Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Setiap petang lepas pulang dari kerja LeYa akan bergegas masuk ke #DapurPanasLeYa untuk masak makan malam bersama Encik Suamiku Otomen Taro. Setiap hari kalau masak, Otomen lebih suka ada sayur-sayuran. Kalau tak ada sambal pun tak apa. Janji ada sayur. Sebabnya Otomen ni tak kuat sangat makan pedas macam abang-abangnya. Hehehe... Okay... kali ni menu sihat LeYa nak kongsikan resepi mudah Sup Sayur Kobis Campur Lobak Merah. Memang sedap kan hirup sup di malam-malam yang dingin ni. Tambah lagi pula Otomen baru baik dari demam. Jadinya bertambah seleralah beliau dapat menghirup sup panas ni.
Resepi Sup Sayur Kobis Campur Lobak Merah
Alhamdulillah... LeYa dan Otomen memang kaki makan sayur. Sejak dari kecil lagi IbuBapa kami dah didik makan sayur. Lebih-lebih lagi LeYa. Tak pernah pun kami memilih untuk kata tidak pada makanan. Semuanya makan dengan licinnya. Jadinya, terbiasa dah sampai sekarang. Masak sahaja apa jenis sayur, pasti habis licin. Macam Sup Sayur Kobis Campur Lobak Merah nie, LeYa masak tumis air sahaja. Jom... LeYa kongsikan resepi ringkas dan mudah nie ye... Hehehe...
Sup Sayur Kobis Campur Lobak Merah
Bahan-Bahan:-
Sayur Kobis - 1/2 biji
Lobak Merah - 1/2 biji
1 biji bawang besar - dihiris
3 biji bawang putih - dihiris
1/2 inci halia - diketuk
1 Paket Sup Bunjut
Sedikit Soo Hoon - direndam terlebih dahulu
Pucuk Tauhu - tak nak letak pun tak apa. Macam LeYa tiada kat rumah. Jadinya tak letak pun.
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Cara-caranya:-
1) Panaskan minyak.
2) Kemudian tumis bahan yang dihirs, halia dan sup bunjut sehingga naik bau.
3) Kemudian masukkan air. Ikut sukatan yang korang nak. Kalau nak banyak, tambahkan lah air.
4) Biarkan mendidih, kemudian masukkan Sayur kobis dan carrot.
5) Biarkan mendidih sekejap. Kacau.
6) Masukkan pula soo hoon dan pucuk tauhu yang telah direndam tadi. Sedikit garam. Kacau.
7) Sedia untuk dihidangkan.
Wah,dah lama tak masak sup sayur. Jadi teringin pulak...
BalasPadamYeah... Jom masak sup sayur panas2... Memang terangkat
PadamMasa demam atau baru nak kebah demam tu makan sup memang sedap leya. Kak ana pun suka makan sayur. Semua mcm sayur kak ana makan. Kalau sup sayur lagu fav. Hehe. Syafakallah buat Otomen.
BalasPadamTerima kasih Kak Ana.. Okay...Otomen dah sihat dah..hehe..
Padam