Isnin, 15 Januari 2018

Kuala Pilah Alami Sejuk Luar Biasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Penurunan suhu Kuala Pilah di Negeri Sembilan merekodkan suhu paling rendah iaitu 21 darjah celcius. Hal ini menjadikan fenomena luar biasa bagi penduduk setempat meskipun sebelum ini mereka sudah terbiasa dengan cuaca sejuk berbanding kawasan lain.

Menurut seorang suri rumah, Norizan Mahadi, 58 yang menetap di Taman Seri Ulu Bendul, Kuala Pilah sejak 17 tahun lalu berkata keadaan sejuk di kawasan ini bukanlah sesuatu yang pelik memandangkan kediamannya berdekatan dengan gunung. Namun fenomena sejuk yang berlaku sejak empat hari lepas ternyata agak luar biasa.

"Cuaca sejuk empat hari lepas merupakan pengalaman pertama sejak saya menetap di sini sehingga tidak perlu memasang kipas di siang hari."

"Manakala ketika di waktu malam pula, suhu lebih sejuk berbanding waktu siang dan kesejukannya terasa seakan berada dalam peti ais," katanya kepada Bernama di sini pada Sabtu lepas.

Sumber Gambar: www.google.com.my

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengesahkan beberapa kawasan terutama di selatan Semenanjung mengalami penurunan suhu dan oleh yang demikian, Kuala Pilah juga merekodkan suhu paling rendah pada 21 darjah celcius.

Ketua Pengarahnya Alui Bahari berkata bagaimanapun keadaan itu adalah fenomena biasa ketika musim monsun timur laut.


Kawasan ini sering dilitupi kabus pada masa-masa tertentu, tetapi sejak beberapa hari kebelakangan ini, kabus sentiasa ada sehingga mengaburi pandangan untuk pemanduan di jalan raya. 

Menurut seorang pemandu teksi, Md Tahir Md Derus, 46, jika suhu ini berlarutan kemungkinan boleh menjejaskan kesihatan. Bagi mengelakkan masalah penyakit berlaku, penduduk mula memakai pakaian sejuk untuk memastikan suhu badan mereka kekal panas.

Tinjaun Bernama di Kuala Pilah pada Sabtu lalu mendapati cuaca mendung dan dingin sejak awal pagi serta berkabus. 

10 ulasan:

  1. Sekarang ni cuaca sejuk melanda asia tenggara kan...

    BalasPadam
  2. Sesekali kena sejuk mcm ni syok juga.. klu tak panas memanjang hehee

    BalasPadam
  3. bestkan sejuk2 camni...bole pakai sweater tebal2...heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best... Feeling mcm kat luar negara..hehe..

      Padam
  4. 21 darjah tu. Sejuk sungguh. Fefeeling overseas gitu. Memang kena mandi air panas je lah nampaknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... Baru syok kan.. Selalu Malaysia asyik panas je..

      Padam
  5. sejuk tuu..hihi..dah bole start beli sweater comel2 musim sejuk ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe...Pilah memang kalau musim sejuk, dia yg paling sejuk dulu..

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com