Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Okay... LeYa nak sambung semula travel LeYa dengan rakan media ke selatan Thailand yang lalu. Sebelum ni LeYa ada cerita tentang Jelajah Selatan Thailand | Kenali Budaya dan Tempat Menarik di Betong yang semakin terkenal dan berkembang. Kali ini LeYa bawa lagi meneroka kawasan selatan Thai yang lain.
Usai bergambar di puncak Gunung Iyerweng, kami bergegas balik ke hotel untuk check-out. Sebelum sampai ke destinasi wilayah kedua iaitu Narathiwat, kami singgah dahulu di peti surat terbesar di dunia yang terletak di Bandar Betong dan mengabadikan sedikit kenangan di situ. Pertama kali datang dan melihat sendiri betapa besarnya peti surat itu. Tengok lah tu! Kecil sahaja LeYa dengan peti surat gergasi berwarna merah tu. Memang kalau main sorok-sorok bawah timbunan surat pasti tak dijumpai. Ekekeke...
Kemudian, selesai bergambar kami dibawa pula ke pusat penyiaran TV tunggal di Yala iaitu NBT Yala. Okay... LeYa teruja sebab dapat tengok bagaimana krew-krew tv jalankan produksi mereka, lebih-lebih lagi di selatan Thai ini. Paling seronok lagi, kami dapat sertai satu program tv mereka yang bertajuk "Di Kedai Kopi".
Dapat jugak lah kami media Malaysia merasai masuk dalam siaran TV di selatan Thai ini. Program Di Kedai Kopi ini menggunakan dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Thai. Tetapi Bahasa Melayunya lebih kepada dialek Kelantan. Jadi, memerlukan pendengaran yang baik untuk memahami setiap bait-bait bicara mereka. Lagi-lagi LeYa yang agak kurang kick sikit bila percakapan laju-laju. Syukur ada hero Malaya LeYa, Mr. Otomen Taro.
Selesai percutian kami selama 2 hari di Daerah Yala. Memang seronok dan semuanya dalam keadaan selamat. Jadi korang bolehlah singgah untuk menikmati tempat-tempat menarik di sini. Perjalanan kami ke Su-ngai Golok iaitu Daerah Narathiwat melalui jalan darat mengambil masa lebih kurang 2 jam. Setibanya di sana, hari sudah pun malam. Jadi kami terus check-in di hotel kedua iaitu Hotel Genting.
Sumber | Google
Setibanya kami di sini, kami dibawa masuk ke ruang Ballroom mereka untuk menikmati juadah makanan dengan diiringi persembahan tarian kebudayaan yang mereka telah sertakan. WoW!!! Hebat! Memang seronok melihatnya.
Hidangan yang disediakan juga semuanya sedap-sedap. Memang menepati citarasa LeYa yang suka makan pedas-pedas. Makan malam sambil ditemani persembahan kebudayaan memang meriah. Perut yang sedari tadi kelaparan, kenyang dan seronok dengan layanan mereka kepada kami semua.
Bila malam menjelma, pasti semua umat manusia akan tidur. Usai dari menikmati juadah makanan yang sedap-sedap berserta persembahan yang cukup bertenaga dan menakjubkan, kami bersiap sedia untuk masuk ke ruang bilik kami masing-masing untuk merehatkan diri buat seketika. Masuk sahaja bilik yang mempunyai 2 katil bujang ini terasa terus ingin melompat dan tidur. Namun, memandangkan LeYa belum lagi menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim, jadinya selesai sahaja mandi dan membersihkan diri, LeYa bersolat Jama' Takhir Maghrib dan Isyak dan barulah lena dibuai mimpi indah.
Ruang bilik yang cukup selesa dan dilengkapi segalanya perkakasan yang ada pada hotel, memudahkan LeYa dan Otomen untuk bermalam di situ. Walaupun hotel di Betong lebih selesa dan cantik, tetapi LeYa rasa di sini pun sudah memadai. Lagipula, kami hanya 1 malam di hotel di setiap tempat yang kami tuju.
Nak tahu destinasi menarik yang akan LeYa singgah di sini keesokan harinya, nantikan kemunculan episod seterusnya dari LeYa akan datang. Semoga bertemu lagi dan selamat bercuti jika ada yang sedang merancang percutian buat keluarga.
Stay tuned yaa...!
Terima kasih LeYa perkongsiah kisah perjalanan ni...memang besar peti surat tu...tersergam.
BalasPadamSama-sama... hehe.. Kan... tinggi melampai
PadamSatu pengalaman yang menarik kan leya dpt melawat tempat orang. Kak ana tumpang seronok tgk gambar2 leya.
BalasPadamTerima kasih Kak Ana.. Ye memang sangat seronok.. Pengalaman yang tak dapat dilupakan
PadamWah, cantiknya tempat dorang. Leya pun masuk tv Yala ke?
BalasPadamSangat cantik... Aah... tapi bahagian penonton aje..hehe..
Padamklau yala mmg byk pakai bahasa melayu kan... tp mmg bunyinya laju la.. sbb mcm slang kelantan
BalasPadamYup... Tu yang kadang blur tu... Hahaha...
PadamWah.. menariknya
BalasPadamMemang menarik... Jom
PadamTertarik dgn gmbar makanan tu. Hehe
BalasPadamMakan jangan tak makan..hehehe..
Padam