Khamis, 8 Februari 2018

Rawat Resdung Dengan Mudah Hanya Di Rumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kerap Bersin di pagi hari? Muka gatal-gatal? Sah lah anda penghidap penyakit resdung(sinus). Resdung nie sebenarnya memang ada pada semua orang. Cuma yang berbeza antara individu adalah kuat atau tidak sahaja.

Okay… Nak dijadikan cerita, LeYa ni sebenarnya juga penghidap resdung. Dah pelbagai cara juga cuba untuk menghilangkan rasa ketidakselesaan bila setiap pagi terbersin dan selesema serta muka rasa gatal-gatal. Dari penggunaan rokok resdung sehinggalah herba yang dimasukkan ke dalam hidung. Alhamdulillah… sihat seketika. Lama selepas itu akan kembali semula dengan tabiat bersin di pagi hari.

Jadi, apa yang LeYa nak buat kali ini. Seketika LeYa membaca status dan komen yang terdapat di platform rakan-rakan di Facebook, LeYa terpandang akan satu rawatan resdung yang mudah dan cepat.


Kenali Resdung?

Resdung atau nama saintifiknya sinus memang sinonim dengan orang Melayu. Resdung juga dikatakan singkatan daripada perkataan resah hidung. Anda mungkin akan mengalami bersin, selesema, mata dan muka gatal, hidung tersumbat secara berterusan dan ini sepatutnya perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Jangkitan bakteria ke atas rongga hidung pada sekelilingnya adalah salah satu punca resdung yang juga dikenali sinus. Resdung sebenarnya adalah rongga-rongga yang terdapat pada tulang muka dan bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.

Sinus terbahagi kepada empat bahagian iaitu sinus frontal, sinus etmoid, sinus maksila dan sinus sfenoid. Ia terletak pada bahagian muka seperti di antara dua mata, pipi di bawah mata, hanya sedikit di belakang hidung turut serta di bahagian dahi seseorang.



Hilangkan Resdung Seawal 3 Hari

Seperti yang LeYa bagitahu kat atas tuh, LeYa terjumpa status ni dari rakan blogger di Facebook. Ingin mencubanya, LeYa memberikan nama untuk disenaraikan sebagai pengguna produk untuk rawatan hidung sekaligus memberitahu kebaikan produk kepada semua.

Hari Selasa (16 Januari 2018) kalau tak silap, LeYa dan Otomen bergegas dari tempat kerja ke Setapak Mall untuk mengambil produk tersebut. Produk kecil molek, “THYMOAnti Sinus/Nasal Allergies Spray” sangatlah sesuai untuk LeYa dan Otomen bawa ke mana sahaja pergi.


Keesokan harinya, usai bangun pagi dan bersiap ke tempat kerja, LeYa memulakan hari dengan spray “THYMOAnti Sinus/Nasal Allergies Spray” di baju secara rambang. Kemudian, pergi kerja dan balik kerja seperti biasa sehinggalah LeYa sedar dah tiga hari mengamalkan spray ni. Dan, LeYa dapati pagi hari keempat LeYa dah tidak bersin dan selesema lagi. Ermmm…mulanya tak perasan kan lagi tentang penggunaan produk tuh. Otomen yang telah memberitahu LeYa tetang keajaiban “THYMOAnti Sinus/Nasal Allergies Spray” ni. Ia sememangnya berkesan dan LeYa sangat suka bila bersin dan gatal muka dah kurang.

LeYa dan Otomen amalkannya selama beberapa hari selepas itu, dan kami rasakan sangat selesa sekali bila pagi-pagi hari kami dah tanpa bersin dan selesema. Bertahun kami mencari alternative untuk rawatan menghilangkan resdung ini, akhirnya kami ketemu juga dengan produk “THYMOAnti Sinus/Nasal Allergies Spray” yang sememangnya mudah dibawa dan digunakan. Hanya spray secara rambang di tempat-tempat yang anda gunakan, bakteria akan mati selama 12 jam dengan hanya satu semburan. LeYa cadangkan supaya mengguna dosage seperti yang disarankan oleh THYMOS,  sehari 4 semburan pada bahu atau bahagian dada, dan 6 semburan pada bantal atau katil sudah memadai. Teknologi “Self Sanitizing” (pembersihan automatik) yang telah dipaten ini mengandungi mineral aktif berkualiti tinggi yang menghasilkan ion negative bakterostatik yang menyahfungsikan dan memusnahkan kuman-kuman, patogen dan allergen sebelum ia berpeluang menyerang. Mineral aktif ini akan cas semula secara automatik apabila terdedah kepada udara, maka sekali semburan boleh tahan 12 jam.


Mudah dan Cepatnya Dengan Ada THYMOS Sinus/Nasal Allergies Spray

Bagi yang ingin merasai sendiri keberkesanan “THYMOAnti Sinus/Nasal Allergies Spray”, anda boleh dapatkan secara terus di Guardian berdekatan anda dengan harga RM69.90. Harga asal RM75.00.  Jadi, LeYa sarankan untuk anda membuat pilihan cara mengubati resdung yang terbaik dan selamat. Sayangilah tubuh badan anda. Ingat ianya hanya pinjaman Allah S.W.T. Maka jagalah ia dengan baik. “THYMOAnti Sinus/Nasal Allergies Spray” antara kaedah terbaik, mudah dan cepat. Semoga anda semua sihat.

Maklumat lanjut tentang THYMOS Sinus/Nasal Allergies Spray, boleh layari website dan media sosial di bawah:

Website

Facebook

Instagram

Guardian

Malaysian Distributor
OR

24 ulasan:

  1. Produk terbaik dan berkesan.. Boleh try ni.

    BalasPadam
  2. Wah senang lah lps ni. Xperlu nk g rawat resdung dkt luar. Yg best sekali sembur tahan 12 jam. Bagus tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup... Produk die pun comel..kecil-kecil cili padi org kate.. Kecik tapi bermanfaat..hehe..

      Padam
  3. Menarik produk ni,Zumal ada juga resdung. Kena try ni...

    BalasPadam
  4. to be honest kalau seawal 3 hari is not convincing for me. for me la, i jenis yg susah nak trust these kind of products. but maybe it work well on certain people kan. but it's quite interesting i can say

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ermmm...yup..maybe ikut orang.. LeYa guna pun 4-5 hari juga.. Tapi hari keempat tuh dah ok dah.. Memang best

      Padam
  5. THYMOS memang best. Isteri otomen ni dah kembali normal. Tiada bersin di pagi hari lagi.. Hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang terbaik. Terima kasih Encik Suami..hehehe..

      Padam
  6. semoga berjayalah hilangkan resdung tu.. hehehehe I pun tengah mencubaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... satu botol macam dah nak habis je.. Haha.. Syukur rezeki ada pada Encik Suami juga.. Kalau habis dan berjaya nanti boleh beli di guardian

      Padam
  7. 3 hari je dah nampak kesan? bagus betul ni

    BalasPadam
  8. Mmg bagus ada produk mcm ni.. nampak botolnya pun mudah di bawa. Mmg kena dptkan satu juga ni nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berkesan dan memberikan pengudaraan yang nyaman dan segar

      Padam
  9. Nice sharing.. Semoga bermanfaat pada mereka yang memerlukan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih juga kerana sudi singgah dan baca blog

      Padam
  10. Kalau dah ada produk yang menyenangkan semua penghidap sinus, allergy dan resdung memang bagus diperluaskan di pasaran kan..dengarnya produk ni ada di jual di farmasi kan

    BalasPadam
  11. Kena try 1 ni. Resdung memang selalu terjadi jika sampai waktu. Seriusly tak selesa betul!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Okay...Cepatkan dapatkan harga promosi di Guradian sekarang...

      Padam
  12. product wajib ada dlm rumah atau kena bwk kemana-mana sahaja..membantu pesakit resdung lagipun senang je nak bawa

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com