Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Kecantikan dan wanita tidak dapat disangkal lagi. Sejak azali lagi, wanita memang suka akan kecantikan. Jadinya, tidak perlu lah LeYa mempersoalkannya lagi kenapa dan bagaimana kerana LeYa sendiri adalah wanita dan sukakan kecantikan.
Baru-baru ini, pada Sabtu 03 Mac 2018 yang lalu, LeYa diberi peluang dalam satu pelancaran produk kosmetik Umairah Uzma yang diadakan di Jibby East, Kuala Lumpur. Majlis pelancaran yang cukup santai dan meriah dengan memperkenalkan produk baru seperti foundation, eyeliner, mascara dan perfume.
Pelancaran Produk Terbaru Umairah Uzma
Umairah Uzma mula ditubuhkan pada tahun 2014 dan diasaskan oleh Puan Nurul Nur Ariani yang sememangnya menyukai kecantikan, kekemasan dan kebersihan. Jadinya, beliau telah menghasilkan produk sulongnya iaitu inai. Kemudian, menerajui pula produk pewarna kuku (nail polish) yang mana ia sangat unik kerana boleh dikopek (peel off) untuk memudahkan ketika mengambil wudhuk (wudhuk friendly).
Melangkah setapak lagi ke hadapan. Umairah Uzma memberanikan diri buat pertama kalinya menyertai pesta Mood Republik di PWTC dengan hanya menjual pewarna kuku sahaja pada ketika itu. Alhamdulillah, keuntungan di Mood Republik tersebut telah menjadikan modal untuk beliau keluarkan produk celak mekah (eyeliner).
Majlis pelancaran memperkenalkan beberapa produk iaitu:
- Umairah Uzma Glowing Foundation
- Umairah Uzma Eyeliner
- Umairah Uzma Make Up Fix Mist
- Umairah Uzma Super Mega Volume Giber Maskara
- Umairah Uzma Embrace Eau De Perfum
Pada pertengahan tahun 2015, Umairah Uzma mendapat ilham sekali lagi dan telah mengeluarkan produk Makeup Fix Spray yang berasaskan air semulajadi dan aloevera bagi merawat anak beliau yang menghidap penyakit ekszema sewaktu dari lahir. Terbukti ekszema anaknya berkurangan dan sejak itu beliau meneruskan penjualan dan mempromosikan produk ini di Mood Republik.
Pada hujung tahun 2015, Umairah Uzma mula mencipta nama di hati setiap pelanggannya dengan menjual 4 produk tersebut (Inai, Pewarna kuku, Eyeliner & Makeup Fiz Spray). Dan ketika itu jugalah, beliau mendapat idea untuk keluarkan set lengkap glowing foundation untuk merawat kulit muka kusam dan berjerawat dengan harga mampu milik, percuma makeup fix spray dan berus.
Alhamdulillah, syukur sekali lagi apabila produk glowing foundation mendapat sambutan sehingga tahun 2017 di penjualan tapak pesta Mood Republik setiap bulan. Produk Umairah Uzma semakin dikenali di peringkat usia tidak kira remaja ataupun yang sudah berumur. Selain dapat merawat muka kusam, glowing foundation juga dapat merawat kulit sensitif, jerawat, memudarkan parut dan menyerikan wajah.
Mengorak langkah lagi di tahun 2017 dengan mengeluarkan tiga produk baru iaitu Arabic Coffee Scrub, Kunyit Scrub dan Charcoal Detox Mask. Produk-produk ini mendapat permintaan tinggi di Australia kerana ia bebas bahan kimia, walaupun tidak menggunakan nama Umairah Uzma tetapi tetap mengeksport bahan mentah sahaja ke sana.
Pada tahun 2018, glowing foundation semakin mendapat perhatian dan Umairah Uzma juga banyak melahirkan agen-agen baru kepada surirumah yang ingin membantu suami menjana pendapatan sampingan. Glowing foundation Umairah Uzma juga dibuat dengan pelekat sticker kerana pengasas sendiri menggalakkan orang ramai untuk menciplak dan menjadikan produk beliau sebagai produk mereka sendiri.
Umairah Uzma sangat aktif di Instagram. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Sanah Anna di talian +6017 – 294 6162 atau laman-laman media sosial seperti di bawah:
Website | www.umairahuzma.com
Instagram | www.instagram.com/umairah_uzma
Facebook | www.facebook.com/umairahuzmahq/
Perfume dia wangi kan leya. Yg lain kak ana xcuba lg. Nanti nk try buat vid pakai produk Umairah Uzma lah. Hehe
BalasPadamAah wangi.. Lagi2 yang lelaki punya.. Hehe... Produk kosmetik die pun okay.. tapi sama laa belum wat video lagi
Padammacam menarik jer
BalasPadamCantik menarik kaw memang dabbooommmm.... Hahaha..
PadamWah make -up make up, mummy suka ni..hehe
BalasPadamHehehe....Jom3x dapatkannya dan main makeup2x.. Hehe..
PadamBest fix mist ngan foundation dia.. mmg utk muka oily sgt sesuaii
BalasPadamKan... LeYa pun dah guna untuk ke pejabat... Ramai tegur tetiba LeYa bermakeup walhal simple je..hehe
PadamWow, boleh suggest kat kawan-kawan
BalasPadamDipersilakan Zumal... Terima kasih
PadamTerberkenan pula dengan perfume tu..
BalasPadamPerfume tu sangat wangi... Boleh lah dapatkannya sekarang
Padamtak pernah dengar lagi brand ni tapi boleh try nanti :D
BalasPadamYup... LeYa suka sebab tak heavy sangat. Dan memang wudhuk friendly.. Senang je nak basuh.
PadamKita ni dah lah kaki mekap.tak tentu arah jadinya bila tengok mekap umairah uzma ni.rasa nak try semua produk umairah uzma nih
BalasPadamJom..cepat dapatkannya sekarang..hehe..
PadamProduk ni mmg bagus sbb wife saya suka bila pakai makeup tu. Tak berminyak dan selesa. Perfume pun wangi.. perfume tu mmg saya punya la hehe :)
BalasPadamKan... LeYa pun suka pakai.. Ramai tegur.. kulit lebih glowing dan putih.. Hanya senyum je bila ditegur begitu
Padam