Jumaat, 5 Januari 2018

Jelajah Selatan Thailand | Kenali Budaya dan Tempat Menarik di Betong

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Aha! Episod kali ni LeYa akan menjelajah ke Selatan Thailand bersama rombongan media anjuran Kelab Keamanan Selatan Thailand (SPMC) dan Persatuan Media Selatan Thailand (STMA) dengan kerjasama Smile Vision Holidays, Khalifakota Travel dan Tourism Authority of Thailand (TAT) ke lima wilayah Selatan Thailand iaitu BetongYalaNarathiwatPattani dan Songkhla. 


Bertolak dari Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)  pada pagi 02 Oktober 2017 dengan menaiki bas dan terus menuju ke pintu masuk Thai melalui sempadan di Perak dan tiba di Betong, Thailand.

Okay... Pasti korang risau dengan keadaan di Selatan Thailand yang digembar-gemburkan dengan kes bom dan tembak-menembak? Dah menjadi lumrah dan adat tugas mereka lah kan untuk melaporkan berita sensasi. Namun, sebaliknya korang tak perlu risau jika ingin melancong ke sini. Bila LeYa sendiri dah sampai di sini, memang jauh berbeza dengan apa didengari sebelum ini. So... rasa bimbang dan takut hilang bila korang sendiri dah ada di situ.

Kali pertama menjejakkan kaki di Betong membuatkan LeYa terpesona dengan keindahan dan keramahan rakyatnya yang menyambut kedatangan kami ke sini. Betong adalah sebuah kawasan kecil yang berada dalam Daerah Yala, Thailand. Kependudukannya yang majoriti Islam membuatkan kami tidak sukar untuk mencari tempat makan yang halal.

Melawat Tapak Lapangan Terbang Baru di Betong

Lokasi pertama yang kami singgah adalah kawasan pembinaan Lapangan Terbang Betong yang mana dijangka siap pada Julai tahun 2019 nanti.  

Kalau dilihat, ia tidaklah seluas seperti di KLIA kerana ia dibangunkan hanya untuk penerbangan domestik sahaja dan mampu mendaratkan kapal terbang bersaiz kecil di antara 3 penerbangan dalam satu hari. Namun, strategi dan perancangan mereka sangat teliti dan rapi dan akan dibesarkan untuk penerbangan dari luar Thailand. Yang pasti LeYa dan rakan-rakan media menjadi yang pertama menjejakkan kaki ke pembinaan lapangan terbang ini. Wahhh!!! Teruja kan! Tak sabar nak tunggu siap.






Berswafoto di Lalang Seperti Berada di New Zealand

Dalam perjalanan menaiki bas itu, sempat kami meninjau-ninjau keadaan sekeliling menerusi cermin tingkap bas. Dan, mata kami terhenti pada satu kawasan yang penuh dengan lalang yang cantik dengan bunga-bunga hidup meliar bak berada di New Zealand. So... bila ada di kalangan kami ingin berhenti untuk ke tandas, kami yang lain mengambil peluang untuk bergambar di sini. Hehehe...


Cantik kan! Rasa macam buat Post-Wedding pulak time nih. 


Tuan Kitchen, Destinasi Makan Yang Paling Menarik

Kami meneruskan lagi perjalanan merentasi Daerah Yala ini untuk ke restoran makanan yang sedap. Perut dah mula menyanyi. Masing-masing tidak sabar untuk tiba ke destinasi yang dituju. 

LeYa dan rakan-rakan dibawa ke restoran Tuan Kitchen untuk merasai makanan istimewa masyarakat Betong iaitu Ayam Betong. Seperti yang LeYa sebut tadi, penduduk Betong majoriti adalah Islam dan restoran yang kami singgah ini adalah halal dan sememangnya sedap.  


Ayam Betong

Telur Dadar

Ikan Masak 3 Rasa

Sambal Udang Petai yang menyelerakan

Hidangan yang disediakan juga sebenarnya tidaklah jauh lari dengan kita di Malaysia. Ayam Betong yang menjadi menu istimewa tuh pun sebenarnya sama seperti lauk nasi ayam yang dikukus dan dicurah dengan kicap manis. Tapi, bila perut dah lapar dan makan di tempat orang, jadinya semua hidangan sedap dan licin tanpa tinggalkan sebarang kesan. Hahaha... Tempat kami menjamu selera pun sangat selesa dan berhawa dingin. Memang puas sangat dapat makan kat sini.


Sistem Ketenteraan Yang Baik di Betong

Jelajah ke Selatan Thailand kami juga dapat mengenal budaya masyarakat dan sistem ketenteraan yang ada di situ. Sungguh banyak sekali yang nak LeYa senaraikan, jadi cukuplah dengan melihat barisan platun pihak berkuasa di atas yang mewakili pelbagai uniform berlainan mengikut tugas. Apa yang menarik bagi LeYa, kesemua mereka ini menjalankan tugas secara sukarela tanpa dibayar gaji demi menjaga keamanan daerah. LeYa dan rakan-rakan memang tabik spring lah tanda hormat kepada mereka yang sanggup bersusah payah nih.  



Menginap di Grand Mandarin Betong Hotel

Kaki melangkah dah mula terasa penat. Barulah akhirnya, kami dibawa ke penginapan kami di Grand Mandarin Betong Hotel. Hotel yang cukup menarik dan selesa buat korang yang teringin nak datang dan singgah ke Betong. Harganya juga tidaklah begitu mahal dan sangat berpatutan. 

Sumber gambar Google

Kemudahan yang disediakan juga semuanya lengkap. Dekorasi hotel ni juga menarik dan memang selesa untuk bermalam di sini. Okay... LeYa dan Otomen nak rest dulu. Sebab keesokannya di awal pagi kami nak bergerak ke lokasi yang sangat menarik. 






Lautan Kabus di Puncak Gunung Iyerweng 

Seawal 4.00 pagi kami bersiap sedia untuk ke destinasi yang paling indah dan tidak dapat dilupakan. Bagi korang yang memang suka dengan keindahan memang tak akan lengkap jika tidak singgah ke sini. Melihat panorama alam yang indah dan berada di ketinggian 2,085 meter paras laut dengan menyaksikan lautan kabus yang berada di sekitar Gunung Iyerweng ini. 


Penat mendaki bukit tersebut hilang setelah sampai di puncak dan bergambar cantik dengan berlatarbelakangkan kepulan kabus yang memutih yang memenuhi kawasan pergunungan itu. Iyerweng ini juga telah diwartakan sebagai kawasan pelancongan dan akan dimajukan lagi dengan pembinaan Sky Walk yang terpanjang di Asia dan akan menarik lebih ramai lagi pelancong untuk datang ke sini. Pagi itu juga, kami bersarapan di atas puncak gunung yang sejuk dan mempesonakan. Memang best sangat! 





Selesai menikmati sarapan pagi di pergunungan, kami bergerak pulang ke hotel penginapan untuk Check-Out dan menuju ke destinasi seterusnya. Habis episod LeYa berada di wilayah Betong. LeYa rasakan memang sangat seronok dan selamat untuk korang datang melancong ke sini.

So... tunggu next entry lain yang LeYa singgah dan menarik ketika berada di Selatan Thailand.

39 ulasan:

  1. Wow.. bestnya.. tk risau la nk kesana sebab makanan halal mudah didapati. Cantik tempatnya dan makanan yg leya tunjukkk tu sedapnya nampak. Kena plan travel ni simpan duit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye kak ani. Memang seronok.. Okay..sila simpan tabungan dari sekarang. Jom bercuti ke Thailand..

      Padam
  2. Bestnya pergi thailand ! Dgr jugak cerita dri kawan2 yg pergi. Banyak bnda yg mereka tempuhi. Rasa rugi x join trip nie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah... Memang best.. Tp syg trip seterusnya ade yg LeYa xdpt join sbb kan masih bekerja. Huhu..

      Padam
  3. seronoknya dapat berjalan-jalan melihat tempat orang kan Leya. Pengalaman berharga buat kenangan manis bila kita dah tua nanti :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Hanim.. Pengalaman yg sgt manis utk diingati.

      Padam
  4. Pengalaman dan pengetahuan yg berharga dan menarik dikongsikan. Suasana di sana pun namppak segar dan cantik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat cantik abg KK. Jom biat travel ke sini.hehe..

      Padam
  5. bestnya jalan-jalan luaskan pandangan.. zizie pernah sekali makan ayam betong di restoran malaysia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menimba pengalaman di tempat orang memang seronok. Wah!! Kat mane tu? Boleh la LeYa nak pegi try nanti

      Padam
  6. salam. boleh tak share pasal gunung iyerweng. please ws saya di 01128965175. terima kasih sudi berkongsi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haiii...terima kasih atas kesudian singgah di Blog LeYa. Okay..Nanti LeYa ws ye.

      Padam
  7. sis apa yg menarik dan best kat betong ni ye. tempat makan dia ke yang best? ada tak tempat mandi ke sungai ke yang best2?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gunung Aiyerweng dia menarik sangat... Sis akan dijamu mata dengan pemandangan awan putih yang sangat cantik... Tempat makan menarik ada LeYa kongsikan sekali di atas iaitu Restoran Tuan

      Padam
  8. Bestnya. Sejuk je mata memandang. Banyak lagi hutan-hutan kat thailand kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu... Sangat cantik dan menarik sekali

      Padam
  9. hampir dua dekad x pi Thailand. Kena pi sana la kejap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa tunggu lagi tu Abam Kie... Cepat bercuti ke sana sekarang... Hehehe...

      Padam
  10. hello beiibbyyy ,,,,,,
    ni kita bocorin sdkt rahasia yaaaa,,,hmmm,, ap ya kira"? hehehe
    RAHASIANYA ,,,, ad promo loh di WWW.FANSBETTING..CO
    nah untuk itu bisa langsung add aj kontak kmi dan bertny" lebih lanjut untuk info PROMONYA ya
    >>>fansbetting<<<BBM : 5EE80AFE ^o^
    WA @ +855 963 156 245
    line @ fansbetting
    wechat @ fansbetting
    bersama dengan kami CS fansbetting
    kami ucapkan selamat siang dan selamat beraktifitas ya guyssssssss thankyouuuuu ^O^

    BalasPadam
  11. Thanks for sharing, sukses terus..

    BalasPadam
  12. Balasan
    1. Sedap3x... LeYa pun tetiba teringat balik waktu tu..hee..

      Padam
  13. Without a doubt, traveling to the South of Thailand we also get to know the culture of the people and the military system there.

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com