Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Baru-baru ini LeYa berkesempatan merasai hidangan dua menu burger baharu di sebuah lokasi dalam satu sesi makan secara eksklusif di restoran yang cukup mewah.
Bila mendapat tahu lokasi restoran tersebut, LeYa excited nak mencubanya. Maklumlah siapa tidak kenal dengan Suka Suckre Bistro milik Dato’ Fazley Yaakob kan. Ramai kata makanan di sini memang sedap-sedap belaka. Pertama kali menjejakkan kaki ke sini, betul-betul kagum dengan dekorasinya yang cukup mewah dan ekslusif.
Sesampai sahaja di situ, LeYa diikuti Otomen Taro mendaftarkan diri dan mencari tempat duduk yang disediakan. Acara itu dimulakan dengan kata-kata aluan dari Emcee yang telah menerangkan serba sedikit mengenai “Project Everin” selepas kami semua selesai menikmati hidangan menu-menu tersebut.
Di atas meja disediakan senarai menu-menu yang bakal LeYa dan semua rakan-rakan rasa. Best kan! Nampak ekslusif sangat. For the first, LeYa diberikan dengan menu Appetizer. Lazat sehingga menjilat jari. LeYa laju je menghabiskan makanan itu.
Tengok betapa bergayanya Abang Hensem ni membawakan hidangan Appetizer untuk LeYa nikmati. Dalam menu appetizer ni ada tiga jenis menu iaitu:-
Tres Fesh
Fresh mix of corn, tomatoes and shredded lettuce drizzled with chargrilled sauce.
Fiery Chicken Tortilla
Savoury chicken slice with scrambled egg and a dash of jalapeno relish sauce, wrapped
in a whole wheat tortilla.
Flip N' Turn
Shredded chicken meat with tomatoes and mayonnaise, atop two fluffy pancakes
LeYa sangat suka kepada menu yang Fiery Chicken Tortilla tuh sebab ia ada rasa pedas. Mana tak nya. LeYa kan memang peminat makanan pedas.
Dan tiba masanya untuk LeYa menikmati Main Course mereka iaitu Burger Smoky Grilled Beef dan Burger Hot N' Crispy Chicken.
Burger Smoky Grilled Beef menawarkan rasa yang sungguh mengagumkan dengan kepingan daging lembu digrill sempurna, diapit keju Cheddar, sos Chipotle, bawang gril, salad segar dan ban biji bakar. Turut disediakan buat korang semua untuk tidak melepaskan peluang menikmati Burger Hot N' Crispy Chicken yang menampilkan paha ayam yang rangup diapit ban jagung dengan sos Jalapeno yang pasti membuka selera, keju Cheddar, salad dan tomato segar.
Kemudian, LeYa dihidangkan pula dengan minuman yang LeYa boleh fikirkan kesemua deria rasa ada di dalamnya. Ada rasa masam, manis dan sedikit pahit ala-ala minum air ubat. Tapi rasanya memang not bad sebab ia lain dari yang lain. Minuman yang dihidangkan ini diberi nama A refreshing blend of iced lemon tea with orange juice dan juga mineral water sebagai minuman pembersih dari segala manis-manis di dalam badan.
Sebagai pencuci mulut petang itu, LeYa dihidangkan dengan Creamy Chocolate Cake dan Red Velvet Cake berserta Hot Latte yang telah dipilih sebagai minuman senggang petang itu. Rasa kek yang enak dan tidak berapa manis pasti menambat selera sesiapa sahaja yang mencubanya.
Kini tiba masanya untuk Emcee memperkenalkan dari mana dua burger terbaharu ini boleh didapati. Dengan nama kod, "Project Everin", McDonald's telah menyamari sebagai sebuah 'restoran antarabangsa barat' yang bakal dibuka di Malaysia. Semua tetamu yang hadir terkejut dan sama sekali tidak mengetahuinya.
McDonald’s Malaysia dengan ini memperkenalkan Burger Smoky Grilled Beef dan Burger Hot N’ Crispy Chicken yang telah bermula penjualannya pada 26 Mac 2018.
Ketika memberi ucapan di pelancaran itu, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonlad's Malaysia, Pn. Melati Abdul Hai berkata, "Di McDonalds's, kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki atau memperkenalkan menu yang memenuhi selera warga Malaysia dengan makanan yang menepati citarasa dengan kadar harga yang berpatutan. Kami sungguh teruja kerana dapat menyaksikan para tetamu kami menikmati hidangan tiga peringkat yang disediakan menggunakan ramuan McDonlad's yang sedia ada yang berkualiti tinggi dan sangat lazat."
"Walaupun usaha merahsiakan operasi pelancaran ini bukan suatu tugas yang mudah, kami berbesar hati untuk memperkenalkan dua burger yang baharu ini secara berahsia. Burger Smoky Grilled Beef dan Burger Hot N' Crispy Chickenyang diperkenalkan melalui acara ini pada 22 Mac 2018 lalu menunjukkan penekanan yang diberikan oleh McDonlad's terhadap kualiti dan keenakan makanan yang ditawrkan tidak kira di manapun ia dihidangkan,"tambah Pn. Melati.
Menu baharu Burger Smoky Grilled Beef dan Burger Hot N' Crispy Chicken boleh didapati dengan harga RM12.95 untuk hidangan ala carte, dan RM14.95 untuk hidangan set regular yang merangkumi burger pilihan korang, kentang goreng dan minuman ringan.
Maklumat lanjut mengenai burger Smoky Grilled Beef dan burger Hot N' Crispy Chicken, boleh layari laman web http://www.mcdonlads.com.my/.
dah makan smoky grilled beef burger tadi..sedap, suka rasanya..semua cukup..hot n crispy chicken tu officemate yg makan tadi, pun sedap..katanya hot n crispy ni lebih pedas dan lebih crispy daripada spicy chicken mc deluxe
BalasPadamKan...memang sedap pun...
Padamwoowwww bestnyaaaaa...
BalasPadamYeah... Memang sedap sangat burger die tu
PadamWow wow wow.. Sedap semua tu leya oi. Lapaq perut terus ni ha.. Nk try lah burger tu juga.
BalasPadamOkay...cepat gi try..sedap tau
Padamtak cuba lagi burgerbaru ni...tgk mcm menarik dan sedap..
BalasPadamMemang sedap... Jom pergi McD sekarang..hehe..
Padam