Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Semalam lepas pulang dari kerja,
LeYa singgah di Giant Hypermarket, Seri Kembangan untuk membelilah sedikit
barangan dapur. Sekali teringatkan Encik Otomen Taro memang minat dengan jenama dari produk Ramly ni, terus LeYa capai makanan frozen dari jenama Ramly
yang diminati Encik Otomen. Haa… Tengok tuh! Sekali empat kaw, LeYa beli untuk
stok makan kudap-kudapan Otomen kat rumah nanti.
Jenama Ramly Menjadi Kesukaan Ramai
Kebiasaannya, di rumah LeYa ni
memang selalu juga lah ada stok makanan ringan ni. Sebab bila LeYa dah tidur
dan tak sedarkan diri, Encik Otomen pula kelaparan. Jadinya, beliau akan masuk
ke dapur dan menggoreng makanan frozen
ni. Katanya lebih mudah dan cepat. Hehehe….
Sambil-sambil tuh juga, kadang-kadang kami buat makan sebagai kudap-kudapan
menonton tv atau santai-santai bila lapar. Kebetulan lalu di bahagian makanan frozen, LeYa pun terus lah beli banyak sikit dengan pelbagai jenis produk Ramly ni. Macam sebelum-sebelum ni. LeYa selalu beli hotdog sahaja. Tapi, semalam nampak macam menarik pulak yang lain-lain ni.
Terus ambil dan bayar. Itu pun kadang tak sempat simpan lama pun. Sekejap je
dah selesai oleh Encik Otomen. Hehehe…
Kalau nak tahu lagi sebenarnya
terdapat banyak jenis makanan dari jenama Ramly ni. Macam-macam pilihan korang
boleh pilih dan beli untuk seisi keluarga. Jenama Ramly ni pun dah lama
bertakhta kat negara kita Malaysia. Jadi, memang tak asing lagi dengan korang
semua kan. So, kalau korang nak juga beli produk jenama Ramly ni dah tak susah
pun. Mana-mana supermarket pasti ada. Tapi kena cepat juga taw. Sebab
kadang-kadang licin stok kat ruangan frozen
ni. Memang laku keras sehingga hari ini. Okay… sampai di sini sahaja. Tata titi
tutu…
brand ramly memang terkenal sejak dulu lagi
BalasPadamKan3x.... Sebab tu Incik Suami memang suka
Padamdari kecil sampai dah beranak dua, jenama Ramly tetap jadi pilihan :)
BalasPadamSetuju... Sedari kecil hingga dah berumahtangga tak pernah lupa kan tentang brand ni kan..hehehehe...
PadamJenama Ramly memang menjadi piliha.Dr zaman kecik smpai dah ada ank memang ni jer yyg jd pilihan
BalasPadamBetuullll.... Sama lah kite
PadamDaging burger Ramly tetap lejen. All time fav tu leya. Skrg makin maju empayar Ramly kan.
BalasPadamYup... Makin maju dan masih sedap
Padamteringat dulu x leh klu xde bekal ramly dlm peti
BalasPadamHahaha... Kan3x... Lejen sangat tu
PadamMmg betul tu.. klu daging burger terutamanya, mmg cari Ramly.. jenama lain mmg tak boleh lawan. Kurang kick berbanding Ramly :)
BalasPadamMemang setuju... Rasa isi dagingnya hingga ke tulang.. Hehehehe...
PadamProduct Ramly memang all time fav akak
BalasPadamKan3x... Semestinya...
Padamyes....mmg seminggu sekali liezkan pergi cafe ramly beli lunch.. sbb byk sgt menu dan lagi best yakin halal
BalasPadamWoW!!! Tak pernah lagi pergi cafe die
PadamIya..samalaah kita..Ramly je jenama yg selalu Kami beli.::
BalasPadamKan... sebab sangat sedap dan berkualiti
Padam