Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Sebut sahaja Negeri Selangor, ramai yang masih belum tahu tempat-tempat menarik di sini. Malah, ada juga yang beranggapan lebih baik bercuti di tempat peranginan seperti pantai dan kawasan air terjun. Namun, di sebalik kesibukan kotaraya metropolitan yang penuh dengan pelbagai ragam manusia ini, ingin LeYa perkenalkan satu lokasi menarik untuk anda kunjungi bersama keluarga mahupun rakan-rakan.
Baru-baru ini, semasa cuti persekolahan yang lalu, LeYa dan rakan-rakan dari pasukan Propa Rangers telah ambil keputusan untuk melawat Chocolate Muzium Kota Damansara yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Kalau diikutkan planning, macam-macam tempat juga nak dilawati. Tetapi tidak disangka sama sekali Muzium Coklat ini menjadi tarikan destinasi percutian kami ketika itu.
Kisah Pertama Kali Ke Chocolate Museum Kota Damansara
Chocolate Museum Kota Damansara adalah sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh DR Group Holding Sdn Bhd yang merupakan syarikat pengeluar dan pengedar coklat terbesar di Malaysia. Muzium coklat ini dibuka secara rasmi oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada 16 Januari 2014.
Muzium coklat yang berkonsepkan 3E iaitu pengetahuan interaktif (Education Interactive), pengalaman membuat coklat (Experience Chocolate Making) dan keseronokan membeli-belah (Enjoyable Shoppings) sehingga kini telah menarik setengah juta pelawat sejak pembukaannya.
Maka, sebagai alternatifnya LeYa seronok mendengar penerangan dari Pegawai Penerangan, Encik Muhamad Ridzwan bin Md Ali bersama Chef Muadz, chef coklat yang turut serta dalam aktiviti teroka kami itu.
Tertarik ke Chocolate Museum Sebab Viral di Media Sosial
Menjadi asbab sekarang semua berita viral di media sosial, tidak terkecuali Muzium Coklat ini. Jadi, atas sebab itu... LeYa merancang bersama rakan kongsi, Along Murni untuk menjayakan program travel bersama Propa Rangers ke Chocolate Museum. Kami ingin alami sendiri, kami nak merasa pertama kali ke Chocolate Museum Kota Damansara dan nak ada pengalaman di situ.
Lokasi Chocolate Museum ini tidaklah sesukar mana untuk dicari. Hanya perlu waze kan sahaja nama muzium ini, anda akan dibawa terus ke destinasi yang dituju.
Pun begitu, Encik Suami a.k.a. Otomen Taro ada juga terlepas simpang untuk ke Chocolate Museum ini. Hahaha... Bila terlepas je, mulalah LeYa dipersalahkan sebab lambat tengok Papan Tanda dek leka dengan Smartphone di tangan. Hehe...
Unik dan Tambah Pengetahuan Ketika Berada Di Chocolate Museum
Sampai sahaja ke destinasi, rupanya kawasan Chocolate Museum ini berkeluasan 4000 kaki persegi. Menurut Encik Ridzwan, ianya akan diperluaskan lagi ke 5000 kaki persegi menjelang tahun 2018.
Mungkin ramai yang tak tahu bagaimana rupa bentuk biji kopi atau koko, rupa raja koko Afrika dan juga anda berpeluang melihat replika mesin adunan coklat pertama di dunia yang telah dicipta pada tahun 1879 oleh peneroka coklat antarabangsa, Swiss Chocolatier, Rodolphe Lindt.
Selain itu, Chef Coklat iaitu Chef Muadz juga memberi penerangan tentang sejarah coklat yang mana coklat ini sebenarnya telah wujud sejak zaman Tamadun Olmec, di mana ia merupakan kaum purba MesoAmerika yang tinggal di dalam hutan di Selatan Teluk Mexico sekitar tahun 600 Sebelum Masihi. Beliau juga telah menunjukkan demonstrasi cara-cara pembuatan coklat dan kemudiannya kami semua diberi peluang untuk merasai sendiri kelazatan coklat segar dari dapur yang dihasilkan beliau.
Aktiviti Propa Rangers Di Chocolate Museum Kota Damansara
Setelah pengembaraan kami di dalam muzium selesai, kami dibawa ke satu lokasi di cafe untuk melaksanakan aktiviti menarik bersama-sama bagi memeriahkan lagi percutian kami itu. Aktiviti yang dijalankan adalah Membina Rumah Coklat oleh pasukan dewasa, manakala kanak-kanak pula diajar Membuat Coklat berupa Gula-Gula.
Penuh asyik dan ketekunan para dewasa meneliti dan merekabentuk rumah ciptaan masing-masing. Tidak disangka bakat-bakat terpendam mereka dapat dilihat menerusi aktiviti gotong-royong ini. Benarlah kata pepatah "Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing".
Kanak-kanak juga tidak ketinggalan dengan keseronokan mereka dapat makan coklat-coklat yang dibuatnya sendiri. Pertandingan Membina Rumah Coklat diadili oleh Chef. Sememangnya lelaki memang lebih kreatif dan inovatif dalam merekabentuk sesuatu struktur bangunan. Jadinya, pertandingan memihak kepada pasukan lelaki atas kekemasan dan kecantikan rumah yang telah direka siap. Walau bagaimanapun, tidak terkecuali juga pasukan perempuan. LeYa tak kata pasukan perempuan tidak kreatif. Dekorasi mereka juga menarik. Tetapi adat pertandingan pasti semua tahu, ada yang menang dan ada yang kalah. Yang penting, mereka semua gembira. Dan LeYa ucapkan tahniah kepada semua.
Menambah lagi keseronokan para pengunjung yang hadir, ruangan Galeria Coklat memberi peluang kepada pengunjung untuk membeli belah coklat pada harga yang rendah. Galeria ini menempatkan hampir 130 jenama coklat berjenama antarabangsa dan tempatan daripada 30 buah negara. Dengan harga yang murah daripada harga pasaran, muzium ini menjanjikan kualiti coklat yang asli dengan harga 30 sehingga 40 peratus lebih murah dari harga biasa.
Chocolate Museum Tawar Diskaun Sempena Tahun Baru Cina
Berita baik buat penggemar dan pencinta coklat, sempena Tahun Baru Cina ini, Chocolate Museum menawarkan diskaun sehingga 70% bagi coklat berjenama tempatan dan import pada 9,10 dan 11 Februari 2018 ini yang akan berlangsung selama 3 hari bermula 9 pagi hingga 5 petang. Jadi, sudah tentu coklat premium kegemaran anda yang diimport dari luar negara boleh didapati dengan harga yang lebih murah daripada biasa.
Nak Pergi Ke Chocolate Museum?
Bertempat di Kota Damansara, Petaling Jaya, muzium ini dibuka secara percuma untuk orang ramai bermula dari 10 pagi sehingga 5 petang pada setiap hari. Walaupun ia tidak sehebat Chocolate Museum di Brixton, London, Chocolate Museum Vienna Austria, Muzium Hershey dan Chocolate Museum Cologne, Jerman, tetapi ia perlu dibanggakan kerana cetusan ilham anak tempatan iaitu Pengarah Urusan DR Group Holdings Sdn Bhd, Dato' Dahlan Mohd Rashid mampu membukanya setanding muzium coklat antarabangsa yang lain.
Untuk lawatan berkumpulan, pelawat bolehlah menempah di laman web Chocolate Museum di http://www.chocolatemuseum.my/enquiry.htm
Alamat: No 2, Jalan Teknologi 3/5,Taman Sains Selangor 1,47810 Kota Damansara,Selangor.
Nombor Telefon: 03-74904260
Faks: 03-61408825
Laman Web: www.chocolatemuseum.com.my
Laman Facebook: www.facebook.com/chocolatemuseumkotadamansara
Laman Instagram: https://www.instagram.com/chocolate_museum_kd
Alamat: No 2, Jalan Teknologi 3/5,Taman Sains Selangor 1,47810 Kota Damansara,Selangor.
Nombor Telefon: 03-74904260
Faks: 03-61408825
Laman Web: www.chocolatemuseum.com.my
Laman Facebook: www.facebook.com/chocolatemuseumkotadamansara
Laman Instagram: https://www.instagram.com/chocolate_museum_kd
Bestnya tengok aktiviti mcm nie. Budak2 mesti suka dibawa ke tempat mcm nie. Dapat mengaplikasikan daya kreativiti dorg dlm menghias. Coklat nya pon nampak sedap. Kalau bawa sy nie, rasanya bukan menghias. Asyik dok ngappp coklat je. Hahaha
BalasPadamHahaha...okay boleh.. Nanti ade trip lagi, LeYa ajak Zharif ye..
Padambestnye aktiviti macam ni ... sesuai sangat untuk anak-anak. Diaorang bukan setakat suka makan tapi suka masak memasak coklat ni hehe
BalasPadamMemang best pun... Jom lah sama-sama ke sini ye.. Masuk percuma je
PadamBest dpt join trip ke sini. Banyak info kak ana dpt tau. Sebelum ni xtau pun wujudnya coklat muzium ni. Padahal dekat je dgn rumah. Next time nak ke sini lagi.
BalasPadamOkay kak ana.. Nanti Propa Rangers buat trip lagi.. akak jangan lari taw..hehe..
PadamSeronok Kak Sue dapat join trip ke sini hari tu, macam-macam info dapat. Paling best dapat gift coklat.. ehehe..
BalasPadamMemang terbaik.. LeYa pun seronok dapat berkolaborasi dengan Kak Sue yang hebat ni.. ekekeke..
PadamSelalu nampak signboard CHoc Museum ni tapi tak pernah lagi nak singgah. Lepas baca entri ni, bolehlah rasa nak singgah melihat keadaan. Hihi.
BalasPadamTerima kasih sudi baca entry LeYa yg tak seberapa ini.
Padam