Sabtu, 3 Februari 2018

Nikmati Menu Baru Boat Noodle Sempena Tahun Baru Cina

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


First time makan di Boat Noodle. Pada 20 Januari lalu, LeYa telah berkesempatan untuk bersama rakan-rakan blogger yang hadir menikmati hidangan menu baru di Boat Noodle, Empire Damansara sempena Tahun Baru Cina yang tidak lama lagi. Dah lama juga LeYa menyimpan hasrat untuk mencuba makanan di sini. Alhamdulillah... pada hari itu, LeYa berpeluang untuk merasai kelazatan makanan di Boat Noodle yang sering digembar-gemburkan oleh rakyat Malaysia. 


Rasai Kelazatan Menu Baru Boat Noodle Sempena Tahun Baru Cina

Sebenarnya, Boat Noodle ni merupakan rangkaian restoran yang membawa keenakan masakan Thai Street Food yang juga berasal dari pasar terapung Ayutthaya. Sehingga kini di Malaysia, terdapat 46 buah cawangan Boat Noodle yang anda boleh nikmati. Menerusi dari penerangan, dalam perkiraan lebih kurang 4 tahun, rangkaian Boat Noodle telah berkembang sangat maju. Jadi, memang tidak hairanlah kenapa Boat Noodle ini disukai orang ramai. 

Satu lagi LeYa nak bagitahu kesemua hidangan yang disajikan ini telah mendapat kelulusan halal JAKIM.



Okay...kali ni LeYa dibawa untuk mencuba sendiri makanan yang terletak di Boat Noodle, Empire Damansara, yang mana ianya merupakan outlet pertama di Malaysia. Difahamkan outlet ini mula beroperasi secara rasmi pada Mac 2014. Pemilik Boat Noodle, En. Muhammad Izzul juga ada memberi sedikit kata-kata aluan kepada semua rakan-rakan blogger yang hadir. 

Menu Baru Boat Noodle Sempena Tahun Baru Cina

Sempena perayaan Cina ni, rasanya memang tak sah kalau tiada prosperity di setiap menu hidangan mana-mana restoran. Jadinya, menu baru diaorang yang LeYa cuba hari itu adalah Prosperity Yum (Beef / Chicken).

Menu ini dihidangkan bersama pilihan Thai Rice Noodles atau Springy Noodles. Kalau nak tahu, LeYa boleh habiskan seorang 4 mangkuk sekali. Memang sedap! Hidangan Prosperity Yum untuk 1 mangkuk ini berharga RM1.99. Memang murah dan berbaloi kan!


Kemudian, LeYa try pula menu Thai Fried Chicken. Yang ini lagi best sebab ayam digoreng rangup dan dihidangkan bersama salad dan sos special Boat Noodle. LeYa dan Otomen order 2 pinggan. Kiranya sorang 1 pinggan makan ayam ni. Ayam digoreng elok dan rasa kemanisan serta kepedasan apabila dicicah bersama sos yang disediakan.



Korang kalau nak lagi sedap boleh juga gaulkan sos tu bersama Thai Fried Chicken tersebut. Pastu baru heaven kan rasa kerangupan ayam bersama kelazatan sos tuh. Tapi serius beb! Memang sedap. Recommended sangat untuk korang cuba.

Hidangan Thai Fried Chicken hanyalah RM12.90.


Lepas tu, dah makan tuh tak kan pula tak order minuman kan. LeYa memesan Mango Smoothie yang berharga RM5.50 manakala Otomen Taro pula memesan Blue Butterfly dengan harga RM5.50.

Hidangan 2 minuman ni juga LeYa sangat suka. Lebih-lebih lagi minuman Blue Butterfly yang pabila menghirup airnya, korang akan hilang rasa kenyang sehingga LeYa sendiri boleh menghabiskan 4 mangkuk noodle.


Yang menariknya lagi Blue Butterfly ini akan bertukar warna dari biru ke purple selepas korang menuangkan perahan jus limau ke dalamnya.




Menarik kan! So... apa tunggu lagi. Jom cepat ke cawangan Boat Noodle berdekatan korang untuk merasai kesemua menu baru yang dihidangkan sempena Tahun Baru Cina ini.


Untuk maklumat tentang Boat Noodle dan menu-menu yang dihidankan boleh layari laman web dan juga media sosial Boat Noodle di bawah ini:

Laman Web:

Facebook:

Instagram

10 ulasan:

  1. Sangat tergoda. Nanti nk pergi trylah. Leya saja je tunjuk ayam tu. Telan air liur akak dah. Sangat tertarik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... Sengaja bagi baby perut kak ani lapar.. Okay.. Balik dari Thai, jom kite g makan..

      Padam
  2. nak cuba la nanti.. limited kan...

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Boleh3x...Dipersilakan.. Terbuka untuk semua umum.. Hehehe..

      Padam
  4. Boat noodle ni mmg sedap.. bolehlah try menu baru ni nanti. Thanks sharing Leya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome back Abg KK.. Hehe.. Jom serbu Boat Noodle

      Padam
  5. Menyelerakan je Kalau bab2 makanan ni...kena cuba jugak la kat sini...🤗🤤

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com