Rabu, 14 Mac 2018

Program Memperkasa Informasi Pemasaran Trading Di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada hari Sabtu bersamaan 03 Mac 2018 telah berlangsung satu Seminar “Navigating the Malaysia Market” yang bertempat di Dewan Utama Premiera Hotel, Kuala Lumpur. Ia adalah seminar yang dianjurkan oleh Bursa Malaysia dalam pendedahan memanipulasi pemasaran di Malaysia. 


Intipati Mengenai Seminar “Navigating the Malaysia Market”

Program ini turut menjadi salah satu program pelaburan untuk memperolehi input terkini kepada yang terlibat. Ia juga merupakan pembiayaan pasaran yang melibatkan kerjasama dari pelbagai agensi bertujuan menyuntik pengetahuan dan kesedaran terutama golongan muda terhadap pelaburan demi memastikan pemasaran negara.

Dalam program ini, turut diberikan penjelasan tentang Liberation of Margin Financing Sales, The Essentials of Trading Warrants, Structured Warrant VS Company Warrant, Macro & Strategy Outlook, Investing in Gold – Yay or Nay?, Where is Gold Heading? dan TradePlus Shariah Gold Tracker. Secara peribadi, LeYa amat tertarik dengan maklumat yang diberikan kerana ia mampu dilihat sebagai satu cabang apabila isu berkaitan trading dan saham menjadi salah satu perhatian dunia hari ini. LeYa difahamkan lagi bagaimana cara membuat pasaran lebih menarik dan patuh syariah dalam menguruskan aktiviti sosial kewangan oleh individu itu sendiri. Namun, ada juga kes penganiayaan, memanipulasi saham dan penipuan yang melibatkan jumlah kewangan yang besar dalam perniagaan dan pelbagai lagi permasalahan yang kurang difahami ramai.


7 Kelebihan Yang Boleh Dinikmati Individu Yang Minat Trading

Pelaburan di pasaran saham mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Terdapat 7 kelebihan yang boleh dinikmati oleh para individu yang berminat untuk menceburkan diri dalam pelaburan saham iaitu:

1. Mudah Dicairkan
Pelabur boleh menjual sebahagian atau kesemua saham mereka pada bila-bila masa.

2. Tidak remeh, Tidak cerewet, Patuh Syariah & Selamat
Urusniaga jual beli saham adalah mudah kerana boleh dibuat melalui smartphone menggunakan platform yang disediakan. Sehingga Jun 2016, terdapat 669 syarikat saham patuh syariah yang tersenarai di Bursa Malaysia. Urusniaga jual beli saham juga adalah aktiviti yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bursa Malaysia.

3. Boleh dilakukan secara part time
Tidak perlu berhenti kerja. Tidak perlu tengok harga saham setiap hari. Tidak perlu tergesa-gesa membeli saham sesuatu syarikat. Lakukan analisa anda di waktu lapang. Waktu malam atau hujung minggu juga boleh. Setelah yakin dengan saham yang ingin dibeli, urusan pembelian boleh dibuat secara online menggunakan smartphone anda.

4. Jumlah keuntungan tanpa batasan
Jika melabur dalam unit amanah, keuntungan hanyalah berdasarkan apa yang diumumkan oleh unit amanah tersebut. Namun pelaburan saham di Bursa Malaysia, jika anda mempunyai ILMU yang betul, keuntungan yang diperolehi adalah tiada batasan. Malah untuk meraih keuntungan 100% adalah tidak mustahil. Jika silap beli pula, boleh rugi100%.

5. Bebas membuat keputusan sendiri
Seorang pelabur boleh membuat keputusan sendiri sama bila nak membeli & menjual saham, nak untung cepat atau hanya bercadang meraih dividen. Tiada siapa akan marah anda dan tiada siapa boleh mengarah anda. Anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas duit anda. Tetapi jika tiada ilmu, memang susah nak buat keputusan.

6. Keuntungan saham tidak dikenakan cukai (Income Tax)
Keuntungan pelaburan saham adalah dikecualikan cukai kerana ianya adalah keuntungan modal (Capital Gain Tax). Keuntungan modal yang dikenakan cukai di Malaysia adalah yang membabitkan jual beli hartanah.

Jadi, tidak kira berapa banyak sekalipun keuntungan pelaburan anda, ianya bebas cukai!

7. Keuntungan saham boleh dizakatkan
Bila saham yang dijual mendapat keuntungan, maka keuntungan ini boleh dizakatkan. Pemilik saham boleh mengasingkan pengiraan zakat atas saham kepada 2 kumpulan iaitu saham yang masih dimiliki melebihi setahun dan saham-saham yang dijualbeli untuk tempoh kurang daripada setahun.



Melabur dalam Emas - Yay atau Nay?

Pelaburan emas tidak mempunyai utiliti. Terdapat 4 fungsi iaitu:-
1. Sumber pulangan jangka panjang
2. Pelbagai yang boleh mengurangkan kerugian semasa tekanan pasaran
3. Aset cair tanpa risiko kredit yang telah mengatasi mata wang rata
4. Satu cara untuk meningkatkan prestasi keseluruhan portfolio



Program Memperkasa Informasi Pemasaran Trading Di Malaysia

Ilmu yang bermanfaat dan menambah pengetahuan dalam segala aspek memang menjadi keutamaan untuk lebih berdaya saing dan berjaya. Sedikit perkongsian LeYa ini tidak mungkin mampu memberikan sepenuhnya jika anda sendiri tidak merasakan pengalaman dan mendalami ilmu itu sendiri. Seeloknya, lebih mudah memahami dengan mengikuti seminar-seminar yang diadakan di mana-mana sahaja sebagai bekalan pengetahuan untuk menjamin anda dari masalah ditipu dari pelbagai sudut. 

Maklumat lanjut, boleh layari laman web Bursa Malaysia di http://www.bursamarketplace.com/.

8 ulasan:

  1. Pemasaran trading di Malaysia merupakan platform terbaik untuk mereka yang sangat komited dalam memperluaskan bidang ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu... Setuju... Tapi sehingga kini LeYa masih samar2 dalam trading ni..ekeke..

      Padam
  2. alhamdulliah kamu masih bertahan dalam dunia blog

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Betul..dpt tambah peñgetahuan dan pengalaman

      Padam
  4. Saya simpan emas pakai sendiri je, nak join trading tak berapa reti pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. LeYa pun tak mahir juga... Tu yang banyak kena belajar tu

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com