Jumaat, 12 Januari 2018

Blogger Cheq Sempoi Yang Ceria

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Okay... Di hari Jumaat yang mulia ini, LeYa nak bercerita tentang blogger, Blogger Cheq Sempoi Yang Ceria. Korang tengok sendiri lah betapa ceria dan mesranya Blogger Cheq Sempoi ni atau nama sebenarnya Rohani Md Tahir. Sebab Cheq Sempoi ni jauh sangat beza umur dengan LeYa, jadinya LeYa mesra dengan panggilan Kak Ani. Sepanjang berkenalan dengan Kak Ani nie, LeYa tak pernah nampak beliau sedih atau moody. Yang LeYa nampak sentiasa ceria dan mesra dengan semua orang. Okay, pada blog Cheq Sempoi ni, Kak Ani selalu bercerita tentang aktiviti-aktiviti menarik yang beliau dah pergi bersama keluarga tersayang. LeYa seronok dan suka baca entry blog Cheq Sempoi sebab penceritaannya lahir dari hati yang tulus dan jujur. Jadinya, bila LeYa buntu atau tiada idea untuk menulis, pasti dapat ilham dari blog Cheq Sempoi ni.

Blogger Cheq Sempoi Yang Ceria | Membeli-Belah

Blogger Cheq Sempoi Yang Ceria | Bersama Founder Kruss Success

Blogger Cheq Sempoi Yang Ceria Dan Mesra

Blogger Cheq Sempoi ni bekerja dalam sektor kerajaan dan juga ada part time business secara kecil-kecilan serta berblogging separuh masa. Sambil bekerja, beliau meneruskan minat beliau pada blog. 

Cheq Sempoi atau Kak Ani adalah seorang isteri dan Mama kepada seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan yang segak dan comel macam Mama dia juga. Afiq, abang yang bijak pandai menjaga adik-adiknya di kala Mamanya sibuk dengan kerja. Kalau jumpa Afiq, dia sangat pemalu dan tak suka bergambar. Manakala dua lagi anak perempuan Cheq Sempoi iaitu Afiqah dan Aqilah. juga sangat comel dan keletah dengan kenakalan yang suka mengusik semua orang. 

Suami Cheq Sempoi, Abang Nik Mustafa sentiasa faham akan minat beliau menyokong penuh dari belakang. Setiap kali ke event, pasti Abang Nik Mustafa akan mengekori Cheq Sempoi sebagai tanda sokongan padu terhadap isteri tercinta. Sweet kan!

Blogger Cheq Sempoi Yang Ceria | Keluarga Bahagia

Macam Mana Jumpa Blogger Cheq Sempoi Yang Ceria Ni

Buat pertama kalinya LeYa diperkenalkan Cheq Sempoi ni dari salah seorang rakan blogger yang sepejabat dengannya, Blogger Halimah Muhiden. Tak sangka pertama kali jumpa, Cheq Sempoi dah mesra dan peramah. Tak lekang senyuman dari bibir mungilnya. Jadi, dari situ terus rapat dan ke mana sahaja jemputan program pasti ada Cheq Sempoi. Yang menariknya lagi Cheq Sempoi suka nak belajar sesuatu yang baru dengan lebih mendalam. Cheq Sempoi juga menjadi rujukan dan luahan hati serta pendapat jika LeYa ditimpa kesusahan. Sebab tu LeYa sentiasa akan singgah Blog Cheq Sempoi untuk baca entry terbaru.

LeYa betul-betul rasa bertuah dapat kenal dengan Cheq Sempoi ni. Harapan LeYa semoga ukhuwah fillah berpanjangan selamanya. Bilalah LeYa berpeluang nak berjalan ke rumah Kak Ani ni ye... Mesti cantik kan rumah macam tuannya. LeYa doakan semoga Kak Ani sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah dan ceria-ceria selalu. Kalau korang nak kenal Blogger Cheq Sempoi ni dengan lebih dekat, jom terjah atau singgah ke Blog, Faceboook dan Instagram Cheq Sempoi di bawah ni ye! 

Blogger Cheq Sempoi Yang Ceria | Bersama Chef Zamir

Blog

Facebook

Instagram

Blogger Cheq Sempoi Yang Ceria | Makan-Makan di NY Steak Shack

12 ulasan:

  1. Saya tengok kak ani seorang wanita yang sangat berkaliber. Boleh kita contohi cara beliau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul tuh... Beliau memang berkebolehan dan sangat suka membantu orang.

      Padam
  2. Baru tau kak ani sepejabat dengan kak halimah. Kak ana baru kenal kak ani masa di event AmC yg lepas. Semoga ukhwah yg terjalin berpanjangan hendaknya.amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah... LeYa kenal pun dari Kak Halimah sebab bawak Kak Ani join aktiviti blogging ni.. Terus minat ngan blogging dan rasanya lagi advance dari LeYa macam2 dapat event..Hehehehe..

      Padam
  3. sentiasa tersenyum lebar, 1st impression pun dah suka kat blogger cheq ^_^

    BalasPadam
  4. Pernah berjumpa dgn Kak Ani masa review satu produk dan food review di Bangi. Mmg seorang blogger yg aktif dan tak lekang dgn senyuman ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul tuh.. Kak Ani memang sentiasa ceria.. Hehehe..

      Padam
  5. Ya Allah... syukur alhamdulillah akak punya rakan2 yang sangat positif dan budiman. Terima kasih semua terutama leya yg byk mengajar akak. Sungguh akak terharu dengan leya memperkenalkan Cheq Sempoi dimata bloggers2. Tk terbyr baik budi leya pd akak sgt bernilai. Terima kasih juga pd kak halimah yg turut bantu akak. Dr dia akak mengenali dunia blog. Leya akak sgt bertuah jumpa leya yg tk loket dengan ilmu dan dlm perhubungan. Muahhh sayang leya dan semua. Suami isteri yg akak kenal nakal2 gitu dan sweet. Alhamdulillah Allah mendapingkan insan2 yg budiman dan positif. Semoga siturrahim kita kekal abadi. Amin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiinnn... Hehehe... LeYa Otomen Taro sweet manis bersemut tak?

      Padam
  6. Lepas ni kita terjah blog kak ani pula..hihi

    Terima kasih Leya kenalkan kak Ani :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama cik jaja. Terima kasih juga sebab singgah blog leya ni.

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com