Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Okay guys! LeYa nak bawa pula korang nikmati Nasi Daun Pisang yang rare dan sedap. Korang mesti dah terbayangkan aneka juadah Nasi Daun Pisang yang disaji bersama nasi lemak panas berserta lauk pauk yang enak-enak. Jadi, tanpa membuang masa jom ikut LeYa menikmati hidangan Nasi Daun Pisang tersedap di Kuala Lumpur ini.
Sarapan Pagi Bersama Nasi Lemak Daun Pisang di BananaBro Berjaya Times Square
Masa tengah jalan-jalan bersama Mr. Otomen Taro dan rakan-rakan di Berjaya Times Square hari tuh, kami terpandang sebuah restoran yang menghidangkan Nasi Daun Pisang di BananaBro Berjaya Times Square. So, apa lagi? Dengan tenaga yang semakin berkurangan dek kelaparan ini, kami menuju ke restoran tersebut dan mencari-cari tempat yang sesuai untuk kami nikmati hidangan sedap di situ.
Kalau korang nak tahu Nasi Lemak kat sini memang superb terbaik weyyhhh... Bukan sahaja dihidangkan di atas daun pisang, malah ada acar sebagai penambah rasa sedap ketika korang nikmati hidangan sarapan pagi di sini. Memang satu kelainan lah kan untuk korang cuba. Rasa sambal dia tuh pun ada sedikit kelainan dari yang lain. Memang ummpphhh gitu... Satu kombinasi yang baik antara sambal dan acar yang disertakan.
Nasi Daun Pisang
Bila dah sarapan pagi Nasi Lemak tuh, pastinya pula korang dihidangkan dengan Teh Tarik yang memang menggiurkan. Mereka kat sini menamakan minuman ni sebagai Teh Tarik Lawa. Memang sekali tengok meleleh air liur nak mencubanya. Hehehe...
Teh Tarik Lawa ni rasanya sedang-sedang elok la... Tak manis sangat dan sesuai lah untuk pencinta Teh Tarik di pagi-pagi hari.
Teh Tarik Lawa
Nasi Daun Pisang
Bila dah makan Nasi Lemak, tak cukup rasanya tanpa tambahan makanan lain kan. Orang kata apa tuh, "Side Dish". Ha! Macam tu lah bunyinya kan. Ni LeYa perkenalkan lah tambahan makanan yang sedap tuh kan. Antara yang menjadi favourite ramai adalah Chicken 65, Mutton of the Day, Chicken of the Day, Fried Squid dan Nasi Lemak Ayam with Acar. Kalau dicicah dengan pencicah Yoghurt yang disediakan juga sedap rasanya. Memang tak akan bagi orang sebelah punya. Habis makan sorang-sorang je. Hehehe... Kanak-kanak pun pasti suka kalau nampak Ayam Goreng kan. Memang superb dan recommend sangat!
Pelbagai Aneka Pilihan Di BananaBro Berjaya Times Square
Selain itu, korang juga akan dihidangkan dengan 4 pilihan kari yang memang terbaik dari ladang. Antaranya adalah Chicken Curry, Fish Curry, Mung Bean Curry dan Dhal. Pertama kali LeYa rasa untuk pilihan Mung Bean Curry tu. Rasanya pun not bad jugak lah. Sedap! Boleh dicuba untuk kali kedua nanti. Tapi macam biasa lah, pilihan terbaik LeYa memang lah Chicken Curry. Sebab dah azali memang peminat Kari Ayam. Hehehe...
Dah penuh dengan pelbagai jenis kari dan lemak-lemak dalam badan, kita cuba pula minuman Yoghurt sebagai pencuci mulut dan juga sebagai menghilangkan rasa mual di tekak. Ada 4 pilihan Yoghurt, antaranya Mangga, Strawberry, Sour Sop dan Asli. Untuk kali ini, LeYa memilih perisa Mangga. Rasanya sangat sedap dan LeYa recommend korang untuk cuba perisa Mangga ni.
Yoghurt Mangga
Secara jujurnya, LeYa memang berpuas hati dan kesemua hidangan yang disediakan sangat sedap dan berbaloi dengan harga. Kalau korang ke Berjaya Times Square, jangan lupa singgah dan jadikan BananaBro sebagai satu lokasi santai bersama keluarga mahupun rakan-rakan.
Jadi, jom lah ajak kawan-kawan datang makan di sini. Singgah sarapan pagi di waktu hujung minggu dan rasai keenakan Nasi Daun Pisang.
Lokasi
BananaBro
Berjaya Times Square, LG-59B, Jalan Imbi, Imbi,
55100 Kuala Lumpur
(served 8.30am-11am & 3pm-6pm)
Contact Number : +60327324605
Google Map : https://goo.gl/maps/APQcrEtDGTA2
Outlet Opening Hours : 8.30am-10pm(served 8.30am-11am & 3pm-6pm)
Contact Number : +60327324605
Banana Leaf served : 11am - 9.30pm
Facebook:
https://www.instagram.com/bananabromy/