Rabu, 28 Februari 2018

Pakej Perkahwinan Mewah dan Murah Di Ambassador Putrajaya Oleh Hanana Group

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Raikan Cinta memang menjadi impian setiap pasangan pengantin untuk meraikannya dalam suasana yang meriah dan mewah. Namun, tidak dinafikan ia mungkin memerlukan modal yang besar. Impian dan angan-angan itu mungkin boleh disempurnakan dengan memilih pakej perkahwinan yang benar-benar menepati kehendak dan citarasa setiap pasangan. 


Bermula detik itu, pemilik syarikat Hanana Group Sdn Bhd, Norfazlin Abd. Ghafar menawarkan promosi sehingga RM10,000 kepada bakal pengantin yang menginginkan majlis perkahwinan mewah setaraf hotel lima bintang.


Menurut Norfazlin, pakej promosi yang disediakan terhad itu, hanya ditawarkan sebanyak RM25,000 berbanding RM35,000 kepada bakal pengantin untuk meraikan hari istimewa dalam suasana mewah dan berbaloi-baloi dengan lengkap segala kemudahan yang telah disediakan.

“Pakej ini adalah jemputan seramai 1,000 tetamu dengan hidangan buffet lima jenis lauk terkenal seperti Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Sambal Sotong, Kari Daging dan Nasi Beriyani. Manakala pengantin pula akan dijamu dengan hidangan istimewa dan turut menerima sepasang pakaian serta kemudahan lain seperti pembesar suara dan juga pengacara majlis.” Kata Norfazlin ketika ditemui dalam sessi temubual bersamanya di pejabatnya baru-baru ini.

 
Pakej Perkahwinan Sri Tanjung dan Sri Pinang (Klik untuk tumbesaran gambar)


Busana pakaian pengantin yang cantik dan mempesonakan

Lebih 100 Pasang Busana Pengantin Cantik dan Mewah

Mempunyai lebih 100 pasang busana pengantin yang cantik-cantik, tidak hairan lah Hanana Group menjadi pilihan lokasi kepada bakal pengantin masa kini. Bukan setakat itu sahaja, malah kepada pasangan yang berbadan besar juga boleh diubahsuai mengikut kesesuaian badan dengan hanya menambah sedikit perbelanjaan tambahan. Turut disediakan juga jurugambar professional dalam melaksanakan tugas mengambil gambar-gambar sekitar majlis dengan begitu berseni dan cantik sekali. 

 

Menata rias setiap busana dengan pelbagai manik dan labuci serta pemilihan pakaian mengikut tema memang membuatkan LeYa terpesona dengan kecantikan setiap busana yang ada di situ. Lebih meriah lagi, rakan-rakan LeYa yang hadir turut memakai koleksi pakaian yang disediakan. 


Tengok sahaja di antara koleksi pakaian yang diperagakan oleh rakan-rakan LeYa ini. Semuanya memang sangat cantik dan rambang mata untuk memilih yang terbaik. Bagi LeYa ia memadai dan sangat berpuashati dengan bajet yang disediakan. Tema pakaian yang ditonjolkan rakan LeYa iaitu Bella Jamal menampilkan gaya princess dengan skirtnya yang kembang setaman. Hehehe...


Tercari-cari pula pemilihan tema ala-ala Jawa? Jangan risau! Anda cakap sahaja tema pilihan anda kepada mereka. InsyaAllah, semuanya akan ditunaikan sebaiknya. 




  

Tidak cukup itu. Busana lelaki juga tidak kurang hebatnya. Koleksi pakaian pengantin lelaki juga sangat cantik dan tampak segak bila memakainya. Jadi, usah pening-pening kepala lagi memikirkan lokasi pakej perkahwinan terbaik anda. 


Hiasan Dewan Bak Mahligai DiRaja

Kalau tadi LeYa bawakan anda dengan pemilihan koleksi busana pengantin yang sangat cantik, kali ini LeYa akan tunjukkan pula anda dewan yang turut disediakan dalam pakej perkahwinan yang ada di Hanana Group. Bukan sahaja memiliki koleksi pakaian yang cantik-cantik, malah juga terdapat sebuah dewan yang sangat indah seperti berada dalam mahligai diRaja. Susunan dan hiasan mengikut tema disempurnakan sebaiknya dengan kemas dan rapi kepada bakal pengantin dalam meraikan hari penuh bermakna itu.

Dewan yang cukup besar ini boleh memuatkan lebih kurang 350 orang pada satu-satu masa. 




Sungguh luas dan rapi kan susunan meja di dalam dewan ini. LeYa betul-betul puas hati dengan pakej yang disediakan.

Jom kita tinjau pula pelamin-pelamin yang disediakan. Di sini, LeYa difahamkan pemilihan pelamin bergantung kepada pakej yang diambil. Bagi LeYa, pelamin yang sedia ada yang disediakan oleh pihak Hanana Group sendiri sudah memadai dan sangat cantik. Mereka cukup arif dalam menata hias pelamin dengan kesesuaian rona warna yang ada dan menjadikan ia sebuah pelamin kelihatan moden dan minimalis.




Hidangan Makanan Enak dan Menepati Citarasa

Tidak lengkap kiranya sesebuah majlis tanpa hidangan makanan. Hidangan yang disediakan oleh Hanana Catering juga bergantung kepada pakej yang diambil anda. Pihak pengantin juga boleh membuat tambahan lauk jika menginginkannya kerana pihak Hanana Group amat menitikberatkan kepuasan pelanggan.






Jadi, kepada anda yang sedang tercari-cari pakej perkahwinan mewah dengan harga yang berpatutan, bolehlah hubungi Hanana Group untuk temujanji seterusnya. Bukan setakat anda boleh menjimatkan wang ringgit, malah anda juga dapat menjimatkan masa kerana Hanana Group lengkap pakej perkahwinannya dari persalinan busana pengantin hinggalah ke aturcara majlis. Memang puashati!






Maklumat lanjut mengenai Hanana Group, boleh didapati di bawah ini:-

Alamat
No. 92C, Jalan Perak,
Persiaran Diplomatik, Presint 15,
62050 Putrajaya.

Laman Web Official

Facebook

Instagram

#dewanperkahwinanputrajaya #ambassadorputrajaya #majlisperkahwinan #kahwin #dirgahayuputrajaya #hananagroup

Isnin, 26 Februari 2018

Beriadah Hujung Minggu Dengan Program Fit Hasil 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Salah satu gaya hidup sihat dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama keluarga mahupun rakan adalah beriadah hujung minggu di Program Fit Hasil 2018. Bertempat di Akademi Percukaian Malaysia (APM), Bangi, LHDNM telah menganjurkan Program Fit Hasil 2018 sempena Hari Hasil Ke-22 pada 24 Februari 2018 lalu. Manakala sambutan Hari Hasil Ke-22 akan disambut pada 1 Mac 2018 nanti.


LHDNM 22 Tahun

Perjalanan LHDNM selama 22 tahun yang mana peralihan status LHDNM dari sebuah jabatan ke sebuah badan berkanun pada 01 Mac 1996 kini genap usianya pada tahun ini. Dalam tempoh itu, banyak kejayaan dan kecemerlangan yang telah dikecapi oleh LHDNM dan tidak kurang juga cabaran dan kekangan yang dihadapi. 

Seperti yang kita ketahui, peranan dan fungsi LHDNM adalah untuk mentadbir cukai langsung negara dengan efektif dan efisien dengan natijah utama untuk mengutip hasil yang mencukupi bagi pembangunan negara.

Justeru, berlandaskan fungsi dan amanah ini, LHDNM berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan tahap pematuhan cukai secara sukarela menerusi pelbagai program penguatkuasaan dan kesedaran cukai, agar sistem percukaian dilihat sebagai satu entiti yang adil dan telus dalam melaksanakan undang-undang percukaian.



Berkat usaha dan komitmen semua pihak, LHDNM mampu melaksanakan tanggungjawabnya dengan cemerlang terutama dalam memenuhi ekspetasi kerajaan menerusi kutipan hasil dan penyampaian perkhidmatan percukaian kepada masyarakat. 

Pada tahun 2017, LHDNM telah mencatat pertumbuhan positif dalam kutipan cukai iaitu peningkatan sebanyak 8.15% berbanding tahun sebelumnya. Dengan momentum positif ini, LHDNM akan meneruskan tanggungjawab untuk mencapai sasaran kutipan yang telah ditetapkan untuk tahun ini sebanyak RM134.713 billion.

Oleh yang demikian, untuk memastikan prestasi pengoperasiannya berada pada tahap optimum  pada setiap masa, LHDNM menuntu Hasilian untuk sentiasa berada dalam keadaan sihat dari segi mental dan fizikal.




Program Fit Hasil 2018

Oleh itu, sempena meneruskan tradisi sambutan Hari Hasil dengan penganjuran Program Fit Hasil kali ketiga sejak mula diperkenalkan pada sambutan Hari Hasil 2016. Program ini menggalakkan amalan gaya hidup sihat seperti yang telah diaspirasikan oleh kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan.

Program Fit Hasil merupakan salah satu daripada pelbagai aktiviti yang telah direncanakan dalam merancakkan semangat menyambut Hari Hasil. Di samping aktiviti yang berfaedah untuk kesihatan, program ini juga turut menjadi medan interaksi untuk mengeratkan hubungan baik antara LHDNM dengan pelbagai pihak.


Pengisian Program Fit Hasil kali ini dapat dilihat lebih menarik kerana turut disediakan pelbagai aktiviti seperti 'Fiesta Fit Hasil' yang mana para pengunjung boleh turut serta atau menguji tahap kekuatan fizikal dan mental dalam ujian senamrobik pelbagai genre selama 90 minit.

Selain itu juga, terdapat acara Street Games seperti Street Ball dan Street Netball turut dipertandingkan dan lebih menggamatkan suasana ia turut disertai oleh rakan-rakan daripada Media Prima dan Astro Awani.

Aktiviti lain seperti Family Fun Walk juga diadakan bagi ahli keluarga untuk berjalan-jalan santai di APM, selain sukaneka buat kanak-kanak dan dewasa. Untuk tahun ini, Amazing Taxplorace telah diadakan yang mana cabaran ini disertai pelajar-pelajar universiti jemputan dari sekitar Bandar Baru Bangi.

Jangan dilupakan juga aktiviti kanak-kanak. Acara yang disediakan untuk mereka termasuklah Fun Ground, Berkuda, Memanah, Face Painting, Henna Painting dan permainan Sand Art bagi memastikan mereka sentiasa dapat menimba pengalaman terbaik dalam mengisi waktu cuti hujung minggu.






Sepanjang program diadakan, turut disediakan Food Truck buat para pengunjung untuk membeli pelbagai juadah makanan dan minuman. Ini juga turut membuktikan LHDNM menyokong penuh pembangunan Industri Kecil dan Sederhana untuk berkembang maju dalam perniagaan mereka.

Selain itu juga, kaunter informasi cukai turut dibuka bagi memberi peluang kepada semua untuk mendapatkan khidmat nasihat percukaian secara terus dari pegawai LHDNM.

Menggamatkan lagi suasana hari itu adalah penampilan khas artis jemputan seperti Ippo Hafiz, Bell Ngasri, Ernie Zakri dan Joey yang sememangnya menjadi tarikan pengunjung dalam memeriahkan program. Program turut ke udarakan melalui Radio Hot FM yang dikendalikan oleh Hot FM Zoomers. 






LHDNM terus memainkan peranannya sebagai pentadbir cukai negara dan  memberi perkhidmatan terbaik kepada semua lapisan masyarakat. Besarlah harapan LHDNM agar peranan ini disokong dan dilihat sebagai 'aset komuniti' serta merupakan tanggungjawab bersama untuk negara.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari 

Laman Web Hasil

Facebook

Instagram 

Sidang Media Program Fit Hasil 2018