Rabu, 14 Februari 2018

5 Video Terbaik Wajib Tonton Sempena Tahun Baru Cina 2018

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Happy Chinese New Year 2018
Selamat Tahun Baru Cina 2018. Tinggal satu hari sahaja lagi kaum Cina akan menyambutnya. Pasti mereka sudah selesai membuat persiapan untuk menyambut perayaan besar mereka. Seperti kebiasaan, setiap kali tibanya musim perayaan pasti banyak video-video menarik dipaparkan. Ada yang sedih, gembira dan juga kelakar. Sebenarnya terdapat banyak juga video-video hebat untuk tahun ini. 

Dari puluhan video yang LeYa dah tonton, 5 video ini adalah yang wajib korang tonton juga. Hehehe... Setiap adegan dan watak dalam filem pendek yang dilakonkan dalam video ini mempunyai ceritanya sendiri. Jadi, sudahkah anda bersedia? Jom Tonton!

1) Think Too Much Liao - CNY 2018 Short Film
Ini adalah filem pendek yang direka khas oleh Mont Kiara, CITTA Mall, Klang Parade dan Ipoh Parade. Filem ini berkisahkan bagaimana eksekutif di sesebuah syarikat berusaha keras demi meningkatkan mutu kerja terbaik di musim perayaan yang semakin dekat. Nampak seperti biasa sahaja, tetapi ia sangat menarik untuk diteladani. Mesti ada sahaja di kalangan ahli eksekutif menginginkan yang terbaik dari ahli-ahli lain. At last, memilih untuk lebih bersahaja dan santai. Kadang-kadang kesederhanaan lebih baik daripada melebih-lebih.

2) He always alone & sad until THIS HAPPENED!
Kasih antara keluarga memang tidak boleh dipisahkan. Walau sibuk macam mana pun kita, ambil sedikit masa untuk luangkan bersama keluarga terutama di musim perayaan ini. Eratkan silaturrahim sesama keluarga.

3) The Coming Together - TNB Chinese New Year 2018
Masa silam mungkin tidak boleh berpatah balik. Tetapi ianya boleh dilakukan dengan cara mengembalikan kenangan mengikut kreativiti kita melakukannya. Tak salah kan kita cuba melakukan sesuatu yang menarik di hari yang penuh bahagia ini. Jom jadi kreatif!

4) Nissan Malaysia CNY 2018 | My One Better Than Your One
Tiada yang lebih bernilai melainkan berbaik dengan adik-beradik. Dan janganlah menunjuk-nunjuk kelebihan yang kita ada. Lebih baik bersederhana dan bangga akan kejayaan setiap yang adik-beradik kita telah capai. Go Happy with Your Family lah!

5) The Approval æŽ¥çº³ : OLDTOWN White Coffe CNY 2018
Nak pikat hati si pasangan kenalah pikat hati mertua dulu kan. Hehehe... Tak gitu! Jadinya perlu dibuat perancangan terbaik demi menjaga hati dan perasaan kedua ibu bapa mertua dengan pemberian dari kita. 

Ini merupan 5 video terbaik yang menjadi pilihan LeYa sempena Tahun Baru Cina 2018 kali ini. Dari kelima-lima video yang LeYa tonton, kesemuanya mengisahkan tentang kekeluargaan, persahabatan dan berkasih sayang. Dalam dunia ini, hendaklah kita sentiasa hormat-menghormati, bertoleransi dan mempunyai sifat kasih sesama sendiri dan keluarga. Kisah-kisah yang memberi 1001 teladan kepada LeYa dan semua.

10 ulasan:

  1. Penuh dengan makna yang tersirat. Keluarga adalah segalanya lagi-lagi bila nak sambut perayaan

    BalasPadam
  2. Best kan tengok filem filem pendek macam ni bila musim perayaan. Untunglah orang Malaysia macam macam ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... Semestinya rakyat Malaysia memang sentiasa beruntung..

      Padam
  3. Kak ana suka tgk short movie mcm iklan2 ni. Byk pengajaran yg disampaikan.

    BalasPadam
  4. Inilah yang buat saya rasa bangga jadi rakyat Malaysia

    BalasPadam
  5. Dari kecik memang suka sangat tengok filem pendek camni.. lebih2 lagi waktu raya.. byk kat tv kan

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com