Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah… Dua episod dah
LeYa ceritakan pengalaman LeYa mengembara di bumi selatan Thailand. Kali ini
LeYa akan bawa lagi korang menikmati pemandangan lebih indah di kawasan Su-ngai
Golok dan Pattani.
Sebelum tu, jom sarapan pagi
dahulu di sekitar pasar pagi di Hotel Genting. Macam-macam ada! Confirm korang rambang mata nak
memilihnya.
Sempadan Malaysia-Thailand di
Pintu Masuk Su-ngai Golok
Sungai Golok atau Sungai Kolok
adalah satu lokasi yang sama. Yang bezanya adalah pertuturan yang datang dari
negeri Kelantan di mana mereka menyebut “Sungai Golok” manakala orang-orang
Thai pula menyebut dengan kata “Sungai Kolok”. Tiada bezanya pun. Ha! Kan dah
tahu serba sedikit budaya pertuturan masyarakat di sini. Sebab itulah LeYa
memang suka travel untuk menambahkan
lagi pengetahuan.
Okay2… Dalam temubual di bawah
sinaran matahari penuh memikat, pegawai yang bertanggungjawab telah menerangkan
bagaimana pengurusan keluar-masuk rakyat Thailand dan Malaysia serta pelancong
yang menggunakan pengangkutan darat untuk ke sini. Menurut beliau lagi,
penduduk Thai yang berhampiran sempadan, hanya menggunakan passport sementara
untuk membolehkan mereka berurusan kerja di Kelantan.
Bagi rakyat Malaysia yang masuk
melalui Rantau Panjang, mereka disediakan perkhidmatan motor khas yang mana ia
membawa orang Malaysia dan pelancong ke Bandar Sungai Golok dengan kadar
bayaran sebanyak 40 baht.
Perjalanan kami seterusnya
menjelajah kawasan industri kraftangan yang mana dihasilkan sendiri oleh
penduduk kampung. Setibanya kami di kawasan Kampung Baan Thorn Aman, LeYa
terpukau dengan kekreatifan dan keseniaan hasil kraf yang direka mereka. Memang
sangat cantik dan terpesona.
Dikatakan lagi di mana di selatan
Thailand ini, kerajaan amat menggalakkan dan menerapkan setiap kampung mesti
mempunyai satu hasil kraf mereka sendiri untuk dimajukan sebagai sumber
pendapatan dan juga sebagai pusat pelancongan untuk menarik ramai pelancong
hadir ke sini.
Di sini, kami bertuah kerana
dapat melihat dari awal mereka lakukan kerja-kerja kraftangan ini bermula
dengan menjemur daun, mewarnakannya dan menganyam sehingga menjadi hasil yang sangat
cantik.
Tengok
sahaja lah bagaimana LeYa menggayakan hasil seni halus mereka ini. Cantik kan!
Ramai jugalah di kalangan rakan-rakan LeYa yang membelinya sebagai cenderahati
untuk dibawa balik Malaysia nanti. LeYa memang teringin juga nak memiliki satu
tapi memandangkan masa tuh wang yang dibawa hanya cukup-cukup untuk keperluan
yang lebih penting, jadinya LeYa batalkan niat dan cukuplah sekadar memiliki
gambar-gambar sebagai tanda kenang-kenangan. Hehehe….
Tidak cukup itu sahaja, kami
melawat pula perkampungan yang menjalankan perusahaan pertukangan sampan dan perahu.
WoW!!! Cantiknya! Sekali lagi LeYa terpegun dengan seni halus yang mereka
hasilkan.
Korang kenal tak dengan daun yang
LeYa tunjukkan kat atas tuh? Kalau korang nak tahu itu adalah Daun Emas. Satu yang masih segar bugar
dan satu lagi yang sudah dikeringkan. Daun emas yang telah dikeringkan itu
kemudian digilap dan dicantikkan untuk dijadikan perhiasan dinding dalam frame. Menarik sangat kan! LeYa suka
betul tengok hasil seni mereka ni.
Perjalanan LeYa tidak terhenti di
situ. Kami meneruskan lagi perjalanan tengah hari itu ke sebuah sekolah, Attarkiah Islamiah School. Ia merupakan
sebuah sekolah swasta yang sangat besar dan lengkap dengan pelbagai kemudahan
dan kesemua pelajarnya adalah Islam. Pelbagai rencah kehidupan di dunia
pekerjaan telah diajari di situ untuk memberikan pelajar lebih mesra dan kenal
kehidupan selepas sekolah. Nampak menarik kan tetapi nak masuk ke sini bukanlah
mudah. Pelajar yang ingin memasuki ke sekolah ini perlulah melalui satu ujian
yang melayakkan mereka untuk menyertai pembelajaran di sini.
Suasana sekolah yang cukup
kondusif dan selesa untuk para pelajarnya menjalani pembelajaran dengan tenang
dan selesa.
Kehadiran kami ke situ disambut
meriah oleh mereka dengan persembahan koir, seni pencak silat dan juga tarian
serta dijamu hidangan makanan tengah hari yang sedap-sedap belaka. Ya Allah!
Syukurnya dengan limpahan rezeki yang diperoleh LeYa ketika berada di sini.
Perut kenyang, hati pun riang walaupun terasa penat mengembara ke destinasi-destinasi
menarik ini. Benarlah orang kata, penat badan akan hilang bila kita sampat ke
lokasi percutian yang menarik.
Azan sudah pun berkumandang menandakan
waktu solat Zuhor. Kebetulan kami lalu di situ dan terus berhenti di sebuah
masjid yang pembinaannya tanpa menggunakan sebiji paku pun. Masjid itu dikenali
Wadi Al-Husein yang telah dibina
pada tahun 1624 oleh Wan Husein bersama penduduk Kampung
Teluk Manok di Pattani secara bergotong-royong. Bangunan yang sederhana besar
itu dibina keseluruhannya dengan kayu cengal dan atapnya daripada genting.
Menurut Imam yang mengendalikan
masjid itu, konsep masjid ini menggabungkan Jawa dan Arab yang kita dapat lihat
melalui ukiran dan rekabentuk luarnya. Hasil daripada pembinaannya yang tanpa
jentera itu, siap secara bergotong-royong dengan menggunakan peraltan asas
seperti kapak dan beliung, ketam dan pahat, batu kikir dan lain-lain. Jadi,
terhasil lah sebuah masjid yang indah dan kemas sehingga kini.
Jauh perjalanan luas pandangan.
Itulah orang tua-tua dahulu kata. Perjalanan kami sudah semakin jauh. Kini, kami
sudah pun berada di kawasan Pattani.
Jam ketika itu sudah menunjukkan lebih kurang pukul 4.30 petang. Kami telah
sampai di sebuah kampung nelayan yang diberi nama Kampung Bhana. Di sini, ekonomi pelancongannya diperkenalkan
melalui aktiviti merentasi Sungai
Pattani untuk melawat tinggalan lama Kompleks Makam Diraja.
Setibanya kami di Kampung Bhana, kami dihidang dengan makanan tradisional yang rata-ratanya LeYa tidak pernah makan. Antaranya ialah Buah Gomok Abu, Ladhu, Tepung Bongkol dan Kerabu Sare. Bagi LeYa yang memang pencinta makanan ni, memang layan jer. Hahaha…
Kerabu Sare
Tepung Bongkol
Perut pun sudah terisi. Tanpa melengahkan masa lagi, kami diberi life jacket untuk bersiap sedia menaiki bot ke kampung seberang melihat tinggalan lama makam diraja. Perjalanan di lautan memberi pengalaman bermakna buat LeYa sebab dapat melihat suasana lautan dan pulau-pulau kecil yang ada di negara luar. Tak lama mana pun kami di atas bot tu. Lebih kurang dalam 20 minit je. Bila kami sampai di perkampungan itu, kami terus bergerak ke kawasan Kompleks Makam Diraja yang juga diberi nama makam Raja Biru, Raja Hijau dan Raja Ungu di mana mereka merupakan 3 adik-beradik diraja pada zaman kegemilangan raja Islam di Pattani suatu ketika dahulu. Kami tak lama kat sini sebab hari sudah pun mulai gelap.
Turun sahaja dari bot, hidung
terbau makanan bakar. Hoho… Kami dihidang pula makan malam dengan makanan laut yang segar dari lautan. “Sinting” seperti
dalam gambar di bawah ini adalah yang pertama kali LeYa menikmatinya. Okay
sedap juga. Tetapi otomen memang sangat suka sebab dia dah pernah makan pun
sebelum ni masa kecil dulu-dulu. Hehe…
Yabeddaa.. beddooo… Perut dah
suka hati kekenyangan dengan hidangan makanan yang segar dan enak. Kami pun
meminta diri untuk beradu di penginapan hotel ketiga kami. LeYa amat-amat
berterima kasih kepada C.S. Pattani Hotel kerana telah menyediakan penginapan
yang mewah dan selesa buat kami semua.
Sumber Google
Ada banyak lagi cerita menarik di kawasan Pattani ini. Nak tahu lagi? Terus ikuti Blog LeYa. Okay...Selamat bercuti kepada semua yang sedang merancang untuk percutian menarik.
Itu polis Thailand kah ? Knp semuanya agak kertu-kertu ya 😂
BalasPadamAnyway, suka tengok reka bentuk masjid yg ada ciri2 jawa dan arab tu. Unik sangat.
Anyaman tu pon nampak cantik sekali. Range harga macam mna erk barang2 senireka begitu ? Mahal x Leya ?
Hahaha...lawak la Zharif.. LeYa pun hampir tak perasan.. Almaklumlah Incik Suami ade sebelah.. Jadinya tak pandang pun hak lain.. Kikiki..
PadamRange harga hasil kraftangan die yang tikar tu okay la... Berpatutan.. Tapi yang perahu tuh agak mahal sikit la bagi LeYa.. Hehe.. maklumlah bajet tak mampu. Kite tak kaya.. Cukup2 makan aje.. Mampu tengok dan berselfie saje la.. Hehehe..
Sinting tu mmg best.. Selalu jugak makan.. Ayu adr pakcij yg jd tekong bot lauy dalam.. So bula diirg naik ke darat, mmg akan ke kapal n amik hihi..
BalasPadamKan..memang sedap
Padamwah bestnya
BalasPadamAah... Memang best..
Padamnak pegi but i dont i can go dgn foods dye haha. the room looks super nice
BalasPadamThanks so much... Hehe..jom
PadamWah seronoknya.
BalasPadamHehehe...
PadamBestnya Leya, Zumal pun teringin juga nak pergi...
BalasPadamBoleh3x... Nanti zumal boleh pegi
Padamcantik reka bentuk masjid tu....
BalasPadamYup...Memang cantik kan...
Padamsakannya g jln2 ke thailand..liez duk kedah lama pun tak terfikir nak g sana..rugi pulak rasa
BalasPadamHehehe... Pi jangan x pi...
PadamMemang plan Untuk ke Thailand cuti ni..kali kedua ni. macam menarik je Hotel tu...makanan kat Thai memang Terbaik semua kan!
BalasPadamOkay... Selamt bercuti ye..hehehe..
PadamLeYa, ada pakej ke kalau nk pegi tempat2 tu? Berapa/pax?
BalasPadamLeYa boleh guide ke?
Padamwahh!! bestnya dapat gi thailand..
BalasPadamLeya boleh recommend tour guide klu nak masuk pattani
BalasPadam