Pengasas, Kak Bie bersama suaminya
Baru-baru ini LeYa diberi kesempatan untuk menghadiri satu majlis yang penuh gilang gemilang "Annual Award Dinner Karisma Cosmetic 2018" yang diadakan pada 26 Januari 2018 di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan. Ini merupakan malam gala pertama yang diadakan oleh sebuah syarikat kosmetik tempatan, Karisma Cosmetic sebagai tanda penghargaan kepada stokis-stokisnya yang telah berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi.
Selain itu, turut diadakan juga majlis pelancaran KC Green Coffee dan MPB Tongkat Ali Plus (Man Power Booster) sebagai produk terbaru dari Karisma Cosmetic. Penghargaan tidak ternilai LeYa ucapkan kerana sudi menjemput LeYa dan merasai detik-detik kemeriahan malam itu. Memang happening dan kagum sangat dengan kejayaan besar yang syarikat kosmetik tempatan itu telah kecapi sehingga hari ini.
Okay... sebelum malam penuh gilang gemilang ini bermula, kami diberi peluang dahulu untuk menemuramah pemilik dan pengasas Karisma Cosmetic dalam satu majlis tertutup sesi media seawal jam 6.30 petang.
Puan Kartini Sulaiman atau lebih mesra dengan panggilan Kak Bie adalah seorang yang sangat peramah dan bersemangat waja dalam memulakan empayar perniagaannya bersama suami sejak 3 tahun yang lalu. Kak Bie juga berasal dari Kota Bharu, Kelantan. LeYa difahamkan lagi Karisma Cosmetic merupakan brand pertama yang mengadakan award semeriah ini untuk mengumpulkan stokis terbaik mereka. Dengan tagline #PastiSangatCantik, Karisma Cosmetic mempunyai kilang yang berstatus GMP dan terdapat ahli kimia sendiri yang kini telah berjaya mengeluarkan 16 jenis produk dan 600 stokis di Malaysia, Singapura, Thailand dan Brunei.
Karisma Cosmetic Annual Award Dinner 2018 Sangat Meriah!
Detik jam 8.30 malam, acara majlis makan malam yang sangat meriah bersama pengasas Karisma Cosmetic dan stokis-stokisnya bermula. Penuh berkelipan suasana dengan kesemua yang hadir memakai busana bertemakan "Elegance Black & Gold". Memang ramai dan meriah sekali ketika itu. Menggamatkan lagi suasana, turut diundang penyanyi yang cukup popular, Ifa Raziah sebagai pengacara majlis malam itu. Wahhh.... memang kecoh sangat dengan keletah yang ditunjukkan Ifa Raziah. Semua pun enjoy dengan layanan beliau..
Tambah meriah lagi, ada artis yang turut hadir membuat persembahan. Antaranya ialah Lan Kristal (a.k.a. Lan Solo), Ramlah Ram dan Hael Husaini. Persembahan pertama dimulakan oleh Lan Solo dan kemudiannya diteruskan dengan pemberian penghargaan kepada stokis bertaraf Gold dan seterusnya. LeYa sangat kagum dengan kejayaan yang mereka capai sehingga berjaya mendapatkan jumlah jualan melebihi RM1 juta. Tahniah diucapkan kepada stokis yang berjaya. LeYa dapati stokis yang telah berjaya ini memperoleh hadiah berupa menunaikan fardhu umrah buat pasangan suami dan isteri beserta hadiah-hadiah menarik yang lain.
Ketika majlis berlangsung, LeYa dihidangkan dengan menu makan malam yang sedap-sedap belaka. Kalau dah namanya malam gala, sudah tentu akan ada best dress terbaik. Untuk kelihatan unik dan menarik, Ifa Raziah membuat kelainan dengan memanggil 3 orang dari lelaki dan perempuan untuk naik ke pentas dan dikehendaki membuat cat walk dan undian dipilih berdasarkan sorakan paling ramai. Suasana semakin meriah dengan sorakan dari warga Karisma Cosmetic untuk melihat rakan-rakannya menang. Calon-calon yang terpilih pun sporting je layan kerenah Ifa Raziah tu. Hehe...
Acara diteruskan lagi dengan kemeriahan menari beramai-ramai. Ifa Raziah juga turut menyampaikan lagu dan berduet dengan Hael Husaini. Suasana malam tu memang sungguh meriah dan mempesonakan.
LeYa mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada rakan blogger, Khir Khalid atas undangan bermakna ini dan tidak lupa juga kepada penganjur terhebat, Karisma Cosmetic yang telah memberi peluang untuk bersama dalam Karisma Cosmetic Annual Award Dinner 2018 yang bergemerlapan ini. Satu pengalaman yang manis dapat LeYa coretkan bersama rakan-rakan blogger yang hadir dengan warga Karisma Cosmetic yang sporting. LeYa doakan semoga kalian terus maju dan berjaya dengan cemerlang.
Maklumat lanjut boleh layari laman Facebook | Karisma Cosmetic HQ
#PastiSangatCantik
Salam & Hi,
BalasPadamThank you bagi peluang tila review D'Aura Salon.
Done follow
https://thoughtsbytila.blogspot.my/
Hiii tila... Okay.. Leya follow juga
Padamwow
BalasPadammeriah masing2
Memang meriah sangat². Masih teringat-ingat lagi
PadamMmg meriah dan eksklusif dinner ni.. tak sabar juga nak try produk terbaru karisma cosmetic tu. Menarik :)
BalasPadamKan3x... Happening sangat.. Betul tuh.. Tak sabar juga nak try produk KC ni
PadamPergh!! Meriahnya..
BalasPadamKan3x...hehehe...
PadamLeya dan Otomen pun cantik malam tu...founder dah macam puteri di raja
BalasPadamTerima kasih kak.. Hehehe...
Padamglamournya event Karisma cosmetic ni..evenorg yang g review pun tak nak kalah glamournya hihihi
BalasPadamHahaha... of course kene glamourous... ala2 retis gitew... Hahahha..
Padam