Jumaat, 6 April 2018

Berbuka Puasa Dengan Pelbagai Aneka Buffet dalam Magical Ramadhan Nights di Pullman Putrajaya Lakeside

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Aha! Korang mesti tak sabar menunggu kedatangan bulan Ramadhan kan? Mana taknya, bulan yang penuh keberkatan ini ditambah pula berpusu-pusu lah pihak-pihak hotel, restoran, bazar-bazar Ramadhan menyediakan juadah berbuka puasa yang enak-enak. Pasti ramai di kalangan korang sudah pun terbayang dan merancang lokasi berbuka puasa bersama rakan-rakan dan juga keluarga. Jadi, jom LeYa bawa korang satu lokasi wajib singgah untuk menjamu selera di bulan Ramadhan dengan meraikan Magical Ramadhan Nights di Pullman Putrajaya Lakeside.


Berbuka Puasa Dalam Suasana Magical Ramadhan Nights di Pullman Putrajaya Lakeside

Pada 27 Mac 2018 lalu, LeYa dan Otomen berpeluang menghadiri sesi media untuk menu berbuka puasa di Magical Ramadhan Nights Pullman Putrajaya Lakeside. 

Pullman Putrajaya Lakeside merupakan sebuah hotel bertaraf 5 bintang yang terkemuka yang juga telah muncul dalam pratonton Magical Ramadhan Nights di mana pihak pengurusan telah mengemudi satu acara di bulan Ramadhan ini dengan menyediakan pelbagai jenis makanan tradisional Malaysia dan masakan antarabangsa buat para tetamu yang hadir untuk menikmati sajian buffet sepanjang Ramadhan 2018 yang akan bermula pada hari Selasa, 15 Mei sehingga diteruskan selama 31 hari pada Khamis, 14 Jun.


Magical Ramadhan Nights di Pullman Putrajaya Lakeside yang sungguh ikonik juga akan dipenuhi dengan persembahan tanpa henti, muzik Arab, tempatan dan saksofon serta persembahan yang keluar dari hiburan kanak-kanak, pejalan kaki, badut, pembawa api, papan hover LED dan juga cahaya yang memaparkan laser untuk mencerminkan suasana perayaan.

Tema Pullman Putrajaya Lakeside's Magical Ramadhan Nights untuk 2018 adalah "Raikan sajian Ramadhan dengan kami!" dan nikmatilah aroma daging panggang yang baru diasinkan, rasakan manis kami yang segar, rasa manis tanpa meminum air manis, dengar panggilan secara langsung Azan, menyaksikan hiburan-hiburan sensasi seperti melihat pejalan kaki yang menakjubkan di bilik pencuci mulut dan disentuh oleh perkhidmatan lima bintang kami yang mesra dan profesional.

Pengurus Besar Pullman Putrajaya Lakeside dan Pengurus Besar Kawasan Malaysia, Roberts Ejubs berkata, "Ia benar-benar memberikan satu pengalaman menarik kepada katering dan rakan-rakan Islam kami serta tetamu mereka untuk berbuka puasa setelah matahari terbenam di lokasi tasik yang menakjubkan ini."


Untuk menu buffet yang korang boleh dapatkan di sini disediakan lebih daripada 300 hidangan dan di antaranya adalah MENU TRADISIONAL dan MENU ANTARABANGSA yang pastinya enak  buat para tetamu yang hadir sepanjang bulan Ramadhan. Menurut pengurus lagi, MENU ISTIMEWA yang akan disajikan sepanjang Ramadhan adalah korang semua boleh nikmati seberapa banyak raja buah iaitu durian di suatu sudut khas mereka.

Selain itu, pihak hotel turut menyediakan ruang solat yang selesa untuk pengunjung menunaikan solat.

Menu Pelbagai Buffet di Magical Ramadhan Nights Pullman Putrajaya Lakeside

Menu-menu sajian yang disediakan berkonsepkan seperti bazar makanan. Kunjung mengunjung dari satu gerai ke gerai yang lain, pasti membuatkan korang teruja untuk merasai semua jenis makanan yang ada.







Nikmati sajian berbuka puasa bersama keluarga atau rakan-rakan bagi mengeratkan lagi perhubungan dan keakraban antara satu sama lain di Magical Ramadhan Nights Pullman Putrajaya Lakeside. 

BUFFET 
MAGICAL RAMADHAN NIGHTS
PULLMAN PUTRAJAYA LAKESIDE
6.30 petang - 9.30 malam

Harga :

Dewasa : RM188/nett
Kanak-kanak : RM110/nett

Harga Promosi sehingga 30 April 2018

Dewasa : RM150/nett
Kanak-kanak : RM100/nett

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian yang tertera di bawah:

Telefon : 03 - 8890 0000
WhatsApp : 016 - 8900 142 

6 ulasan:

  1. Sedapnya makanan tu mcm menggamit2 suruh ke sana sanan Ramadan nanti..😋

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... Jom kak.. Singgah jangan tak singgah ye

      Padam
  2. Banyaknya juada dekat Pullman ni. Siap ada menu tempatan dan antarabangsa lagi. Meriah sgt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang meriah... Kemeriahan dia sampai terfikir, Eh ni Ramadhan ke sambut tahun baru..hehehe

      Padam
  3. Banyaknya menu Leya. Terus peut jadi lapar.kejap lg nak makan lah

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com