Selasa, 20 Februari 2018

Salon Muslimah Seri Kembangan | D Aura Salon Le Soul Hair Khas Untuk Wanita!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kalau korang berada di sekitar Seri Kembangan dan tercari-cari salon muslimah, meh sini LeYa bawakan korang D Aura Salon Le Soul Hair yang terletak di Seri Kembangan, Selangor sebagai pilihan. D Aura Salon mempunyai keluasan yang cukup luas, kemas dan tersusun rapi ini sudah tentu menjadi pilihan semua wanita yang mengutamakan kecantikan dan keselesaan ketika ingin membuat rawatan rambut mereka.


Kalau korang masih tercari-cari lagi, D Aura Salon ini terletak bertentangan dengan Zeva Residence dan juga berdekatan dengan AEON Taman Equine. Baru sahaja beroperasi pada 1 Februari 2018, D Aura Salon ini masih menjalankan promosi menarik bulan pertama ini. Dengan berkonsepkan mewah dan ekslusif serta menawarkan harga yang murah dan berbaloi-baloi, LeYa pasti korang akan berpuas hati dengan servis yang disediakan. Memang tidak akan mencederakan poket korang ketika menjalankan treatment di sini. Jadi, Jom Terjah!


D Aura Salon Ekslusif dan Murah

Sebaik sahaja LeYa tiba di hadapan pintu masuk D Aura Salon Le Soul Hair dan terus masuk ke dalam, LeYa terkesima dengan rekabentuk susunan perabot dan produk yang rapi. Masuk sahaja ke dalam kedai, korang akan diberi sepasang selipar biru dan dibawa masuk untuk memilih tempat sebelum melakukan rawatan. Di sini walaupun ia adalah salon muslimah, tetapi masih ada juga bilik khas kepada wanita bertudung yang mungkin inginkan lebih privasi.

Untuk kali ini, pihak D Aura Salon mengesyorkan LeYa dengan rawatan Scalp Hair Wash & Hair Fall Treatment. Dalam pada rawatan sedang dijalankan, LeYa diberi secawan teh herba sama seperti ketika LeYa membuat rawatan di D Aura Spa dahulu. LeYa kagum dengan kakitangan D Aura Salon yang sangat mahir walaupun ianya adalah kedai baru. Mereka mencuci rambut LeYa dengan penuh teknik yang terbaik sehingga LeYa rasakan kesegaran di kepala LeYa. Selain itu, bukan setakat mencuci rambut, seperti kebiasaan pekerja akan mengurut-urut kepala dan bahu serta belakang badan pelanggan agar ianya lebih selesa dan segar. Memang recommended sangat kepada yang ingin mencuba rawatan di sini. Bukan setakat murah, malah D Aura Salon mesra, selesa dan yang paling penting MUSLIMAH dan ada ruang khas untuk kanak-kanak bermain ketika Ibunya menjalani rawatan.







Dari segi dekorasi dalaman kedai, LeYa memang sangat berpuas hati. Walaupun masih baru, kemudahan yang disediakan juga lengkap. Bukan setakat itu, kakitangan juga sangat mahir menjalankan kerja-kerjanya. Yang bestnya lagi siap boleh tumpang charging handphone LeYa yang dah kekurangan bateri dek asyik sangat melayan gambar-gambar cantik di dalam kedai ni. Hehehe… Alhamdulillah… semuanya LeYa berpuas hati dan memuaskan.




Jadi, jika korang berkesempatan berada di sekitar Seri Kembangan, jangan lupa untuk singgah dan rasai kenikmatan rambut korang dibelai manja dengan pakej badan juga diurut selesa. Di samping itu, cuba juga minuman teh herba yang disediakan di situ.


**PROMOSI ** PROMOSI ** PROMOSI**

D Aura Hair Salon |  Februari 2018
Hari Biasa - RM 15 untuk hair cut
Hari Minggu - RM 18 untuk hair cut

15 ulasan:

  1. Bestnya Leya...perlu ada banyak salon konsep macam ni di seluruh negara kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah kan... Baru lah kita sebagai wanita tak malu nak bertreatment...

      Padam
  2. Wah bagus ni, boleh Zumal beritahu adik kat sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. Dipersilakan. Boleh saja.. Khas untuk wanita.. Wanita bertudung pun tak perlu risau kalau malu nak jalani rawatan di bahagian luar, ada disediakan ruang khas yang bertutup.

      Padam
  3. Murah harga potong rambut tu leya. Salon pun nmpk selesa dan kemas. Yg penting khas utk muslimah. Bagus sgt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best... Kan... LeYa suka sebab khas untuk wanita je.. Lelaki tidak dibenarkan masuk

      Padam
  4. Terbaik...menjaga dan tidak perlu risau kepada wanita yang mahu mendapatkan perkhidmatan di salon..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup... Memang betul.. Semoga dengan perkongsian dari LeYa ini memberi peluang kepada semua wanita muslimah untuk lebih mudah mencari salon rambut di luar.

      Padam
  5. Wah.. menarik ni.. thanks atas perkongsian

    BalasPadam
  6. Tengok gambar nampak selesa dan exclusive. Harga pun murah tu

    BalasPadam
  7. sedapnya dapat service belai2 rambut kan..liez selalu pergi basuh dan treatment bila balik ipoh.. timetu smp tertidurla...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.... Amboi...sampai tertidur ye... Betul3x selesa tu

      Padam
  8. Kalau suami hantar ada ruang utk menunggu ke ? Ataupun lelaki xdibenarkan masuk lansung. Hihi

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com