Selasa, 30 Januari 2018

We Women Market - Lifestyle Bazaar, Lebih Ceria Dan Kreatif

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Damen Mall, Subang Jaya dengan bangganya mengadakan "Our New Year Indugences" Lifestyle Bazaar We Women Market untuk membeli-belah dengan penuh keselesaan, lebih-lebih lagi buat kaum wanita yang sememangnya tidak boleh lari dengan istilah shopping.

Pembukaan lifestyle bazaar pada ruang fizikal yang memadai keseluruhannya, ia direka bentuk bagi mewujudkan suasana membeli belah yang lebih menyeronokkan dan mudah buat pengunjung yang lalu-lalang. Ruang fizikal yang disediakan cukup selesa dan persekitaran yang sejuk menambah lagi keseronokan kepada pengunjung untuk singgah dan membeli-belah.



Dapatkan Hasil Kraftangan Terbaik Di Lifestyle Bazaar We Women Market

Damen Mall merupakan pusat membeli-belah terunggul yang terletak di Subang Jaya. Menerusi reka bentuk ruang yang luas dan selesa, Lifestyle Bazaar We Women Market berada di tengah-tengah laluan di bahagian Atrium Groung Floor dengan memberikan pengalaman kepada pengunjung membeli-belah barangan kraftangan dan merasai sendiri pengalaman membeli-belah seperti  di Night Market, luar negara.

Terdapat lebih daripada 10 jenis vendors yang menjual pelbagai barangan kraftangan dan seni seperti aksesori, fesyen, hasil kraf, kesihatan dan kecantikan, makanan dan minuman dan sebagainya yang cukup bergaya serta kreatif.




Menariknya lagi, produk kesihatan untuk bayi dan kanak-kanak juga boleh didapati di sini. Jadinya, tidak hairanlah ramai para IbuBapa sibuk mencari produk kesihatan yang sesuai buat anak mereka seperti barangan mandian, losyen, sabun, syampu dan juga ubat gigi. Tidak ketinggalan juga produk kesihatan buat wanita mahupun lelaki yang sememangnya hari ini sudah ramai menjaga kesihatan dan penampilan diri. 



Selain itu, LeYa sendiri dapat merasai kelazatan Mango Cheese Cake yang cukup popular di kalangan orang ramai di situ. Rasanya memang sangat enak sekali. Cukup penggunaan mangga dan cheese dalam pembuatan kek itu, menjadikan LeYa mencubanya beberapa kali. Hehehe...





Bagi peminat hasil kraftangan, anda pasti teruja melihat kecantikan dan keunikan barangan yang terdapat di lifestyle bazaar ini. Sungguh mempesonakan dan mengagumkan! LeYa sendiri terpegun dan terjebak memiliki sebuah bantal mini untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan. Memang melilau jugalah mata LeYa bila berada di sini. Elok jugalah Incik Otomen tunggu di luar. Kalau tak, memang pening dia melayan kerenah Puan Isteri membeli-belah. Hehehe...





Jalan-jalan di lifestyle bazaar ini juga akan menyajikan anda dengan pelbagai aneka makanan dan minuman yang boleh dinikmati. LeYa dapat rasa Sambal Enak dari Indonesia, Madu Tualang Original dan juga Coconut Jelly yang kesemuanya sangat sedap. 

Tak perlu kata apa lagi. Lifestle Bazaar We Women Market sempena Our New Year Indugences yang diadakan ini memang ceria dan menyeronokkan.


Sempena musim perayaan Tahun Baru Cina ini, bagi yang ingin memiliki barangan kraftangan dan hasil barangan yang LeYa kongsikan di atas, boleh dapatkan di laman web, facebook atau instagram setiap kedai tersebut seperti di bawah:

ERH 

SAARAT

AKIS - Mango Cheese Cake

Swags & Tails

Sambal Enak

Dorsata Honey

Coconut Jelly Monstar

Khamis, 25 Januari 2018

Mek Zumbie 2k18 Giveaway

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Okay...kali ni LeYa nak join Mek Zumbie 2k18 Giveaway. Tengok syaratnya yang mudah dan hadiah yang menarik, so membuatkan hati tertarik nak join. LeYa tertarik ni pun dari blogwalking  di Blog Kak Sue. Manalah tahu rezeki LeYa untuk memenangi hadiah yang ada tuh. Janji kita berusaha untuk mendapatkannya kan. Hehehe...

So... kalau ada di kalangan korang yang nak join dan nak tahu syarat-syaratnya, boleh klik link di banner bawah ni.

 Mek Zumbie 2k18 Giveaway
Mek Zumbie 2k18 Giveaway | Klik Banner untuk join ye..

Mek Zumbie 2k18 Giveaway

WoW!!! Yang lebih menariknya lagi, peserta yang join siap boleh pilih lagi nak hadiah mana kan. Memang best sangat ni. Tak pernah dibuat orang. So... rasa-rasanya, dalam kepala otak LeYa ni dah pilih dah nak hadiah apa. Hehehe...

Alhamdulillah... LeYa dah ikut syarat-syarat yang disertakan. Jadinya... pemilihan hadiah pula, LeYa memilih untuk Novel The Unsung Hero. LeYa sememangnya sejak dari dulu lagi memang minat membaca dan mengumpul koleksi-koleksi bacaan di rumah sehingga dah terhasil mini library. Jadinya, novel The Unsung Hero menjadi pilihan kerana LeYa juga minat genre Thriller untuk mencabar minda LeYa. Hehehe... (Acah hebat pulak lah kaw LeYa oooiiiii....)


Akhir kata LeYa ucapkan semoga ada rezeki untuk LeYa dan semoga berjaya juga kepada semua peserta yang telah join. Jadinya, LeYa sertakan email LeYa, anagurlz87@gmail.com

- Selamat Maju Jaya Semua -

Jumaat, 19 Januari 2018

Merawat dan Menyegarkan Badan Dengan Set Marine Essence

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Okay... Hari ni LeYa nak berkongsi dengan semua pembaca blog LeYa tidak kira wanita ataupun lelaki mengenai satu info menarik berkaitan kesihatan dan kecantikan perawatan lulur badan hanya di rumah sahaja dengan memperkenalkan produk Marine Essence.

LeYa jamin anda semua inginkan kulit yang sihat dan cantik kan? Lebih-lebih lagi di zaman serba canggih ni. Soal kecantikan tidak lagi berpihak pada kaum wanita, malah kaum lelaki juga mula ingin menampakkan ketampanan dan kesihatan diri. Lagi-lagi kulit wajah kan!

Jom Cantik, Sihat dan Segar Dengan Set Marine Essence

Anda sering sibuk sehingga terlupa untuk menjaga kesegaran badan dan kecantikan wajah? Jangan risau! Set Marine Essence ini akan dapat bantu menyelesaikan segala kekusutan yang anda alami. LeYa juga pernah kongsi artikel berkenaan set ini sebelum ini. Kalau yang belum tahu, boleh baca di link bawah ini:


Jadinya, tak perlu lagi kot untuk LeYa terangkan banyak-banyak tentang kelebihan yang ada pada Set Marine Essence ni. Dah memang terbukti berkesan dan ramai yang telah menggunakannya. LeYa dan Otomen sendiri tidak terkecuali dari penggunaan set ME ini. Bila kami dah mula rasa badan letih, kami akan memulakan aktiviti berspa hanya di rumah dengan set ME yang awesome ni. Kesegaran pada tubuh akan dapat dirasai setelah berspa dengannya. 

Antara salah satu aspek untuk menyerikan wajah adalah mempunyai kulit yang sihat dan segar. Sebab tu lah kita lihat di kalangan kita yang seringkali ke rawatan spa akan berseri-seri wajah mereka. Ye kan! So... mungkin di antara kita tak mampu nak ke rawatan spa setiap minggu. Tapi dengan rawatan spa menggunakan Set ME ini, anda akan rasa sama seperti berada di spa terkemuka. Memiliki set dengan harga yang berbaloi murah dan jimat. Tak perlu ke spa lagi!

Jadi... Jika anda nak terus wajah kelihatan berseri, kulit kelihatan cantik, mulus, cerah, segar dan sihat, gigi putih berseri, rambut kekal mayang dan tiada keguguran, maka anda kenalah beri perhatian sedikit pada kulit anda.


Cuba Usahakan Diri Anda Dengan Set Marine Essence

Set Marine Essence menyediakan anda dengan set perawatan kesihatan dan kecantikan yang datang dari sumber alam semulajadi. Dah terbukti penggunaan set ME ini sangat berkesan dan baik untuk kegunaan semua peringkat umur tidak kira lelaki, wanita mahupun bayi. 

Set Marine Essence terdiri daripada Bamboo Salt Nourishing Body Wash, Bamboo Salt Nourishing Shampoo, Bamboo Salt Nourishing Body Scrub, Bamboo Salt Nourishing Conditioner, Marine Essence Beauty Bar dan Bamboo Salt Toothpaste. Keenam-enam rangkaian ini mampu merawat dan menjagakan kulit lebih sihat dan segar.

Mudah kan! Dengan miliki Set Marine Essence ni, anda dah boleh berspa hanya di rumah.


Berminat untuk mencuba produk perawatan dan penjagaan kulit dari Marine Essence ini? Maklumat lanjut seperti tertera di bawah: 
Tempahan/Belian – Tel/WhatsApp : 017-6321680 
Facebook: www.facebook.com/illya.farhana
Instagram: www.instagram.com/illyaleya
Info Syarikat:
Pengedar | Sahajidah Hai O Marketing
Hak milik penuh | Sahajidah Hai O Marketing

Seandainya ada yang ingin berminat untuk menjadi agen, hubungi LeYa (017-6321680) untuk pendaftaran ahli.

Khamis, 18 Januari 2018

LAZADA | Chinese New Year Sale 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Okay guys... Sambutan Chinese New Year pun dah nak dekat. Yang merayakannya pasti sedang sibuk membuat persiapan. Tapi tak kurang juga masyarakat Melayu yang turut sibuk membeli barang-barang dengan promosi yang murah-murah ni. Hehehe.... Yelah kan... Kebanyakan orang suka shopping. Lagi-lagi bila ada diskaun ni, memang tak akan lepaskan peluang. Ye Tak? 

Shopping raya last minute. Ini lagi satu masalah orang kita. Suka betul shopping raya di saat-saat akhir. Sebab time tulah katanya diskaun meletop-letop kebaboom.... Tapi harus diingat jangan dibiasakan selalu tau. Sebab bila dah beli last minute ni nanti, kalau dah tak kena dengan barang yang kita nak tuh kan dah menyesal. 

So... memandangkan memang ramai yang tengah menunggu diskaun meletop di musim perayaan ni, tanpa banyak cakap, jom LeYa bawak korang shopping dekat LAZADA sebabnya LAZADA punya diskaun memang sangat dahsyat. Sehingga 80-90% tau.

 

Sempena hari yang baik ni, why not lah kan kita shopping untuk keluarga kita sekali. Janganlah pentingkan diri sangat ye. Diskaun banyak-banyak ni jom kita kongsi bersama dengan keluarga. Betul ker idakk kawn-kawan? Hehehe...

Meh LeYa tunjukkan apa yang korang boleh shopping di musim raya cina ni...


Tengok gambar-gambar kat atas tuh. Korang boleh memiliki barang-barang elektrik seperti TV, Komputer, Laptop, Handphone dan banyak lagi dengan diskaun sehingga 80%. WoW!!! 80% tuh! Korang boleh beli macam-macam tau dengan diskaun yang diberikan ni.


Yang teringin nak hadiahkan Smartphone buat ahli keluarga dengan harga murah dan menepati bajet korang, mungkin boleh beli XiaoMi Redmi 5A ni. Sebab sekarang ni tengah buat Flash Sale dengan harga RM339 sahaja. Jom lah... sesekali bagi rasa IbuBapa korang di kampung pakai Smartphone kan. Mesti mereka teruja nak menekannya dan mengambil gambar. 

Okay... jom tengok apa yang LeYa teringin sangat nak beli pula.

1. Samsung TV


Memandangkan TV dekat rumah ni dah lama, rasanya LeYa berkeinginan jugalah kan nak memiliki TV flat screen. Tapi kan, kenapa LeYa memilih jenama Samsung? Brands lain kan ada lagi dan mungkin boleh dapat lagi murah. Okay... ceritanya sebab Mr. Otomen nak lengkapkan barang elektrik di rumah dengan satu jenama je. Yang dekat rumah ni seperti, washing machine, peti ais, air-cond semuanya brand Samsung. So...sebab tuh lah LeYa nak brand yang sama jugak. Ekekeke... Demand giler kan!

-------------------------------------------------------------
Tengok! Memang best kan shopping dekat LAZADA ni. Berbaloi-baloi. Dengan diskaun yang jauh tinggi gila sehingga 80%-90%, LAZADA semestinya menjadi tempat shopping paling sesuai untuk korang semua. So... tarik nafas panjang-panjang dan berisghtifar banyak-banyak ye. Takut nanti hilang terus bajet korang. Hehehe....

So... Tunggu apa lagi! Cepatlah serbu website LAZADA. Ada pula yang gigit jari nanti kalau barang yang diimpikan habis.


Selasa, 16 Januari 2018

American Tourister Mengumumkan Superstar Bola Sepak, Christiano Ronaldo Sebagai Duta Brand 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

American Tourister merupakan jenama bagasi antarabangsa yang bergaya dan terkenal di dunia dengan bangganya mengumumkan pengisytiharan superstar bola sepak antarabangsa dan juga ikon fesyen, Christiano Ronaldo sebagai duta jenama baru mereka untuk tahun 2018.


Christiano Ronaldo, semestinya semua kenal dengan pencapaian terbaik beliau dalam arena sukan bola sepak yang telah banyak menerima penganugerahan berprestij serta penghargaan di bawah tali pinggangnya sama ada di dalam mahupun di luar padang. Dengan catatan rekod dunia, beliau mempunyai Anugerah FIFA Ballon d’Or (2008, 2013, 2014, 2016 dan 2017), bekas pemain Manchester United (2003-2009) dan Real Madrid (2009-sekarang) serta penjaring gol terbanyak  dengan memenagi 24 trophy sepanjang kariernya yang cemerlang termasuk empat gelaran UEFA European Championship 2016. Christiano adalah ikon sukan yang terhangat dan terkenal pada saat ini. 

Selain daripada bidang sukan, Christiano juga dikenali sebagai ikon fesyen popular di seluruh dunia. Dengan bercirikan dinamik, bergaya dan penuh keyakinan, ramai di kalangan peminatnya dari 230 juta peminat di Facebook dan Instagram menyukai jenama American Tourister. Pelantikannya berlaku ketika demam bola sepak melanda menjelang FIFA World Cup yang bermula di Moscow, Rusia pada 14 Jun 2018.

Christiano mengekspresikan kegembiraannya ketika menandatangani antara Subrata Dutta, Presiden Asia Pasifik di Samsonite, berkata, " Tidak mungkin ada masa yang lebih baik untuk membawa Christiano naik. Keperibadiannya yang meriah dan lasak, di dalam dan di luar padang, bergema dengan sempurna dengan keperibadian jenama kami yang penuh kasih sayang. Kehadirannya akan membantu membawa American Tourister menjadi jenama terbaik, membolehkan kami menonjol dari pesaing dan membolehkan kami membawa Jenama ke peringkat seterusnya."

Turut gembira untuk menyertai keluarga American Tourister, Christiano berkata, "American Tourister adalah jenama yang berfungsi sangat menarik kepada semua orang. Saya gembira menjadi wajah baru untuk 2018 ini. Sebagai pengembara, saya sendiri menghargai keperluan untuk bagasi berkualiti tinggi yang masih membolehkan anda menyatakan keperibadian anda."

Sejak penubuhannya pada tahun 1933, American Tourister telah berkembang menjadi salah satu nama jenama yang paling dipercayai dan dikenali dengan warisan yang menjangkau lebih dari 80 tahun. Komitmen jenama untuk menawarkan barang tahan lama dan berpatutan terus hari ini dengan tradisi berkahwin dengan kualiti dan reka bentuk yang unggul dengan nilai yang sangat baik, menawarkan pelbagai pilihan peralatan perjalanan untuk semua orang.

Produk-produk American Tourister boleh didapati di kedai runcit utama terpilih di Malaysia.

Isnin, 15 Januari 2018

Iringan Bayu - Bermain Pinwheels Dalam Suasana Yang Mendamaikan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Masihkah anda teringat akan zaman kanak-kanak anda tatkala bermain pinwheels bersama rakan-rakan. Tambahan, bila anda atau rakan-rakan anda merekacipta sendiri pinwheels tersebut dengan kertas berwarna-warni. Pasti seronok kan saat anda menempuh alam kanak-kanak anda dengan hanya bermain dan terus bermain. LeYa sudah terbayangkan keseronokan bermain sewaktu dahulu bersama rakan-rakan. Jadinya, LeYa teringin nak bermain semula pinwheels itu bersama keluarga.

Iringan Bayu merupakan projek perumahan pertama yang turut menyediakan aktiviti kanak-kanak zaman silam anda kepada anak-anak anda untuk turut serta bermain dengan rakan-rakannya. Ia menawarkan kemudahan kediaman yang bertemakan kedamaian dan ketenangan di Seremban, Negeri Sembilan.


Iringan Bayu - Konsep Santai dan Tenang 

Pembukaan Iringan Bayu ini meliputi keseluruhan pembangunan bernilai jutaan ringgit dengan landskap persekitaran menghijau dilengkapi taman, rumah teres dua tingkat, laluan khusus pejalan kaki dan basikal, 'well-guarded' dan kemudahan sukan seperti gym dan trek jogging.

Dengan keluasan ruang yang sangat besar, projek perumahan Iringan Bayu menempatkan 3 bilik tidur + 1 bilik tetamu. Setiap unit yang telah siap sepenuhnya tidak memerlukan pengubahsuaian untuk masa akan datang. Ini kerana dengan keluasan yang ada pada bilik tetamu dengan sambungan bilik mandi  boleh juga dijadikan bilik pembantu rumah bagi warga tua

 

Kawasan perumahan Iringan Bayu siap dibangunkan dengan keluasan 8.7 ekar yang meliputi taman, trek jogging dan basikal serta kemudahan peralatan gym luaran. Ia juga menempatkan Well-Guarded pada setiap fasa (2A & 2B) dengan dilengkapi pagar penjaga dan pagar perimeter.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan jalan masuk ke taman perumahan yang sangat luas, mempunyai laluan khusus kepada pejalan kaki dan trek basikal serta ruang yang selesa untuk kehidupan keluarga yang lebih harmoni. Dengan suasana pokok-pokok rendang yang ditanam menghasilkan landskap persekitaran yang mewah dan mendamaikan secara semula jadi. Prasarana selesa dan eksklusif ini menepati gaya hidup masa kini.

 
 

Bermain Pinwheels Di Playground Yang Mendamaikan

Pinwheels mungkin telah muncul di Amerika Syarikat yang telah dibawa dari Eropah. Bukti pertama yang telah direkodkan di A.S. adalah ketika peperangan Revolutionary War yang membuatkan George Washington membawa pulang ke rumah. Menjelang abad ke-18, kayu serta angin yang menggerakkan roda putaran, wujud seperti ramalan kaji cuaca. Pada tahun 1929, di mana berlaku Great Depression, orang-orang di sana yang membuat Handycraft telah menjual Whirligigs yang mana ia dijadikan perhiasan taman atau hiburan kanak-kanak sebagai satu permainan mereka. 

 

Iringan Bayu cantik dan selesa, serta menepati kehidupan yang ceria untuk keluarga harmoni dengan suasana playground of the wind yang cukup mendamaikan buat kanak-kanak rasa seronok dan tidak bosan dengan pertumbuhan zaman kanak-kanak mereka. 

Bertepatan dengan pembukaan projek Iringan Bayu, anda boleh membawa anak-anak anda merasai pengalaman berharga dan menarik ini untuk bermain pinwheels dalam suasana yang ceria dan cukup mendamaikan. LeYa juga sangat-sangat tidak sabar untuk turut sama bermain semula bagi mengimbau kenangan sewaktu di zaman kanak-kanak dahulu. Alangkah seronoknya kan bila kita dapat mengembalikan zaman keseronokan kanak-kanak kita.





Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan adalah:

7 – 28 January
Sistawork Workshop
Wooden Block Game
Hand Artsy
Yummy Fluffy – Shaped Cotton Candy
DIY Paper pinwheel Workshop
Food Truck

3rd Feb to 4th Feb
Bubbly Bobble
3D Artwork Workshop
Dream Catcher DIY Workshop
DIY Paper pinwheel Workshop
Local Food store

10th Feb to 11th Feb
Giant Kite Flying
Acoustic / Folk bands & solo performances
Buskers budget
Incl Bosco White, Statues, Floating Army
Magician Showcase (Family friendly comedic style)
Handy Art
Local Food store

Daftar Sekarang untuk dapatkan jemputan eksklusif memilih mana-mana jenis Pinwheels di:
https://goo.gl/forms/mhDPjS9s0Y3DIDgu1 atau hubungi 06 - 630 4656




 20k Pinwheel Anda Boleh Dapati Di Sini

Sekiranya anda mahukan maklumat lanjut mengenai Pinwheels dan Projek Perumahan Iringan Bayu, anda boleh layari website dan media sosial yang LeYa sediakan di bawah: 


Kuala Pilah Alami Sejuk Luar Biasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Penurunan suhu Kuala Pilah di Negeri Sembilan merekodkan suhu paling rendah iaitu 21 darjah celcius. Hal ini menjadikan fenomena luar biasa bagi penduduk setempat meskipun sebelum ini mereka sudah terbiasa dengan cuaca sejuk berbanding kawasan lain.

Menurut seorang suri rumah, Norizan Mahadi, 58 yang menetap di Taman Seri Ulu Bendul, Kuala Pilah sejak 17 tahun lalu berkata keadaan sejuk di kawasan ini bukanlah sesuatu yang pelik memandangkan kediamannya berdekatan dengan gunung. Namun fenomena sejuk yang berlaku sejak empat hari lepas ternyata agak luar biasa.

"Cuaca sejuk empat hari lepas merupakan pengalaman pertama sejak saya menetap di sini sehingga tidak perlu memasang kipas di siang hari."

"Manakala ketika di waktu malam pula, suhu lebih sejuk berbanding waktu siang dan kesejukannya terasa seakan berada dalam peti ais," katanya kepada Bernama di sini pada Sabtu lepas.

Sumber Gambar: www.google.com.my

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengesahkan beberapa kawasan terutama di selatan Semenanjung mengalami penurunan suhu dan oleh yang demikian, Kuala Pilah juga merekodkan suhu paling rendah pada 21 darjah celcius.

Ketua Pengarahnya Alui Bahari berkata bagaimanapun keadaan itu adalah fenomena biasa ketika musim monsun timur laut.


Kawasan ini sering dilitupi kabus pada masa-masa tertentu, tetapi sejak beberapa hari kebelakangan ini, kabus sentiasa ada sehingga mengaburi pandangan untuk pemanduan di jalan raya. 

Menurut seorang pemandu teksi, Md Tahir Md Derus, 46, jika suhu ini berlarutan kemungkinan boleh menjejaskan kesihatan. Bagi mengelakkan masalah penyakit berlaku, penduduk mula memakai pakaian sejuk untuk memastikan suhu badan mereka kekal panas.

Tinjaun Bernama di Kuala Pilah pada Sabtu lalu mendapati cuaca mendung dan dingin sejak awal pagi serta berkabus. 

Ahad, 14 Januari 2018

TM TakeOut - Menangi RM20,000 Tunai Setiap Hari Dengan Teka Tekan!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Berita menarik buat pelanggan setia TM Unifi, kini Unifi TV menganjurkan pertandingan Teka Tekan!, permainan interaktif SECARA LANGSUNG pertama di Malaysia yang menawarkan ganjaran RM20,000 secara tunai setiap hari. Ini mungkin peluang keemasan terbaik buat semua!


Peraduan Jom Teka Tekan

Permainan interaktif Teka Tekan ini  membolehkan anda menjawab soalan melalui alat kawalan jauh hanya dari rumah. Tingkatkan pengetahuan am anda dan bersedialah untuk menyertai cabaran menarik ini.

TEKA TEKAN akan bersiaran pada 15 Januari 2018, setiap Isnin hingga Jumaat jam 8.30 malam di HyppSensasi Saluran 116.

Hebat kan! Menjadi pengalaman menyeronokkan bersama keluarga untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan bersama-sama untuk memenangi hadiah lumayan itu.


Sertai Peraduan Jom Teka Tekan Sekarang!

Penyertaan mudah... Anda hanya perlu menonton, teka, tekan dan menang.


Jom tonton HyppSensasi Saluran 116 dan sertai peraduan Jom Teka Tekan!

Anda mungkin peserta bertuah memenangi RM20,000 secara tunai mulai 15 Januari 2018 ini.

Maklumat lanjut: