Tino

Aiman yang kini menerajui sendiri syarikat miliknya  mendapat nama "Manno" hasil dari nama panggilan untuk Aiman oleh adiknya, Ikhwan yang ketika umurnya berusia 3 tahun dari singkatan namanya, Aiman Tino. Jadi, dengan perbincangan bersama Ibu dan Ayahnya, maka mereka menggunapakai nama Manno sebagai nama syarikat yang ditubuhkan itu.

Aiman juga telah melancarkan produk jus minuman kesihatan, Jus Manno dan Jus Manno Junior di majlis pelancarannya di Quill City Mall, Kuala Lumpur pada 08 April 2018. Jus minuman yang berasaskan sumber botanikal semulajadi dengan tema "Teman Sihat Anda" menjadi produk pertama Aiman Tino yang sudahpun berada di pasaran sekitar kawasan Lembah Klang pada awal Februari 2018, di Putrajaya pada 23 Mac dan kini sudahpun berada di Sarawak pada 1 April yang lalu.



Manno juga tidak akan terhenti di sini kerana Manno Resources akan mengorak langkah bersama kakaknya, Fara Hezel yang sekaran ini sudahpun merangka produk baru dan insyaAllah akan dilancarkannya pada Ramadhan ini. Aiman memang berharap peluang-peluang perniagaan serta pilihan produk yang berkualiti dapat diwujudkan melalui produk yang akan dikeluarkan oleh Manno.


Aiman Tino juga ketika ditemui sebenarnya beliau sudah pun mempunyai asas berniaga sejak dari sekolah lagi. Ketika Aiman berusia 16 tahun, Aiman telah membantu ayahnya menguruskan kedai makan dan juga telah mengendalikan perniagaan Char Kuew Teow di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Tidak pernah terlintas di hati ketika itu untuk menjadi seorang penyanyi.

Aiman sering berkata dalam hati "Peduli apa orang nak kata kat kita, nak kecam atau sebagainya, apa yang penting kita teruskan berusaha untuk mencapai impian dan cita-cita kerana kita sahaja yang tahu apa yang ingin kita capai untuk bantu keluarga dan masyarakat".

Setelah Aiman bergelar artis dan mempunyai jadual yang padat, barulah perniagaan Char Kuew Teownya dikembalikan semula kepada ayahnya. Aiman memang seorang anak yang baik dan berjiwa kental.





Dengan inspirasi cerita suka dan duka pengasas-pengasas produk kecantikan dan kesihatan, Aiman bercita-cita dan meletakkan impian serta keyakinan untuk bergandingan belajar bersama pemilik-pemilik besar perniagaan bagi meletakkan dan menjadikan Malaysia sebagai Hub produk kesihatan dan kecantikan yang bermutu tinggi di rantau ini.

Manno yang mempunyai logo seperti sebiji buah, mempunyai bulatan berwarna merah dan dua kelopak daun menunjukkan bulatnya tekad dan semangat Aiman yang membara dalam memajukan Manno sebagai sebuah perniagaan berasaskan kecantikan, kesihatan dan fesyen berteraskan konsep gabungan reka bentuk moden dan tradisional. Dua kelopak daun itu pula adalah matlamat perniagaan iaitu ingin membantu dan memberi peluang perniagaan serta pekerjaan kepada belia Bandar mahupun luar Bandar dalam menceburi perniagaan bersama Manno Resources dengan meyakini produk dan seterusnya melahirkan rasa kasih sayang untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik melalui program yang Aiman wujudkan iaitu "Program Jalinan Kasih", di mana setiap hasil jualan Jus Manno dan Jus Manno Junior, RM1 akan disumbangkan kepada badan-badan amal dan kebajikan.



Aiman Tino juga berhasrat untuk menambah ilmu dalam perniagaan dan pengendalian syarikat dengan memasuki kelas pengurusan yang disediakan nanti. Semoga apa yang diusahakan Aiman beroleh kejayaan yang cemerlang dan gemilang.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari seperti yang tertera di bawah:-

Facebook Manno Resources|

Facebook Jus Manno dan Jus Manno Junior |

4 ulasan:

  1. Semoga bertambah maju jaya Aiman, bagus masih muda sudah menjadi usahawan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul3x. Kita pun kenaikut contoh kuat semangat Aiman ni sebagai tauladan utk kita turut berjaya

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com