Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Impian semua orang untuk memiliki rumah memang tidak dapat dibendung lagi. Semua tidak kira berkemampuan atau tidak pasti menginginkan rumah sendiri. Namun, hari ini dek peningkatan arus pemodenan, ramailah orang terutama pasangan muda baru mendirikan rumahtangga dan juga graduan pelajar yang baru bekerja masih belum berkemampuan memiliki rumah kediaman kerana harga rumah yang melambung tinggi.
Jadi, pada 27 Januari 2018 lalu, LeYa berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Rumah Mampu Milik di Iringan Bayu, Seremban, Negeri Sembilan yang turut disempurnakan perasmiannya oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Ini adalah berita baik kepada rakyat Negeri Sembilan yang ber'IC' "05" di tengah-tengahnya kerana keutamaan diberikan kepada anda dalam pemilihan rumah mampu milik di Iringan Bayu ini. Memiliki keluasan 770 ekar, Iringan Bayu direka khas sebagai sebuah bandar selamat melalui rekabentuk alam sekitarnya. Konsep bandar selamat ini merupakan prinsip reka bentuk yang digunakan untuk menghalang jenayah seperti memasang laluan penimbal hijau keselamatan, trek basikal yang ditetapkan dan juga jalan masuk yang mewujudkan suasana bebas lalu lintas.
Syarikat Perumahan OSK Property
Syarikat perumahan mampu milik, OSK Property (OSKP) telah ditubuhkan pada 1997 yang mana ia membangunkan projek kediaman, perbandaran dan komersial yang terletak di kawasan pertumbuhan yang strategik di seluruh negara. Pada tahun 2015, satu keputusan telah dibuat untuk menggabungkan OSK Property Holdings (OSKP) dengan PJ Development Holdings (PJD) di bawah satu organisasi dengan menggunakan satu identiti dan satu jenama di bawah OSK Property. Penggabungan kedua entiti tersebut menandakan kemunculan kekuatan, kepakaran dan bakat yang saling melengkapi.
Sebagai satu kumpulan hartanah yang besar, OSK Property dapat menyampaikan platform hartanah yang lebih holistik dan bersepadu dari segi perkembangan kediaman dan komersil untuk menguruskan dan mengendalikan ruang runcit dan pejabat; sebagai tambahan kepada penampilan hospitaliti. Dengan menggabungkan kekuatan, kepakaran dan pengetahuan, kini OSKP merupakan kumpulan hartanah utama Malaysia dengan sebuah pembangunan GDV sebanyak RM18 billion. Kemunculan pembangunan dan pelaburan mereka telah merentasi Semenanjung Malaysia dan sedang meningkatkan pembangunan hartanah luar negara yang bermula dengan projek pembangunan di Melbourne, Australia.
Pilihan Rumah Mampu Milik Buat Anda
“Kini dengan pembangunan perumahan Iringan Bayu dengan konsep ‘Country Living‘ akan menjadi sebuah kawasan yang pesat membangun di Seremban. OSKP telah merancang untuk menjadikan lokasi perumahan ini buat penduduknya menikmati ketenteraman di pinggir bandar dengan rekabentuk dan keselesaan bandar. Pembeli juga akan menikmati sebuah kejiranan yang makmur dan terjaga dengan susunan atur yang rapi dan luas berserta sebuah taman rekreasi terbesar seluas 22 ekar di situ,” kata Ong Ghee Bin, Ketua Pegawai Eksekutif OSK Property.
Jadi, Apa tunggu lagi? Jom segerakan diri anda yang berhasrat untuk memiliki rumah mampu milik dan lebih-lebih lagi kepada rakyat Negeri Sembilan, bolehlah layari laman web OSK Property untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai projek pembangunan Iringan Bayu.
Melihat Kecantikan Pinwheels di Iringan Bayu
Bukan setakat itu sahaja. LeYa juga berkesempatan dapat melihat kecantikan dan keindahan Pinwheels atau Kincir Angin Permainan di sini ketika majlis pelancaran sedang berlangsung. Memang menarik sangat! (Lihat Artikel Sebelum Di Sini: Iringan Bayu - Bermain Pinwheels Dalam Suasana Yang Mendamaikan)
Nasib baik akak dh beli rumah..hehehe
BalasPadamBoleh tambah lagi kak... Asset untuk anak..hehehehe..
PadamSimpanan 10% tiap tiap bulan pun kadang kadang ke laut. Takpe, InsyaAllah janji simpanan ada.
BalasPadamBetul3x.... Saving tu penting tu...
Padamcantik dan comelnya pinwheel garden tu...tah berapa puluh gambar la di ambik nya kannnn
BalasPadamMEmang cantik..hehe..
Padam